Friday, June 23, 2017

Manusia Beradab Sebagai Misi Pendidikan

Adab by Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas

Bijak dalam pelajaran tidak semestinya beradab. 

Universiti(sekolah dan sistem pendidikan) menghasilkan graduan yang bijak tetapi belum tentu menghasilkan graduan yang beradab. 

Tiada adab menyebabkan seseorang menggunakan kebijakannya untuk melakukan kebiadapan, kejahatan atau kezaliman. 

Adab di sini bukan bermaksud bertindak sopan santun sahaja tetapi adab di sini dengan maksud yang lebih terangkum iaitu bertindak adil dengan ilmu.

Sebab itu misi pendidikan itu mesti bertujuan mendidik untuk menjadi manusia beradab. Dan pendidikan itu tidak terhad kepada institusi pengajian, blok-blok sekolah mahupun pondok. Ia meliputi semua faktor sekeliling yang mendidik, dari budaya keluarga sehingga sistem negara.

Manusia-manusia yang beradab(berilmu, berakhlak dan adil) dalam pemahaman begini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat dan negara yang maju, malah sudah pun membentuk peradaban.

Selagi mana pendidikan itu masih di sekitar latihan kemahiran dan pertukangan sahaja, ia tak mungkin menghasilkan manusia beradab, lalu akan terjadi lagi tragedi graduan bijak yang akhirnya menjadi jahat, menjadi perompak, menjadi pengganas dan menjadi perasuah, dan kita terus kehairanan apa puncanya.

Puncanya, kehilangan adab. "Loss of adab" kata Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

No comments: