Wednesday, May 17, 2017

Bagaimana Berfikir oleh Charles King [1]

Kutubkhanah Riggs di Universiti Georgetown, AS


Pendahuluan

Satu-satunya kemahiran yang kita harus timba daripada zaman kolej(maktab, poli, ipt dll.) adalah bagaimana untuk berfikir dan berfikir dengan baik, seperti bagaimana untuk melihat hujah, menilai hujah, memutuskan kewajarannya dan membentangkan hujah sendiri.

Sudah tentu, kolej adalah tempat di mana kita mempelajari pengetahuan baru tentang dunia, menghafal nama, tarikh, acara, formula dan teks, dan semua perkara yang menjadikan kita orang yang berpengetahuan. 

Namun, menjadi terpelajar adalah berbeza daripada menjadi berpengetahuan. Kolej bukan sahaja tentang mempelajari sesuatu. Kolej juga adalah tentang menilai sesuatu--menentukan tentang salah dan betul.

Semua ini besar kemungkinannya mengejutkan kita, kerana kebanyakan daripada kita dibesarkan untuk menjadi terlalu bertolak-ansur dengan pandangan orang lain. Berapa kali yang biasanya kita dengar kata-kata seperti "Semua pandangan sama"? atau "Semuanya hanya pandangan"?

Faktanya adalah bukan begitu, sebab sebahagian pandangan itu mempunyai hujah yang tersusun baik dan dihujah dengan bijak, manakala ada juga pandangan lain yang tanpa persediaan, tiada hujah dan jahil. 

Ada sebahagian pandangan yang terhasil daripada pemikiran dan perdebatan yang telah dipertimbangkan, manakala ada pandangan yang lain hanya sekadar slogan yang digunakan seseorang yang keras menggunakan suara tanpa akal.

Toleransi bermaksud kita bersedia untuk mendengar pandangan orang lain, tetapi tidak semestinya kita setuju dan boleh jadi kita tak perlu ambil serius pandangan itu.

Tetapi bagaimana untuk kita tahu apa yang lebih wajar atau kurang wajar? Apakah kemahiran yang diperlukan untuk memahaminya dengan mendalam? Ada beberapa bayangan dalam menggunakan bakat sediaada untuk berfikir dan berhujah dan mengasah bakat itu sehingga menjadi alatan analisa yang tajam, dalam tulisan yang seterusnya.


*Tulisan ini adalah terjemahan Muhammad Yasir bin Tamizi pada sebahagian tulisan Charles King, How to Think dalam laman Universiti Georgtown. Beliau adalah profesor  di Universiti Georgetown dalam bidang Kerajaan dan Hubungan Luar.

No comments: