Thursday, May 11, 2017

Kaedah Berfikir Dengan Baik oleh Descartes



Merujuk buku Wacana Tentang Kaedah, sebuah terjemahan kepada karya Descartes: Discours De La Methode oleh Khalid Jaafar terbitan IBDE, ianya menerangkan tentang kaedah berfikir dengan baik dalam 4 langkah:

1. Tidak menerima sama sekali sesuatu sebagai benar selagi tidak mengetahuinya dengan bukti, hanya menerima setelah ianya terbentang dalam akal dengan terang dan jelas sehingga tiada sebab untuk ragu.

2. Membahagikan kesulitan yang diteliti kepada seberapa banyak bahagian untuk menyelesaikannya dengan lebih baik.

3. Memandu fikiran dari yang paling mudah dan senang diketahui kemudian naik sedikit demi sedikit hingga yang paling rumit, dengan menganggap wujudnya keteraturan.

4. Membuat pengiraan yang paling lengkap dan ulasan paling umum dan diyakinkan tiada satu pun yang tertinggal.

Barangkali boleh ditafsirkan kaedah Descartes ini dengan menolak apa-apa penyata yang tidak berhujah dan bukti, menstruktur persoalan pada penyata kepada beberapa bahagian, menyelesaikan tanggapan-tanggapan pada bahagian-bahagian tersebut satu persatu, mulakan kiraan dan analisa selengkapnya dan memberi ulasan paling umum pada kesemua kesimpulan tersebut dengan lengkap.

Descartes adalah ahli falsafah, sains dan matematik Perancis abad 17. Beliau dikenali dengan kaedah matematiknya iaitu, Satah Kartesan atau sistem koordinat Cartes.

No comments: