Saturday, April 08, 2017

Ulasan Buku Senjata Pengarahan Massa

Buku Senjata Pengarahan Massa


John Taylor Gatto, penulis buku Senjata Pengarahan Massa, memfokuskan tulisannya tentang gerakerja pendidikan tradisional yang menguncupkan imaginasi, melemahkan pemikiran kritis dan penciptaan pandangan yang salah tentang pembelajaran, sebagai kesan daripada kaedah pembelajaran mengingat.

Gatto menunjukkan masalah yang dicetuskan oleh sistem sekolah ini disengajakan dan bersebab. Fungsi sebenar pedagogi(kaedah pengajaran), adalah untuk membentuk penduduk yang boleh diuruskan, dengan matlamat supaya orang muda mesti dipupuk untuk bergantung kepada orang yang pakar, terpisah daripada alam dan menerima suatu pengasingan daripada pengalaman hidup sendiri. Dalam keadaan apa pun, mereka mesti tidak digalakkan untuk berdikari dan bebas merdeka.

Untuk lari daripada perangkap ini, Gatto mencadangkan "pembelajaran terbuka" yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat.

Melalui kaedah ini, anak-anak kita boleh mengelak daripada didakyahkan, sekaligus menjadikan mereka mampu berdikari, membuat pertimbangan dan berani.

*Tulisan ini adalah terjemahan Muhammad Yasir bin Tamizi pada ulasan buku Senjata Pengarahan Massa tulisan John Taylor Gatto, seorang cikgu yang berpengalaman selama 30 tahun dan pernah dianugerahkan Guru Tahunan New York

No comments: