Wednesday, April 26, 2017

Pengajaran daripada Milikan Swasta oleh Orit dan MacArthur

Pengajaran daripada Milikan Swasta


Dirumuskan 6 pengajaran daripada Private Equity yang CEO jangan abaikan:

1. Takrifkan potensi penuh: Tetapkan sasaran untuk meningkatkan equity value(nilai milikan). Contohnya, bagaimana untuk meningkatkan nilai milikan dari RM1 hari ini kepada RM3, RM4, atau RM5 pada besok hari. Due diligence(usahawajar) yang strategik adalah cara untuk menetapkan sasaran ini, dan meningkatkan aliran tunai dengan menjalankan beberapa inisiatif teras adalah cara untuk mencapainya.

2. Bangunkan blueprint(cetakbiru): Cetakbiru adalah petajalan atau perjalanan yang dirangka untuk mencapai potensi penuh sesebuah perniagaan - tanya tentang apa, siapa, bila, mana dan bagaimana. Cetakbiru menumpu kepada beberapa inisiatif teras dan menggariskan langkah-langkah untuk mencapainya. Cetakbiru ini menitikberatkan tindakan yang boleh diukur.

3. Pacu prestasi: Ini melibatkan penbentukan pertubuhan supaya seiring dengan cetakbiru, memadankan bakat-bakat yang ada dengan inisiatif yang digariskan, mendapatkan wargakerja untuk memiliki inisiatif tersebut. Ini termasuk merangka program dengan teliti untuk mencapai hasil iaitu program yang menggabungkan alatan, disiplin dan pemantauan beberapa key metrics(matra utama).

4. Gembeling bakat: Ini memerlukan satu usaha untuk mengenalpasti insentif(galakan) untuk memasukkan, mengekalkan dan mendorong bakat yang terbaik-dan memberdayakan mereka untuk memikirkan dan bertindak seperti owners(pemilik). Ini juga memerlukan sokongan lembaga yang muktamad dan cekap.

5. Jadikan equity sweat(keringat milikan): Cabarannya adalah untuk menerima LBO economics(Penuilan Belihabis). Ini memerlukan pengurusan modal yang agresif, perbelanjaan modal yang berdisiplin dan kerjakuat pada balance sheet(imbangan duga).

6. Suburkan minda results-oriented(bermatlamat-hasil): Tujuannya adalah untuk memupuk disiplin Private Equity(Milikan Swasta) supaya ianya menjadi sebahagian daripada budaya syarikat sekaligus mencipta formula berulang bagi mencapai hasil.


*Tulisan ini adalah terjemahan Muhammad Yasir bin Tamizi pada petikan dalam buku Pengajaran daripada Milikan Swasta(Lessons from Private Equity All Companies Can Use) karangan Orit Gadiesh dan Hugh MacArthur

No comments: