Sunday, April 16, 2017

Menyentuh Rasa Sebagai Tujuan Persembahan



Persembahan itu umpama pementasan, kan?

Sekurang-kurangnya ada 4 bahagian, ada teknik vokal, ada gerak tangan, ada postur badan duduk berdirinya dan ada peranan mata, kan? Semua ini untuk apa?

Untuk beri impak kepada pendengar dan penonton, turut merasa dengan yang disampaikan dan ada puas, lalu setuju seiringan.

Meremang dan menangis itu antara kesan yang tertinggi, ia mungkin, tapi itu belum tentu.

Jadi bila ditanya bagaimana persembahan tadi? Yang menjawab itu biasanya menjawab dengan kesimpulan, bukan komentar bagi tiap bahagian tadi.

Biasa tersimpul dengan kata yang ringkas tapi cukup, seperti "Sedap! Best! Meremang!" atau "Macam Tak Kena, Biasa, Ok".

Kalau komentar itu sudah dinyatakan impaknya, cerita yang senget-senget itu cuma perincian, kan? Yang penting kesimpulannya, berimpak atau tidak. Semua terletak pada rasa yang mendengar.

Mencari rasa sedap dan keadaan yang harmoni ini yang barangkali dimaksudkan Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai tindakan mencapai adil ataupun adab, kerana vokal, nada dan irama itu semua mahu diletakkan pada tempatnya, lalu menghasilkan bunyi yang menyentuh rasa. Adil itu bukan di mahkamah sahaja kata beliau.

Itulah cabaran setiap persembahan, pementasan dan pembentangan. Menyentuh rasa. Agak saya-lah.

No comments: