Friday, April 07, 2017

Memperbaiki prestasi pekerja dengan fokus kepada kekuatan

Buku Melangkaui Prestasi, Scott Keller


Dikatakan, kebiasaannya pemimpin harus fokus kepada kelemahan pasukan untuk memperbaiki prestasi. Jika itu pendekatan anda, anda salah.

Dapatan Data

Pada tahun 2011, selepas bertahun-tahun kutipan data dibuat, sebuah firma perundingan pengurusan, McKinsey & Company telah menerbitkan sebuah kajian yang bertajuk, Melangkaui Prestasi: Bagaimana Organisasi Yang Hebat Membina Dayasaing Terulung, yang berdasarkan kajian mendalam dengan meninjau lebih 500 buah organisasi dan lebih 600,000 maklum balas, 6,800 eksekutif kanan seluruh dunia dan maklumat daripada hampir 900 buah buku, tulisan dan jurnal, untuk mengenalpasti bagaimana cara untuk menilai, memotivasi dan memperbaiki kepimpinan dengan berkesan dalam sesebuah organisasi.

Pengarang, Scott Keller dan Colin Price, mendapati bahawa untuk memperbaiki prestasi, anda mestilah fokus kepada memperbaiki kekuatan sediaada dan bukan memperbaiki kelemahan.

"Ini bukanlah penemuan baru, satu daripada contoh terawal yang berkaitan dengan tema ini datang daripada Peter Drucker di dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1967 yang bertajuk Eksekutif Yang Berkesan," kata Jim Clemmer. President kepada syarikat perundingan pengurusan The Clemmer Group itu menghuraikan tema Drucker itu dengan memetik daripada buku tersebut bahawa "Kita tidak boleh membina di atas kelemahan, anda hanya boleh membina di atas kekuatan. Adalah satu kebodohan dan tidak bertanggungjawab jika anda membina atas kelemahan, kerana kelemahan itu tiada lain melainkan satu batasan."

Memanfaatkan kekuatan untuk memperbaiki

Clemmer mengatakan, golongan yang mencapai matlamat mereka untuk menjadi pemimpin yang luar biasa, sebagaimana ditakrifkan oleh butir 360-darjah, kebanyakannya berjaya dengan memanfaatkan kekuatannya.

"Apabila kamu berbincang tentang prestasi dan kamu tampil dengan 'ruang untuk diperbaiki', kamu hampir pasti memfokuskan kepada kelemahan dan kurang meluangkan masa untuk membina kekuatan dan berbincang tentang bagaimana mahu menjadi lebih baik. Ini sangat mengecewakan, apabila istilah 'ruang untuk diperbaiki' menjadi semaksud dengan arahan 'baiki kelemahan kamu', dan itu bukanlah cara yang berkesan," kata Clemmer.



*Tulisan ini adalah terjemahan Muhammad Yasir bin Tamizi pada sebahagian tulisan Sharon Florentine, seorang penulis kanan di CIO.com juga Pengurus Projek kepada pembekal teknologi seperti Microsoft, Fujitsu dan Juniper Networks, yang bertajuk "How to improve employee performance by focusing on strengths" di laman CIO.com bertarikh 3 Mac 2016. Muhammad Yasir Tamizi pernah menggunakan teknik ini pada pasukannya dan membuahkan hasil yang baik.

No comments: