Thursday, April 06, 2017

Kesan Pengkabutan Nyamuk Yang Lebih Buruk

Pepatung pemangsa nyamuk


Jabatan Alamsekitar Kebangsaan Singapura telah mengambil langkah pengkabutan(fogging) bagi mencegah pembiakan nyamuk tempatan, pembawa kepada penyakit seperti denggi dan Zika.

Menurut pengerusi Jabatan, Liak Teng Lit, pengkabutan ini mempunyai batasannya. Bukan sahaja nyamuk yang akan mati, tetapi pemangsa nyamuk seperti pepatung juga akan mati. Pepatung merupakan tentera udara semulajadi yang mampu memakan nyamuk sebanyak 100 ekor sehari.

Nyamuk, boleh membiak semula dalam masa beberapa hari sahaja dan larva akan mula terbang dalam masa beberapa minggu. Tetapi, pepatung mengambil masa selama tiga hingga enam bulan untuk membiak semula. Dalam tempoh ini, tidak ada pemangsa yang akan mengawal jumlah nyamuk dalam ekosistem(aturanalam) ini.

Pengkabutan, walaupun berguna dari satu segi, sejujurnya walaupun kelihatan mengagumkan dan ramai menyukainya seperti pesta bunga api kerana asapnya, nampak seperti sesuatu telah pun dilakukan, tetapi ianya mempunyai kesan yang lebih buruk.


*Tulisan ini adalah terjemahan Muhammad Yasir bin Tamizi pada sebahagian laporan berita Channelnews Asia tentang Keterbatasan Pengkabutan Nyamuk yang dilaksanakan bagi membendung pembiakan nyamuk aedes bertarikh 19 September 2016.

No comments: