Wednesday, January 25, 2012

Siapakah Awan Nano?



Sebelum saya kongsikan pandangan(Abang saya sebenarnya) tentang Awan Nano ini, saya petik dulu kata-kata rakan blogger yang juga cuba merungkai maksud Awan Nano ini:

"Kata seorang teman kepada Buddhi di tansrikudu.blogspot, Awan Nano bukan sekadar lagu, ia adalah sejarah. Buddhi Hekayat pula kata awan nano kalau diceritakan, takutnya akan berkolah air mata." - OrangLipis.Blogspot.

Kalau boleh saya juga mahu menambah kupasan tentang Awan Nano. Kalau boleh dikaitkan kupasan ini dengan komen Orang Lipis, ada kaitan juga barangkali kerana kupasan ini turut terkait dengan sejarah dan sejarah ini bila dihayati sungguh-sungguh boleh menitiskan air mata.

Ramai yang tertanya-tanya makna Awan Nano. Ada yang cuba mencari maknanya. Dan ada yang bersungguh mencari. Persoalannya mengapa ada yang bersungguh mencari makna Awan Nano ini? Siapakah Awan Nano sebenarnya?

Yang mencari makna Awan Nano, rata-rata mentafsirkannya secara tersirat. Mungkin perlambangan jasa seorang Ayah yang melindungi anaknya barangkali, seperti yang digambarkan klip video Hafiz AF. Cumanya, mengapa tidak cuba ditafsirkan secara tersurat saja?

Saya menghormati hajat tuan penulis lirik agar tafsiran tentang Awan Nano dibebaskan mengikut pendengar. Yang akan saya kongsikan bukan kata-kata penulis, tapi yang saya akan kongsikan adalah pandangan Abang, yang saya juga turut terima. Bagi saya, apalah gunanya saya menulis kalau tidak boleh saya berikan sesuatu yang baik, supaya kita sama-sama terjana, berkolah air mata mengambil iktibar, akan ketinggian kasih dan kesetiaan sebentuk Awan, memayungi Kekasih Kita S.A.W.

Kasihnya,
Kasih tiada banding,
Setia tiada tara,
Bagaimanapun jua... - Lirik Awan Nano

0 comments: