Thursday, October 13, 2011

Kompaun RM100 MBPJ Tak Munasabah


Kompaun RM100 yang dikenakan oleh MBPJ ke atas pesalah parkir adalah tak munasabah.

Untuk kesalahan tidak memaparkan tiket parkir pada kenderaan, kita boleh dikenakan kompaun sehingga RM100 di bawah jajahan MBPJ. Apa masalahnya dengan kompaun ini? Awak dah buat salah, tak bayar parkir, padanlah muka awak kena kompaun, belajar sikit yang lain kali jangan lupa bayar 50sen sejam misalnya untuk parkir di sini, orang lain pun bayar juga.

Mungkin ini tanggapan sesetengah orang yang mendengar aduan sebegini, tapi cuba kita fikirkan soal adakah munasabah, disebabkan tidak membayar parkir 50sen sejam misalnya, kita dikenakan kompaun RM100. Jika pendidikan supaya beringat untuk bayar parkir yang mahu diterapkan, ini bukan caranya. Tambahan pula, jika ini adalah kesalahan pertama bagi pesalah tersebut, adalah tidak adil jika kesalahannya itu dihukum dengan kompaun yang tinggi.

Saya berpendapat, dalam kita mendidik masyarakat supaya membayar tiket parkir, tak perlu kompaun setinggi itu dikenakan. Biar kesusahan membayar kompaun itu yang mendidik pesalah supaya beringat dan tidak mengulanginya lagi, bukan dengan mengenakan bayaran setinggi RM100.

Dan adalah salah sama sekali jika pembayaran kompaun dipermudahkan dengan pengenalan kaunter bayaran yang banyak dan selesa mahupun kemudahan pembayaran talian kerana ini menunjukkan keutamaan MBPJ adalah mengutip kompaun berbanding pendidikan supaya beringat untuk membayar parkir.

Cadangan saya, agar had maksima kompaun ini dikurangkan ke angka yang jauh lebih rendah iaitu RM12 sahaja untuk seluruh Majlis Perbandaran/Bandaraya di negeri Selangor. RM12 adalah had maksima bagi sehari di mana kadar 50sen sejam dijadikan asas kiraan.

Thursday, October 06, 2011

Imbasan Kilat Belanjawan Sejahtera PR 2012


Memetik kata-kata Negarawan, Tengku Razaleigh Hamzah, beliau menyebut,

"Malaysia sebuah negara yang cukup indah tapi ada macam-macam masalah..."

Suasana negara sejak seminggu lalu, menyerlahkan lagi kehangatan bahang Belanjawan. Besok YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Pengerusi Barisan Nasional akan membentangkan Bajet 2012. Dua hari lepas, YB Ketua Pembangkang merangkap Ketua Pakatan Rakyat, telah pun membentangkan Belanjawan Sejahtera 2012 daripada Pakatan Rakyat.

Sebelum kita bicara tentang pembentangan besok hari oleh Kerajaan, ada molek kita mengimbas tawaran yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, dalam Belanjawan Sejahtera mereka, yang dilihat sebagai belanjawan alternatif kepada belanjawan Kerajaan. Perbandingan sihat dan perbahasan rasional di kalangan kita sebagai Anak Muda yang waras lagi matang amatlah dituntut dalam mendepani persaingan sihat politik baru yang mengutamakan hujah dan fakta.

Tawaran Belanjawan Sejahtera Pakatan Rakyat 2012, antaranya:

1. Perbelanjaan sebanyak RM220 bilion
2. Elak kenaikan harga minyak, subsidi RM22 bilion kekal
3. Hapus Subsidi Korporat, tambah baik Subsidi Rakyat
4. Bonus RM1000 setahun kepada warga emas yang layak
5. Bayaran RM1000 kepada suri rumah yang layak
6. Bayaran sehingga cecah RM550 kepada golongan miskin tegar
7. Gaji minima RM1100 ditetapkan sebagai Undang-undang
8. Elaun RM500 sebulan kepada golongan pendidik
9. Tambah peruntukan RM1,500,000,000 atau RM1.5 bilion untuk tambah baik skim latihan vokasional & teknikal
10. Skim "Bina & Jual" untuk perumahan awam
11. Potong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion
12. Kekang defisit
13. Lelong lesen AP, tambah pendapatan Negara RM1.2 bilion
14. Amal tender terbuka dan jaminan untuk skim khas Melayu/Bumi & yang memerlukan
15. Elaun jagaan anak RM1000 kepada ibu-ibu yang layak
16. Seluruh janji Buku Jingga ditepati
17. Basmi ketirisan membabitkan kebocoran RM28 bilion

Untuk penelitian lanjut, klik BELANJAWAN PR dan untuk maklumat tentang Buku Jingga, klik BUKU JINGGA.

Belanjawan PR yang berharga RM220 bilion ini angan-angan dan tak realistik? Sekadar pengetahuan bersama, pada tahun lepas BN juga memperuntukkan jumlah yang ~sama untuk Bajet. Beza antara kedua-dua belanjawan ini adalah ke mana wang cukai kita itu dibelanjakan. Kita boleh mula membandingkan Belanjawan PR dan Bajet BN mulai besok. Harus hadam keduanya.