Thursday, June 30, 2011

Beli Rumah: Kita Bayar Keuntungan Bank & Pemaju


Tadi tengahari, seorang kawan menunjukkan sehelai kertas yang mengiklankan Pembiayaan Perumahan daripada bank tertentu yang membiaya beli rumah sehingga 40 tahun. Tatacara beli rumah biasanya ikut contoh 10:90, kita hubungi pemaju dan bayar deposit 10%, baki 90% minta Bank biaya. Konsep pembeliannya, Pemaju jual kepada Bank pada sekian harga dan Bank jual kepada kita pada sekian harga, betul?

Sedar atau tidak, ada 2 jenis keuntungan dalam perjalanan jual-beli tersebut samada kaedah konvensional atau patuh-syariah. Satu, ketika Pemaju jual kepada Bank dan satu lagi, ketika Bank jual kepada kita. Misalkata, Pemaju jual kepada Bank dengan keuntungan 10% dan Bank jual semula kepada kita dengan keuntungan 10%, bukankah harga yang kita tanggung itu sudah termasuk keuntungan 10% pertama dan keuntungan 10% kedua, yang mana jumlahnya yang kita bayar adalah harga kos + 20% untung. Dengan adanya Bank di tengah-tengah maka kita tanggung bayar lebih.

Mengapa tidak kita beli terus daripada Pemaju? Mengapa Pemaju tidak jual terus kepada kita dan kita bayar tiap-tiap bulan terus kepada Pemaju? Apa keperluan adanya pihak Bank di tengah-tengah? Kalau diperhatikan, dengan membuang Bank yang berada di tengah-tengah, gunapakai contoh tadi, kita akan mampu mengurangkan tanggungan bayaran kita kurang 10%. Kalau harga jual sebuah rumah asalnya adalah $300,000, apabila kita buang peranan Bank yang kaut untung 10% sebelum ini, maka kita sudah jimat $30,000. Bukankah peranan Bank di tengah-tengah yang membuat untung itu merugikan kita?

Kecuali pihak Bank mengenakan pembiayaan perumahan tanpa faedah, Qardhul Hasan atau Benevolent Loan, barulah harga jual sebuah rumah dapat dikurangkan dan membantu kita yang boleh dikira berada pada tahap miskin bandaraya.

Memimpikan rumah bertanah di Lembah Klang adalah satu isu yang memeningkan kira-kira belanjawan peribadi bagi orang Muda yang baru bekerjaya, lebih-lebih lagi yang berkeluarga.

Tuesday, June 28, 2011

Rusuhan BERSIH 2.0?



Mual dengan warna kuning BERSIH 2.0. Di mana sahaja laman web yang saya singgah pasti ada warna kuning BERSIH 2.0. Dari laman sosial Facebook hingga Twitter sampai ke akhbar-akhbar talian, semuanya ada unsur BERSIH 2.0, kalau pun tidak warnanya, perkataannya ada sahaja di mana-mana, berdenyut-denyut. BERSIH 2.0 sudah jadi wabak di internet yang makin menerobos mata-mata yang melihatnya, media perdana di petitivi dan radio pun terjebak. Kata-kata seperti Yellow Is The New Black tidak mampu mengubat wabak ini, malah hanya mengapi-apikan kadar sebarannya.

BERSIH 2.0, satu gerakan rakyat biasa yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, dijangka akan berlangsung pada 9 Julai 2011, tetapi belum pun perhimpunan ini berlangsung, sudah banyak himpunan-himpunan kecil dianjurkan bagi membantah perhimpunan 1,000,000 rakyat bersama BERSIH 2.0. Walaupun ada di antara himpunan ini memainkan elemen provokasi, namun rata-rata himpunan ini adalah aman dan hanya dipenuhi dengan laungan dan teriakan bersemangat.

Saya sedikit pening melihat pemuda berpeleseran di tepi jalan seperti bangkai bernyawa, mengemis perhatian masyarakat dengan tema warna yang berbeza-beza. BERSIH 2.0 tampil dengan warna Kuning manakala penentangnya dengan imej Merah. Namun, tahukah kita, ini adalah satu kebebasan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan di mana hak berhimpun adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Walaupun ada antara kita yang membenci terbitnya sebarang perhimpunan dan menganggap perhimpunan bukan penyelesaian, hakikatnya Perlembagaan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan secara aman.

Seperti amalan di negara pengamal demokrasi yang lain, para peserta mana-mana perhimpunan haruslah menjaga adab-adab berhimpun seperti yang telah digariskan oleh agamawan baru-baru ini yakni tidak merosakkan harta benda awam dan tidak bertempur dengan pihak Polis. Manakala peranan pihak Polis yang adil amatlah dituntut dalam memudahkan perjalanan perhimpunan aman tersebut. Saya dikhabarkan oleh teman yang baru pulang dari Sepanyol atas urusan tugas, ketika Abuzar dan Hazali berada di Barcelona, pihak berkuasa tempatan menyediakan kawasan khusus untuk perhimpunan aman dijalankan di sana. Manakala di negara Turki yang telah melalui fasa kempen pilihanraya baru-baru ini, saya difahamkan anggota parti-parti politik diizinkan berhimpun dan berarak dengan aman di jalanraya sambil pihak Polis mengawalselia perjalanan aliran lalulintas supaya pengguna jalanraya dan pihak yang berhimpun dapat bergerak dengan lancar.

Bagaimana dengan rusuhan BERSIH 2.0 dan penentangnya dari Patriot dan Perkasa? Saya fikir rusuhan ini tidak mungkin akan terjadi bilamana agenda murni kedua-dua pihak dizahirkan di jalanraya dalam acuan akhlak, moral dan adab yang tinggi sepertimana sejarah telah membuktikan bahawa puluhan ribu rakyat Malaya pernah berdemonstrasi dengan aman di jalanraya pada tahun 1946, dalam usaha menentang dasar Malayan Union yang tidak adil. Peristiwa besar itu disebut sebagai Penentangan Malayan Union 1946.

Wednesday, June 01, 2011

Malay Unity


Once a great Malay leader speak that the importance of Malay unity is above everything, Malay unity is paramount. But we wonder, how to unite Malay? Thus, we track back how Nabi Muhammad SAW unite the Arabs of the Hijaz Land and the people around World.

Some might say aqidah make them unite, but I would say, the first element that makes them unite is the virtue and good character of Nabi SAW. Malay will unite with these 2 principles:

"...Help you one another in virtue, righteousness and piety; but do not help one another in sin and transgression. And fear Allah. Verily, Allah is Severe in punishment."