Sunday, May 29, 2011

Budaya Kool



Budaya Kool adalah satu bentuk budaya, bersolat di awal waktu dengan berjemaah.

Budaya Kool ini tercetus bilamana teman-teman GPMS yang bertugas di Shuaibah Arab Saudi selama sebulan berkongsi suasana solat di sana. Suasana bersolat jemaah di awal waktu yang menakjubkan.

Sedara Hanif, warga OUM, yang pulang bertugas di Arab Saudi selama 8 bulan, adalah pemula kepada budaya ini. Beliau berkongsi pengalaman bekerja dan suasana beribadat di sana yang banyak membantu memotivasikan budaya solat awal berjemaah ini di OUM. Cukup dengan ajakan pendek "Jom" melalui Gtalk di setiap awal waktu.

Lalu mengingatkan kita tentang Solat Jumaat yang mana semua lelaki pasti akan hadir tanpa ada yang berani mengelat. Sebabnya adalah suasana. The Power of Majority. Dengan kuasa majoriti yang diadun dengan moral dan etika yang tinggi, Budaya Kool ini dapat dinikmati semua.

Budaya Kool.

Saturday, May 21, 2011

Merungkai Seni Geometri Masjid Negara


Di atas ialah bentuk geometri yang terdapat di ruang luar Masjid Negara. Tadi sambil dengar khatib membaca khutbah, geometri ini yang saya belek, haha. Kagum dengan keseragamannya, dan tertanya-tanya bagaimana bentuk segi enam kemas ini boleh dihasilkan.

Setelah diamati, pertindihan 6 segiempat tepat akan membentuk bentuk geometri sebegini.




Maka selesailah rungkaian ini hari. Maka, kalau berkenan boleh lah kita lukis 6 biji segiempat tepat dan tindihkan seperti di atas. Selamat mencuba. Mengapa segienam? Merujuk rukun Iman barangkali. Menarik bukan? Itu sahaja dan sekian, salam. Jangan fikir bukan-bukan.


Friday, May 20, 2011

Jalan Keluar


Gambar yang ditangkap oleh sedara Abuzar Narin, bertajuk Jalan Keluar.