
Salam,
Sebulan hiatus daripada menulis bukan lah sesuatu yang terancang. Ini jawapan kepada soalan seorang teman, "Blog ko dah tak update? Blog ko selalunya konstruktif. Blog ko sekarang tempat luah perasaan saja." Ha ha saya gelak sendirian, tang mana luahan nya? Sajak tak ada, kadang-kadang ada lagu yang itu betul.
Semalam, selepas latihan untuk persembahan Majlis Walimah Razman Sime Darby CC yang akan berlangsung hujung minggu depan, bersama dengan Adi dan Alex, kita sembang santai di Al-Ihsana Seksyen 7, Shah Alam.
Alex kongsikan tentang kertas kerja Dinar Emas yang bakal dirangka untuk program Sarjana beliau, dan kemungkinan tajuk lain seperti Zakat dan Sukuk yang mungkin boleh memenuhi hajat Pensyarah beliau yang mahukan kajian empirikal. Persoalan tentang program MBA dan sedikit sebanyak pengetahuan tentang
INCEIF dan program MBA bertauliah dikongsi Alex. Lalu bicara berkembang ke satu tajuk lain, iaitu barter. Apa itu barter? Batu bata? Ha ha. Pertukaran barang antara 2 pihak atas persefahaman bersama tanpa menggunakan matawang.
Jentikan kita mulakan dengan "Aku pernah terbaca, sampai satu peringkat, aku rasa sistem barter ini yang paling adil berbanding sistem matawang(wang kertas yang tiada nilai)." Lalu diskusi kopi antara rakyat marhaen tercetus. Soalan dan bahas, Adi menyatakan, Sistem Barter boleh dilaksanakan, tapi tidak mampu terangkum untuk semua jenis urusniaga. Hujahnya, barter pada urusniaga barangan tiada masalah, tetapi bagaimana dengan barter untuk urusniaga perkhidmatan. Contoh, baiki basikal dan baiki paip. Renyahnya untuk mencari individu yang punya persefahaman yang sama, yang ada kepentingan yang sama, yang mana kedua2 individu tersebut perlukan khidmat baiki basikal dan seorang lagi baiki paip.
Alex tampil dengan pandangan, dulu sistem Barter itu terhenti dan digantikan dengan matawang. Memang kita nampak lecehnya hidup bersistem barter sebab tiada satu keseragaman dalam berurusniaga, betul-betul mengikut keperluan individu tersebut, kepuasan peribadi. Tapi, apa akan jadi kalau sistem Barter itu tak terhenti dan berkembang terus sampai sekarang. Pastinya, cara kita mengendalikan hidup seharian jauh berbeza dan sistem itu bertambahbaik ke arah suasana yang tidak merenyahkan, sepertimana berkembangnya sistem matawang. Hujah Alex disambut Adi dengan, sistem Barter berkembang lalu terwujudnya sistem Matawang untuk menyeragamkan urusniaga. Gayanya, tajuk sistem Barter mungkin dipertimbangkan untuk kertas kerja Sarjana Alex. Diskus punya diskus, Alex dapat idea baru sudahnya. Ha ha.
Diskusi tidak berniat untuk mengubah sistem sedia ada, cuma membangkitkan persoalan keadilan antara 2 pihak untuk melayan permintaan dan perbekalan. Tepat 3:30 pagi, bergerak pulang tapi sebelum pulang, Adi hidangkan lagu Stevie Wonder bertajuk Blue Moon. Dengar sekali terus gemar, secukup rasa. Terpengaruh dan kongsi di
Facebook. He he penangan Uncle Stevie.
Nota: Selamat Pengantin Baru Puan Sarah & Bro Thaariq, teman talian sejak 4 tahun dulu, sudah selamat melangsungkan walimahnya semalam dan minggu lepas. Konggeratulasi shekh dan shekha, didoakan yang terbaik buat kedua mempelai. Taat dan hormat ya.