
Salam,
Minggu ini Pulau Pinang mendapat liputan tambahan, yang terbaru pengwujudan Jawatankuasa/Exco baru yang dikhususkan untuk Hal Ehwal Bukan Islam di Pulau Pinang yang dipengerusikan Ketua Menteri PP sendiri, Sdr Lim Guan Eng.
Pengwujudan exco baru ini, tidak sama sekali menyalahi atau melanggar Perlembagaan, tetapi kita berasakan tiada keperluan mewujudkan jawatan Exco yang khusus untuk tujuan tersebut. Ini kerana khusus di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1 sudah pun memegang tugas sebagai Pengerusi Exco Perhubungan Masyarakat, yang mana peranannya cukup luas mencakupi isu-isu berkaitan masyarakat pelbagai agama dan bangsa. Semestinya isu berkaitan agama selain Islam juga turut dimuatkan.
Sepertimana yang kita maklum, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang berpegang teguh kepada dasar CAT(Competency, Accountability and Transparency) wajar memaklumkan kepada masyarakat Pulau Pinang, berkenaan peruntukan kepada portfolio baru, perbelanjaan yang bakal ditanggung kesan daripada pengwujudan portfolio baru kerana jelas sekali, portfolio baru akan datang dengan kos tersembunyi seperti elaun dan gaji pekerja, ruang pejabat malah kenderaan rasmi barangkali.
Imbas kembali tahun 2009, selepas kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, YB Zambry Kadir selaku MB Barisan Nasional telah mengumumkan barisan Exco beliau, di mana Dr Mah Hang Soon telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Terima kaseh.
















