Thursday, October 13, 2011

Kompaun RM100 MBPJ Tak Munasabah


Kompaun RM100 yang dikenakan oleh MBPJ ke atas pesalah parkir adalah tak munasabah.

Untuk kesalahan tidak memaparkan tiket parkir pada kenderaan, kita boleh dikenakan kompaun sehingga RM100 di bawah jajahan MBPJ. Apa masalahnya dengan kompaun ini? Awak dah buat salah, tak bayar parkir, padanlah muka awak kena kompaun, belajar sikit yang lain kali jangan lupa bayar 50sen sejam misalnya untuk parkir di sini, orang lain pun bayar juga.

Mungkin ini tanggapan sesetengah orang yang mendengar aduan sebegini, tapi cuba kita fikirkan soal adakah munasabah, disebabkan tidak membayar parkir 50sen sejam misalnya, kita dikenakan kompaun RM100. Jika pendidikan supaya beringat untuk bayar parkir yang mahu diterapkan, ini bukan caranya. Tambahan pula, jika ini adalah kesalahan pertama bagi pesalah tersebut, adalah tidak adil jika kesalahannya itu dihukum dengan kompaun yang tinggi.

Saya berpendapat, dalam kita mendidik masyarakat supaya membayar tiket parkir, tak perlu kompaun setinggi itu dikenakan. Biar kesusahan membayar kompaun itu yang mendidik pesalah supaya beringat dan tidak mengulanginya lagi, bukan dengan mengenakan bayaran setinggi RM100.

Dan adalah salah sama sekali jika pembayaran kompaun dipermudahkan dengan pengenalan kaunter bayaran yang banyak dan selesa mahupun kemudahan pembayaran talian kerana ini menunjukkan keutamaan MBPJ adalah mengutip kompaun berbanding pendidikan supaya beringat untuk membayar parkir.

Cadangan saya, agar had maksima kompaun ini dikurangkan ke angka yang jauh lebih rendah iaitu RM12 sahaja untuk seluruh Majlis Perbandaran/Bandaraya di negeri Selangor. RM12 adalah had maksima bagi sehari di mana kadar 50sen sejam dijadikan asas kiraan.

2 comments:

POSH76 said...

mmg bengong..menyusahkan jer!!

POSH76 said...
This comment has been removed by the author.