
Budaya Kool adalah satu bentuk budaya, bersolat di awal waktu dengan berjemaah.
Budaya Kool ini tercetus bilamana teman-teman GPMS yang bertugas di Shuaibah Arab Saudi selama sebulan berkongsi suasana solat di sana. Suasana bersolat jemaah di awal waktu yang menakjubkan.
Sedara Hanif, warga OUM, yang pulang bertugas di Arab Saudi selama 8 bulan, adalah pemula kepada budaya ini. Beliau berkongsi pengalaman bekerja dan suasana beribadat di sana yang banyak membantu memotivasikan budaya solat awal berjemaah ini di OUM. Cukup dengan ajakan pendek "Jom" melalui Gtalk di setiap awal waktu.
Lalu mengingatkan kita tentang Solat Jumaat yang mana semua lelaki pasti akan hadir tanpa ada yang berani mengelat. Sebabnya adalah suasana. The Power of Majority. Dengan kuasa majoriti yang diadun dengan moral dan etika yang tinggi, Budaya Kool ini dapat dinikmati semua.
Budaya Kool.
0 comments:
Post a Comment