Saturday, March 26, 2011

Ketuanan Melayu Yang Disembah


Isu yang berkaitan orang Melayu dalam Negara kita kerap berkait dengan 4 perkara yang boleh dikelaskan sebagai 'hak-hak Melayu':

1. Agama Islam
2. Bahasa Melayu
3. Raja-raja Melayu
4. Kedudukan istimewa orang Melayu

Biasanya 'hak-hak Melayu' ini akan dipertahankan atas fahaman Ketuanan Melayu dan berikut ialah kejayaan fahaman Ketuanan Melayu:

- Lesen judi diluluskan (judi sukan, judi toto, kasino dan seterusnya)
- Bahasa Melayu dinafikan sebagai bahasa ilmu dengan pembelajaran & pengajaran Sains & M3 dalam Bahasa Inggeris PPSMI 2002
- Hapus tulisan jawi 1968
- Kuasa Raja-raja Melayu ditarik 1993
- DEB gagal, pegangan 30% Melayu gagal
- Tanah rizab Melayu tergadai, 3juta hektar pada tahun 1957 tinggal 1.7juta hektar pada tahun 1995, hilang 44%

Inilah sebahagian kecil jasa puak-puak Ketuanan Melayu. Hanya orang Melayu yang mudah lupa sahaja akan menafikan jasa-jasa ini dan menentang fahaman Ketuanan Melayu. Salam.

Nota: Perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah. Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. - dipetik dari Pertubuhan IKRAM Malaysia.

0 comments: