Friday, December 31, 2010

ROSIN - Satu (Doa)




Rosin -Satu(klik ROSIN utk Fb, klik butang segitiga utk main lagu doa)



SATU,
pujaanku, idamanku,
kepadaMu...

Tiupkan bayuMu
dinginkan aku
dan juga temanku
hingga sampai waktu nanti,
kala hari...

Yang Dijanji, itu pasti....

Semoga kamu ada di sisi,
riang menerangi,
tanpamu jelasku,

Hilang arah,
mentari menyepikan diri,
bulan bintang tiada lagi,
terus sembunyi...

Hiba,
biarkanlah berlalu,
tinggal...ku sebutkan namaMu,
biar putih,
walau suci,
tak akan terbanding,
Cintaku Yang Satu

Wednesday, December 29, 2010

Takkan Melayu Hilang Di Dunia


Satu malam sebelum serangan besar Lanun Selat, 5 sahabat memandang jauh, melihat siap siaga musuh, selesai mengadap Tuanku Sultan...(perbualan dipetik drpd Hikayat Tuan Negeri)

Lekir : Tuah, besar risauku akan Melaka.
Tuah : Jgn kau risau Melaka, Melaka tak kan tumbang.

Jebat : Tapi Tuah, aku bimbangkan Melayu.
Tuah : Takkan Melayu hilang di dunia...

Tuah : Saudaraku... Yang aku pertahankan... agamaku... Islam.

Tuesday, December 07, 2010

Tazkirah DS Anwar Ibrahim: Ciri Masyarakat Jahiliyyah & Bina Generasi Muda

Seiring dengan Peristiwa Hijrah ini, dalam mendepani tahun baru ini, kita sedar bahawa tahun-tahun mendatang sangat mencabar untuk kita dan generasi yang baru. Kebimbangan jelas ternampak bila kita teliti realiti diri kita dan masyarakat kita kini. Adakah kita sudah mencapai tahap Masyarakat Jahiliyyah yang begitu zalim dan jahat?

Kupasan Sheikh Abul Hasan Ali Nadwi tentang Masyarakat Jahiliyyah ada disebut dalam tazkirah berikut. Huraian Surah Al-Kahfi tentang peranan Anak Muda Generasi Baru dalam suasana masyarakat sekarang dan isu-isu semasa, juga dijadikan isi penting dalam tazkirah Dato Seri Anwar Ibrahim. Jemput dengar. Dan banding dengan suasana semasa. Selawat dan Salam atas Nabi MUHAMMAD SAW.






Saturday, December 04, 2010

Ketuanan Yahudi & Ketuat Bangsa


Kelompok masyarakat Yahudi, dikelilingi dengan konsep Ketuanan Yahudi dan Tanah Yahudi(Kanaan) ribu-ribu tahun. Terjemahan Inggerisnya, Jewish Supremacy & Promised Land. Atas konsep ini, bangsa Yahudi itu lebih mulia dari yang lain dan menganggap bangsa lain ini haiwan, zalim pada Palestin dan konsep ini juga menjadi kelangsungan kehidupan Yahudi bagi mencapai Tanah yang diimpikan selama ini, tanah yang diduduki rejim zalim Zionis Israel, Timur Tengah sekarang.

Di Tenggara, ada satu lagi konsep Ketuanan yang sudah popular puluh tahun. Konsep Ketuanan ini bukan saja kabur dan tiada penerangan yang jelas, tetapi jauh lagi teruk daripada Ketuanan Yahudi.

Kalau Ketuanan Yahudi menjaga kepentingan bangsanya sendiri dan zalim dengan bangsa lain, Ketuanan yang ini, jauh berbeza. Ketuanan ini zalim pada bangsanya, ketuanan yang ini laksana riba pada bangsanya, ketuanan ini tak jaga kebajikan pun seluruh bangsanya, ketuanan ini gadai tanahnya bagi ke negara jiran, ketuanan ini tekan bangsanya naikkan harga air, petrol, gula, gas tapi tak naikkan gaji, ketuanan yang ini amal rasuah, curi hak bangsanya, rompak hak bangsanya. Apa jenis Ketuanan yang mereka dok laung ini? Yang ini lagi teghuk daripada Ketuanan Yahudi, bukan Ketuanan Bangsa tapi Ketuat Bangsa.

Di negara berdaulat Palestin, Ketuanan 'Yahudi Regim Zionis' ini, lawannya 'Hamas'. Hamas ialah Harakat Al-Muqawwamat Al-Islamiyyah, pertubuhan Islam jamak bangsa, di Palestin. Bukan 'Fatah', parti nasionalis kebangsaan asas kaum yang mengamalkan sekularisme. Fatah, Toghut!

*Ketuat - Penyakit kulit akibat jangkitan kuman dan virus.