Monday, November 29, 2010

Jaman Ini Jaman Melayu Bermaruah!


Ratus tahun Melayu dilabel dengan macam-macam nama. Tak ada label-label yang baik. Semuanya merendahkan bangsa Melayu, seolah-olahnya bangsa ini cukup negatif dan primitif, tak tutup aurat pakai cawat, macam lah Melayu ini bangsa yang makan monyet mentah.

Frank Swettenham, Residen British Selangor pernah menulis tentang The Real Malay. Keterangannya kalau diteliti, hanya lah pemerhatian ke atas manusia tanpa perlu dikelaskan sebagai Melayu pun. Ciri-ciri yang disebut dalam penulisan itu ada pada semua bangsa, ada yang malas, ada yang rajin, ada yang hodoh, ada yang cantek. Tetapi sengaja dituliskan begitu, supaya bangsa Melayu kelihatan bodoh dan tak bertamadun dan gasar. Merendah-rendahkan keyakinan bangsa Melayu, tujuannya mudah, supaya bangsa Melayu tak punya keyakinan diri, dan terus ditipu dan dirompak hartanya, sehingga bangsa Melayu takut untuk berjiwa merdeka, lalu bergantung harap kepada mereka.

Dah lama Melayu asyik dilabel negatif dan primitif. Sekarang ialah zaman untuk Melayu bangkit. Melayu tidak malas, Melayu tidak kotor, Melayu tidak bodoh, Melayu tidak lupa, Melayu tidak gasar, Melayu bukan tuan yang menghambakan orang lain, Melayu bukan babi!

Melayu ialah Melayu. Melayu ialah bangsa bermaruah. Melayu bermaruah ialah bangsa Melayu yang tinggi akhlaknya berpegang kepada agama, takut Tuhan, cinta ilmu pengetahuan, terbuka dengan perbezaan dan menghormati kepelbagaian.

Kalau ada yang tuduh, "Orang Melayu ni pemalas! Sikit-sikit nak bergantung dengan orang lain, tak berusaha sendiri." Jawab yang paling mudah, "Siapa Melayu malas? Engkaulah Melayu malas, engkau yang sebut. Aku tak. Aku bukan Melayu malas. Aku Melayu Rajin."

Terlalu banyak benda negatif yang disebut-sebut sekeliling kita. Kita harus perbanyakkan label-label baik dan positif juga progresif untuk Melayu. Label yang baik itu kan doa? ;)

Ketuanan Melayu bukan lah satu doa yang positif, tapi ianya satu label angkuh. Saya tak nak jadi Melayu yang itu. Yang itu Melayu Angkuh. Orang lain mungkin Melayu angkuh, tapi saya bukan Melayu angkuh.

Justeru, harus terus sebut bahawa Melayu itu Rajin, Melayu itu Beragama, Melayu itu Adil, Melayu itu Kuat, Melayu itu Kaya, Melayu itu Bijak, Melayu itu Berakhlak dan Melayu itu Bermaruah!


YASIR TAMIZI

Sunday, November 28, 2010

Kaedah Alternatif Untuk Tepung Tawar di-Majlis Kenduri Kahwin Kawan2 & Semua



Kaedah alternatif yang molek, bagi menghormati Tuan Rumah Majlis Kenduri yang menjemput kita sebagai tetamu istimewa untuk menepung tawar pengantin:

1. Mara ke pelamin seperti biasa.
2. Setibanya di depan pengantin, berdoa, doakan yang baik-baik untuk pengantin.
3. Dan bersalam dengan pengantin. Selesai.

Bagi saya yang tidak mahir berdoa canggih-canggih, pernah dijemput, lalu saya cuma salam sahaja dengan pengantin, sembang gurau cendana sikit, kemudian turun dari pelamin.

Selamat mencuba.

Ikhlas.

Kuala Lumpur Berselawat 2010


Selawat & Salam Ke Atas Rasulullah S.A.W. Pembudayaan Selawat Didik Jiwa. Program Selawat paling kool hujung tahun ini. Pengagungan tertinggi buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.

10 & 11 Disember 2010, Dataran Pusat Islam KL.

Nabi Muhammad S.A.W. Dialah yang awal. Dialah yang akhir.

Friday, November 26, 2010

'Pendidikan Islam' Sekular Salah Falsafah



Sukatan pelajaran PendidikanIslam di Sekolah Sekular, tak diadun untuk bina manusia berakhlak, tapi lebih kepada nak menghasilkan manusia yg minat pasal hukum fiqah sahaja.

Aturannya, hapal banyak hukum, dapat A, diangkat jadi hebat! 11 tahun dipupuk dengan kefahaman; siapa tahu banyak hukum(bukan laksana hukum), nampak hebat!


YASIR TAMIZI

Monday, November 01, 2010

Lestari-Konservatif


Salam,

Bila benar faham Konservatif itu cenderung kepada:

1. Penguatkuasaan undang-undang yang pertahan nilai tradisi bangsa,
2. Kebebasan pasaran yang menolak campurtangan melampau daripada pihak kerajaan,
3. Pengukuhan ketenteraan untuk menggerunkan musuh,
4. Penentangan cukai yang tinggi,
5. Campurtangan Kerajaan dalam memelihara akhlak masyarakat,

Maka wujud keselarian antara faham ini dengan prinsip peribadi dalam wawasan pembentukan Masyarakat & Negara.

Menuju Ustaziatul Alam.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI