Thursday, October 14, 2010

Goreng Pisang Kayu Api Kenyir

Temuramah antara Bos Faizal, Muhaz & Hafiz dengan Pakcik Goreng Pisang Kayu Api di Kenyir. Pakcik berkongsi pengalaman beliau tentang pemilihan Pisang untuk produk Goreng Pisangnya. Kedai ini telah dibuka sejak 1984, 26 tahun yang lalu. Pisang yang dipilih mestilah cukup masak, biar rupanya hitam di luar, tapi isinya sedap dan manis. Ini kisah Pemilihan Pisang. Selamat menonton.



Friday, October 01, 2010

Hutang 5sen Pada DUKE


Selamat Hari Jumaat,

Hutang 5 sen ini sentiasa menghantui tapi entah bilanya nak langsai, mungkin hari ini. Ya, saya berhutang 5 sen kepada Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, ada yang sebut Damansara-Ulu Kelang. Haha.

Saya pernah berhutang 5 sen dengan DUKE dan masih lagi berhutang dengan DUKE. Hutang ini terjadi bila suatu pagi yang indah, dalam perjalanan ke pejabat, terlewat sebenarnya, baru tersedar dalam dompet, kosong, duit kertas tak ada, duit kecil atau besar semua tak ada, yang ada cuma kad pengenalan dan helaian kertas resit dsb.

Waktu tersedar tak ada duit dalam dompet mestilah waktu dompet dikeluarkan dari kocek. Waktu keluarkan dompet dari kocek mestilah waktu dah nampak tol depan mata. Memang libang libu dibuatnya. Kelam kelibut cari duit sen dalam kereta. Geledah semua laci, bawah karpet, tepi tempat duduk, menggagau seluruh sudut, dapatlah kumpul2 sen. Kira-kira, jumlahnya tak sampai RM2. Hanya RM1.95. Berdoa, kalau berjaya terlepas ini, tetap akan bayar 5sen akan datang. Sampai di Tol, sen-sen diberikan, sedang dia kira-kira, dia buka palang, fuh, alhamdulillah, calow bete, calow.

Tekad hari ini, melangsaikan hutang 5 sen di DUKE, dan untuk langsai hutang kena lalu DUKE, kena bagi RM2.05 dan nak lalu DUKE kena ada di Kuala Lumpur bukan di Kenyir. Haha. Maka kena cari alasan untuk pakai DUKE hari ini. Status Azwan Ngali semalam seolah-olahnya peringatan yang baik. Selamat Hari Jumaat.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI