
Stesen Keretapi Ipoh
Salam,
Kali terakhir menaiki keretapi atau ejaan pasarnya ketapi, ialah pada tahun 1996. Masa itu, saya, Hasreezan, Saufi, Sharil, Mizi, Adam dan teman-teman Sekolah Kebangsaan Gombak Setia turut serta dalam lawatan Sekolah bersama KTMB, sambil berlangsung Pertandingan Mewarna A&W di dalam gerabak. Menang pertandingan itu, lebih kurang kisahnya, kita diberikan 2 tiket percuma menaiki keretapi ke mana sahaja. Maka saya sekeluarga merencana ke Ipoh pada waktu malam. Pengalaman yang menarik, jakun makkun dibuatnya. Makan-makan di atas gerabak sungguh kool. Yang saya ingat, saya makan nasi goreng dan teh ais. Perghh.
Semalam, untuk kali ketiga, saya menaiki keretapi pulang dari Ipoh ke KL Sentral dan saya kembali jakun. Memilih Ketapi IPOH-KLS S53 yang bertolak pada 0900 dan dijangka tiba pada 1155. Stesen KTMB Ipoh sudah lawa. Cantik. Cuma khidmat pelanggannya sahaja boleh ditingkatkan dari segi ketepatan masa. Mungkin bila pelanggan sudah membuak-buak, pulih lah khidmatnya nanti. Saya dapat kerusi 15A, gerabak X3, kerusi paling depan gerabak pertama selepas kepala keretapi, duduk tepi tingkap. Manis, kalau ada apa-apa pelanggaran saya hadap dulu, ini hikmahnya, meningkatkan kepesatan berdoa dan insaf diri. Hehe. Selepas adegan lambai-melambai seperti filem 80an, wisel ditiup keretapi pun bergerak, geduk geduk geduk (bunyi roda keretapi). Tak ada orang di sebelah, maka saya girang menjajah 2 kerusi. Haha. Tapi itu semua sementara, bila tiba di Batu Gajah, ada cik adik datang mengisi kekosongan sisiku(baca: kerusi sebelah). Saya buang jakun, membetulkan postur duduk, dan memasang 'muka karismatik'. Ha Ha. Tak bertegur sapa kah? Tidak, hagham. Kita tak reti adat istiadat naik keretapi atau bas, kena tegur sapa orang sebelah, jadi diam sepanjang jalan menumpu pada pemandangan, risalah kecil terbitan Middle-Eastern Graduate Centre dan tidur dalam buaian keretapi. Terasa macam Raya seh. Dalam kepala terpasang lagu,"Dari Jauh Ku Pohon Maaf."
Keretapi laju. Pemandangan di sepanjang perjalanan itu menarik. Kita nampak semak samun, kebun dan dusun, dan yang lebih mengujakan, kita boleh nampak pembangunan dan pembinaan yang sedang berjalan di sebalik laluan arus perdana. Di sepanjang perjalanan, saya nampak pekan-pekan, perkampungan lama dan usang, banyak kuil-kuil Hindu, menunjukkan yang mungkin satu masa dulu, masyarakat India lah yang banyak membantu Kerajaan dalam projek landasan keretapi ini. Tapi rumahnya uzur, sedang jasanya besar, mereka mesti dibela. Taraf hidup mesti berubah. Berubah dengan ilmu. Pendidikan berkualiti yang penting. Hanya dengan ilmu dan pengetahuan, kita boleh 'mengubah' kasta.
Maka, setibanya di KL Sentral tepat pada pukul 1155. Kita pun mencari ATM berhampiran dan di ATM ini ada drama. Haha. Sepasang kekasih remaja muda sedang bertengkar. Sebijik macam drama swasta. Sesiapa yang sedang beratur di ATM Maybank, pasti akan terlihat kelibat mereka. Yang seorang membebel, yang seorang dengar tunduk tersipu. Yang membebel muka nerd, yang tunduk sipu muka tak bersalah nak nangis. Yang bebel tu lelaki, yang kena bebel tu perempuan. "Blah la kau dari hidup aku... ...Kalau ko blah skang, jangan balik2 dah, blah terus..." Lebih kurang gitu lah ayatnya dia dok bising sebelah saya. Saya tak mampu membantu, tapi hanya tersenyum sinis rasa nak gelak kuat-kuat. Haha tahan. Lepas si remaja lelaki ini cakap begitu, si gadis kecil tu bergerak sikit ke tepi, kemudian gerak selangkah ke tepi lagi. Yang budak laki ni, dengan muka nerd dia, terus beredar. Yang gadis kecil ni terus berjalan tapi tak jauh, depan tu je. Dua-dua berpisah, seorang kemarahan, seorang lagi kesedihan. Dua-dua di arah berlawanan, berdiri terpaku di tepi gerai pameran Syarikat Perumahan Negara Berhad. Saya sempat ambil 2 kertas iklan berpotensi, Apartment Laguna Biru dan Apartment Seksyen 22 Shah Alam. Kisah drama ini belum habis lagi, lepas 5 minit, saya perhatikan yang budak laki itu sudah mula pegang telefon dan berapa saat kemudian saya tengok si gadis kecil ini gagau beg cari telefon dan angkat. Saya pun cucuk duit, selesai cucuk dah tak nampak kelibat mereka berdua. Dah elok dah barangkali? Hehe.
Naik RapidKL Kelana Jaya Line(dulunya PUTRA LRT), KLJ, dari KLS-TAM. KL Sentral ke Taman Melati. RM2.30. Sampai TAM, naik Bas Rapid KL T226 dari TAM-Taman Melewar. RM1. Jalan kaki ke 15651 Kg. Changkat. Selesai drama hari ini. Ceria. Maka butiran kos perjalanan Ipoh-Kg Changkat itu lebih kurang begini:
Jumlah kos perjalanan Ipoh-Kg. Changkat: RM25.30
Pengalaman yang menarik ini berbaloi untuk diulangi. Baiklah, saya mahu beransur bersarteng(sarteng - sarapan+tengahari).
Tahniah Bos, Akmal Halimy Haron, kerana dianugerahkan sebagai Warga Penjanaan, Eksekutif-Teknikal Paling Cemerlang oleh Tuan Naib Presiden Penjanaan TNB semalam. Moga makmur GPMS sekaliannya, insyaAllah.
Salam,
YASIR TAMIZI