
Salam,
Saya sudah muak dengan isu-isu kenegaraan, ada sahaja yang tak kenanya, hari ini kita mahu ubah cerita, kita sentuh bab Kewarganegaraan Malaysia sahaja, tak lebih dari itu.
Semalam, saya dan himpunan teman-teman berkumpul di Shah Alam, Plaza Alam Sentral, Sri Pentas 2, bagi menonton rakaman Pencalonan MM25 untuk lagu Tika Masanya Mirwana & Hujan. Aktiviti yang pertama seumpamanya kita jebakkan diri, hanya apabila memenuhi ciri-ciri tertentu. Kita dapat kumpulkan dari macam-macam generasi teman, dari yang kenal paling baru sampai kawan baik lama yang kita kerah dari jauh. Saufi, Hasizan, Buzar, Zatul, Wan Ngali, Alin, Mira Kimura & Temannya, Adi, Faiz, Awer, Hapis dan kawan baik Adi yang baru, Firdaus.
Selesai Mirwana dan Hujan, kita ngeteh di Syed Bistro di bawah Alam Sentral, jumpa Ijal dan Sham yang kacak. Ijal mengedarkan kad kahwinnya, bulan 7. Zatul menyampaikan amanah kad kawan kita seorang ini yang akan melangsungkan majlisnya minggu depan ni, Siti Khadijah. Malam makin pekat, mata seakan berat, teman-teman makin berundur, tapi isu-isu kenegaraan sekali lagi sentiasa berjaya menjadi penyegar yang mujarab.
Sidang yang bertahan sehingga 4 pagi itu cukup dianggotai hanya 3 panel. Saufi, Hasizan, saya dan jembalang embun. Pelbagai bicara dilontarkan, dari kisah silam yang manis sampai ke bicara sukan, prospek badminton dan bola, bicara pengangkutan awam, bicara tahap integriti pentadbiran, bicara sejarah, bicara Islam dan kaitan dengan Melayu dalam konteks Negara, kan poyo kedengarannya, rasa nak maki depan-depan kan. Ha Ha. Saya faham. Kita tidak kupas dari sudut bahasa akademik, kita meremajakan sembang namun isinya fadhot-fadhot(padat).
Tersebut akan tugas kerja Hasizan berkait proses permohononan Kewarganegaraan Malaysia, lalu Hasizan menerangkan proses permohonan seperti berikut:
"Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara.
Bagi permohonan di bawah Perkara 16 dan 19 pemohon disyaratkan menduduki ujian Bahasa yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Asas-Asas Pertimbangan Bagi Permohonan Kewarganegaraan:
Berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah.
Menetap dalam tempoh yang lama.
Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini.
Memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara.
Menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Taat dan setia kepada Negara."
Menetap dalam tempoh yang lama.
Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini.
Memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara.
Menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Taat dan setia kepada Negara."
Lalu mengingatkan saya kisah seorang Baya di Kedai Gunting Rambut satu masa dulu. Sedang itu Baya yang tak sebaya saya, mengerat rambut saya yang ikal mayang, kerinting-kerinting kerosakan, saya tanyakan tentang tempoh beliau berada di Malaysia, tempat tinggalnya, permohonan PR nya. Baya sudah berada di Malaysia 15 tahun dan nampaknya baik, rajin mengulang Masjid. Cuma bila saya tanyakan, "Sudah mohon PR?" PR ialah Permanent Resident bukan Pakatan Rakyat. Lalu dijawab, "Sudah tapi tak dapat, dah mohon banyak kali tapi tak dapat." Apa pasal tak dapat? "Biasalah, kena bagi RM15,000 dulu, baru lulus."
Saya terkejat sendirian. Soal kewarganegaraan adalah melibatkan soal maruah Negara, perkara yang sangat mustahak, tak kan RM15,000 sahaja terus boleh jadi warganegara. Sangat pelik dan saya masih tidak percaya. Hasizan sendiri tak tahu menahu hal ini. Mana sahihnya ayat si Baya ini, saya belum percaya lagi.
Betul,
YASIR TAMIZI




