
Salam,
Hujung tahun 90an, kanak-kanak dilanda keghairahan Dash Yonkuro. Masing-masing punya Tamiya, saya juga ada Tamiya tersendiri yang dihadiahkan teman baik saya, Haris, terus dari Jepun. Untuk pengetahuan, Tamiya ialah sejenis permainan kereta mini yang dipacu enjin kecil dan digerakkan dengan tenaga elektrik daripada bateri.
Kanak-kanak waktu itu cukup kreatif, kami menggodam enjin Tamiya sehingga kemampuan enjin melampaui had yang ditetapkan. Kadang-kadang sehingga menghangitkan enjin. Asasnya, kami beli Tamiya, kemudian bersaing di litar untuk menguji prestasi enjin masing-masing.

Saya masih ingat lagi, di Danau Kota, cukup giat, kanak-kanak sebaya, bertanding untuk memenangi perlumbaan yang dianjurkan Kedai Pakcik Cina. Hasizan pasti arif dengan kedai ini. Adat pertandingan, kadang menang, kadang kalah. Yang menang, dapat Hadiah Kemenangan.
Pagi tadi, Syed menunjukkan kepada saya satu artikel
Pilihanrayakini yang menjelaskan tuduhan yang dilempar kepada YB Zaid Ibrahim (InsyaAllah), tentang kuda milik beliau yang dikaitkan dengan JUDI!
Laman tersebut kununnya mendedahkan bahawa Zaid Ibrahim seorang KAKI JUDI! Saya baca satu persatu link yang disediakan, dan mari kita perhatikan 3 pertuduhan ini satu persatu bersama-sama:
1. Di laman web BloodHorse.com, Zaid Botol telah bertaruh sebanyak US7847.00 pada 28hb Januari 2009 untuk lumba kuda di New Zealand.- Bertaruh? Mengikut pautan yang disediakan, ia adalah laman
The New Zealand Select Yearling Sale 2009. Adakah SALE = BET? Beli ke Bertaruh? Kepada Pilihanrayakini, sila hadiri kelas BI di
LittleCaliph.
2. Zaid Botol yang memiliki kuda lumba 'kelantan' telah memenangi satu perlumbaan dengan wang tunainya bernilai US450,000.00 pada 25hb Ogos 2006, kuda tersebut telah dibeli oleh Hj Zaid dengan harga NZ135,000.00 - untuk maklumat lanjut layari www.stephengrayracing.com- Adakah ini maksudnya menang pertaruhan? Menang hadiah pertandingan lumba kuda sama dengan menang pertaruhan? Mari rujuk dan baca sampai faham pautan Stephenrayracing tentang
Harga Kuda "Kelantan" Zaid dan
Nilai Hadiah Kemenangan. Pautan tak menyebut Zaid Ibrahim menang wang pertaruhan.
3. Kalau dilihat dalam Lot 1262, Hj Zaid telah membayar US11,000.00 untuk kuda lumba pada tahun 2009, untuk maklumat lanjut, sila layari www.stallions.com.au- Syed telah membayar ~RM27 untuk sebuah kereta Tamiya pada tahun 1997, (duit belanja yang diperolehi ialah RM1 sehari pada waktu itu). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tamiyalions.com/pilihanrayakini. Adakah Syed berjudi?
Saudara-saudara, inilah kununnya bukti-bukti yang dilampirkan oleh Pilihanrayakini dalam mengecam Zaid Ibrahim seorang KAKI JUDI!!? Terang-terang
FITNAH MENTAH!Artikel disediakan dengan usahasama Syed (dari Parlimen Kota Bharu).
Ikhlas,
YASIR TAMIZI