Tuesday, February 16, 2010

Purata Suhu Negara 27 Darjah Celcius



Salam,

Agak membahang sejak 2 menjak ni. Cuba berlindung mencari teduh di bilik sendiri, tersilap rupanya bilik sudah bertukar menjadi ketuhar yang tiada butang OFF. Lokasi bilik menghadap matahari petang dan tidak berhawadingin, memang strategik untuk dijadikan pusat separa sauna. Memang sihat. Lancar sistem perkumuhan kita.

Kepanasan yang agak luar biasa rasanya, akhirnya terjawab di laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, yang memaklumkan ini fenomena biasa di setiap awal tahun. Suhu tertinggi tercatat di Lembah Klang ialah di Petaling Jaya iaitu 34.7 darjah Celcius. Manakala suhu tertinggi dicatat bagi Malaysia ialah di Chuping, Perlis iaitu mencecah 36.6 darjah Celcius, menghampiri suhu badan manusia. Perbezaan suhu terkini 34.7 darjah Celcius, berbanding suhu purata Negara yakni 27 darjah Celcius, mewajarkan kerimasan yang dirasa setiap warga.

Minum ais hanya kelegaan sementara. Mohon diberi kekuatan sekaliannya, dan amalkan banyak minum air kosong agar tidak ternyahhidrat.

Mujur kita di sini hanya panas, tapi udaranya tidak pula kering. Kata Kak Anum di Australia dulu, kalau musim panasnya itu, suhu memang tinggi, anginnya pun tak lembab, kering dan panas. Teman-teman seangkatan yang berpengalaman pasti punya pandangan tersendiri.

Moga terhindar kita dari kecelakaan.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

No comments: