Sunday, November 29, 2009

Nik Aziz Sudah Wajar Berundur Daripada Jawatan Menteri Besar


"Saya rasa khidmatnya selama 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan sudah cukup sumbangannya kepada rakyat negeri ini,” kata Mustapa kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidiladha di Darulfalah, dekat sini hari ini. - UTUSAN


Salam,

Saya jarang mengambil terus apa yang dilaporkan oleh satu-satu akhbar atau berita. Biasanya perbandingan laporan berita, perbandingan latar belakang individu terlibat, perbandingan buku laporan kerja dan moral biasanya menjadi asas untuk menerima kesahihan satu berita.

Dalam hal ini, atas timbang tara suasana dan perkembangan semasa, saya akui kebenaran kata-kata Datuk Mustapa Mohamed dan bersetuju dengan beliau.

Tuan Guru Nik Aziz sudah wajar memikirkan untuk berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan selepas berbakti memupuk dan membentuk orang Kelantan dengan acuan tersendiri mengikut pendekatan Islam. 

Kebimbangan tentang siapa pengganti Tuan Guru Nik Aziz tidak berasas sama sekali. Ramai pemimpin-pemimpin yang terlahir, hasil daripada 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan di bawah TG Nik Aziz. Jika dulu, orang berkata, habis lah PAS tanpa Ust. Asri? Timbul TG Nik Aziz. Dulu orang kata tak adalah Melayu berkarisma lagi selepas Dato Haron Idris dan Tun Dr. Ismail? Timbul Dr. Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim, 2 pemimpin hebat dalam 1 masa. Sekarang soalan yang sama berulang, sejarah yang sama berulang, dan orang tak belajar daripada sejarah, maka orang bertanya, tak ada Nik Aziz, punah lah PAS di Malaysia?

20 tahun Nik Aziz di Kelantan, 20 tahun Nik Aziz mengajar di Madrasah, 20 tahun Nik Aziz mendidik masyarakat Malaysia semua suku etnis, dengan istiqamah dan bersungguh sampai sekarang, tak kan tak ada pengganti beliau? Pengganti beliau sudah ramai. Lebih ramai daripada rakyat satu negeri Kelantan. Pengganti-pengganti beliau yang memahami Islam itu bagaimana sebenarnya sudah tak terkira lagi. Islam yang tak terbahagi dengan suku dan bangsa. Islam yang tak teristimewa untuk bangsa tertentu. Islam yang shumul. Islam untuk semua! 

Kalau 22 tahun Dr. Mahathir memerintah Malaysia, lahir satu generasi yang sama pemikiran dengan beliau; apa 20 tahun TG Nik Aziz di Malaysia, tak lahir generasi yang sama pemikiran dengan beliau? Maka, soal pengganti usah dibimbangkan semacam kiamat besok hari. 

Saya bersetuju bahawa Tuan Guru Nik Aziz sudah patut memikirkan untuk berundur daripada jawatan Menteri Besar.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tak perlu lagi memikirkan tentang negeri. Sekarang, Negara yang memerlukan Tuan Guru, bukan lagi negeri Kelantan. Negara-lah yang perlukan seorang tokoh agama, Pemimpin Agung, Penasihat Tertinggi, Ketua Umum, Mursyidul Am bukan untuk PAS, bukan untuk Kelantan sahaja, tapi untuk seluruh rakyat Malaysia, untuk seluruh negeri dalam Persekutuan Malaysia, seorang Pemimpin Terutama untuk rakyat Malaysia semuanya, di atas ketua-ketua parti politik Pakatan Rakyat.

Persekutuan perlukan Tuan Guru Nik Aziz.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Friday, November 27, 2009

Lembu Korban



Salam,

Raya Haji ini, biasanya akan dikait dengan lembu korban. Mana tak kait pulak? Pergi Masjid nak sembahyang Raya tadi pun mesti nampak seekor dua lembu yang ditambat menanti saat masanya.

Raya Haji yang lalu, kalau kita masih ingat, ada satu kes derma lembu korban yang didakwa sebagai seleweng dan salah guna harta negeri.

Kes ini popular ketika itu, terpampang di dada akhbar, mencalit rasa kurang senang bagi kita yang baca surat khabar hanya pada tajuknya sahaja. Biasa lah kita, baca tajuk, terkejut, terus lekat dalam kepala, dan tak pernah nak ikut apa jadi seterusnya sebab jawapan-jawapan kemudian kepada pertuduhan itu tidak diletak tajuk besar pulak. Maka melekatlah berita yang terlebih awal dulu kita baca. Yang itu kita serap. Yang penjelasan menafikan pertuduhan dengan hujah tidak menarik lagi untuk dibaca.

Cuma sekali imbas, ada rasa lucu, yang mana, sampai lembu korban pun ada orang cuba dakwa kita. Begitu tinggi tahap prihatin rasuah dalam negeri Selangor, selepas PRU Mac 2008. Semalam saya pi minum dengan teman-teman, sdr Faizal Rashid dan Izzuddin Sidek. Selesai minum semua, Faizal terus bayarkan minuman kami tadi. Pertamanya, terima kasih lah Faizal, kalau ana tau dari awal anta mahu belanja, ana sudah pesan yang mahal-mahal, yang membukit aiskrimnya. Tapi yang saya bimbang, mungkinkah satu hari nanti, belanja minum itu nanti akan membawak saya ke kancah dakwaan rasuah? Apakah nanti SPRM akan membuka fail siasatan atas saya? Sebab kawan saya belanja saya, sebab mungkin kawan saya bekerja di syarikat yang mungkin jugak pembekal berdaftar dengan TNB? Apa jadi kalau Toped JIMAH yang belanja teh tarik? Berkali-kali saya ditawarkan teh tarik cuma tak berkesempatan memenuhi tawaran tu, kalau ikut kira hisab, lebih 3 cawan teh tarik dah patutnya saya teguk. Amacam? Bagaimana SPRM dapat membezakan belanja ikhlas atau belanja berniat? Derma ikhlas atau derma berniat?

Imbas kembali, isunya, MB Selangor didakwa mengarahkan anak syarikat, syarikat milik kerajaan Selangor, supaya memperuntukkan 46 ekor lembu atas tujuan korban di kawasan Parlimen beliau, Parlimen Bandar Tun Razak. Ini yang jadi kebisingan di akhbar.

Hal ini telah diterangkan oleh PKNS selaku penaja lembu-lembu korban bagi surau-surau masjid-masjid Negeri Selangor. Penjelasan daripada BERNAMA, saya harap kita rajin kejap baca yang ini:-

"PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semalam menjelaskan bahawa ia telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Disember lepas.

Menurut perbadanan itu, dalam menguruskan penajaan lembu untuk ibadat korban di Selangor, beberapa anak syarikat dan syarikat bersekutunya telah bersetuju menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak sebagai menjalankan tanggungjawab sosial.

Keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak telah dibuat selepas satu perbincangan diadakan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa anak syarikat serta syarikat bersekutu, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bayaran untuk 46 ekor lembu itu telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation (SIC) Berhad, yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam lagi anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai program itu, katanya.

Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang derma lembu korban itu setelah semua perancangan selesai diatur, kata perbadanan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Abdul Khalid bukan pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media, sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku pengurus besar PKNS, adalah pengerusinya.

Pada Rabu lepas, Abdul Khalid menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai lebih RM110,000 pada Hari Raya Aidiladha lepas.-BERNAMA"


Menjawab kepada soalan bagaimana SPRM akan tahu samada belanja itu belanja ikhlas atau berniat? Mengikut sesi penerangan SPRM yang baru-baru ini saya hadir, SPRM mengatakan melalui soal-siasat, dan bukti-bukti, hal ini boleh terjawab.

Tentang sesi penerangan SPRM yang saya hadir tempoh hari, ada soalan-soalan yang menarik untuk dikongsi, antaranya soalan-soalan seperti, "Apa jaminan keselamatan atas saya sebagai saksi/pemberi maklumat?" dan "Politik wang dikira rasuah tak?" Ini kita akan ceritakan kemudian, insyaAllah di masa yang sesuai, yang pasti, jawapan SPRM dan bekas pegawai SPRM sememangnya ikhlas dan terang tidak berselindung.

Sekarang, kes salah guna kuasa atas derma lembu PKNS sudah dijelaskan. Sampai hari ini, kes ini tidak dibuka semula, atau dibisingkan lagi di akhbar. Kes diam, tapi bagaimana pulak yang membuat dakwaan palsu? Orang yang membuat tuduhan palsu? Membuat fitnah? Biar kan sahaja orang itu tanpa hukum? 

*Maklumat tambahan, Hari Raya Haji tahun ini, sekali lagi PKNS menyumbangkan 7 ekor lembu di Surau An-Nur Seri Perantau, Klang. SPRM tak mahu cuba lagi?


Salam Raya Haji,
YASIR TAMIZI

Takbir Raya Marathon: Selamat Hari Raya Qurban


Salam,

Raya Puasa lepas agak-agak tak berapa puas bertakbir, kali ini bedal sungguh-sungguh lah. 

Dulu Raya Puasa tempoh bertakbir raya dari Maghrib akhir Ramadhan sampai ke sembahyang Raya besoknya. Tak sampai sehari kan? Raya Haji ni, Raya Korban ni, takbir rayanya dari Maghrib semalam, 10 Zulhijjah sampailah ke 13 Zulhijjah. 

Bantai la cukup-cukup. Masa puasa dulu, kalau takbir nak training orang kata "aish jangan, belum lagi." Sekarang dah ada 4 hari terhidang, hadap tuan, hadap.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1430! Takbir!


YASIR TAMIZI

Saturday, November 14, 2009

"Bai'ah" dengan JPA?


Salam,

Utusan hari ini, muka surat depan, papar tajuk besar, Henti Bai'ah Talak Tiga.

Apa itu bai'ah? Bayya? Bayya Bangla?

Bai'ah ni kalau dalam bahasa kita ialah perakuan atau pengakuan taat setia.

Kalau dalam istilah perjanjian, yang biasa kita dengar, akujanji.

Jadi, bila cerita pasal bai'ah ni yang tiba-tiba hangat di media tempatan kita, saya teringat kisahnya dulu saya pernah "berbai'ah" jugak.

Maksud saya di sini, saya pernah ber'akujanji'. Saya yakin semua orang, pernah ber'akujanji', dalam keadaan sedar dan waras, sebab akujanji ini mesti disusuli dengan tandatangan. Tak tahu la kalau ada yang tandatangan akujanji dalam keadaan mabuk atau gila?

Tahun 2002/2003, saya menandatangani satu akujanji antara saya dan JPA dalam perjanjian biasiswa pengajian. Saya masih ingat, pegawai JPA itu dengan tegas mengingatkan saya dan teman-teman, agar tidak melibatkan diri dalam pergerakan bawah tanah, subversif dan seangkatan dengannya, jika ingkar, perjanjian terbatal, tak dapat wang pengajian. Saya pun setuju, saya akur dengan akujanji itu, awak beri saya biasiswa sekian jumlah, saya tak akan masuk pergerakan bawah tanah, subversif selagi saya berada dalam perjanjian ini. Kenapa saya setuju? Perlu sangat duit pengajian? Memang perlu, sebab saya bukan orang kaya raya jota-jota, saya rakyat biasa, Mak Ayah saya dah tak kerja dan sepatutnya semua orang dapat biasiswa sebegini.

Jadi kenapa sebenarnya saya setuju dengan akujanji ini? Pertama, bila saya baca, saya tak ada masalah dengan syarat yang digariskan JPA. Kedua, saya yakin saya tak akan masuk sebarang pergerakan bawah tanah atau subversif ketika itu. Ketiga, saya percaya, saya tak akan langgar syarat-syarat yang digariskan, jadi apa perlu saya gentar dengan akujanji yang sebegini. Saya bersetuju dengan akujanji itu, saya tandatangan, dan sepanjang 5 tahun pengajian di UNITEN, tak payah risau, tak ada gerakan subversif pun yang saya masuk, politik pun tidak, NGO pun tak, tambah pulak lagi, terus menjadi pasif berpersatuan, menghindar persatuan, hidup dalam 'gua' yang canggih.

Ada kenalan yang berfikiran kritikal berkata, "Mengarut punya perjanjian, ada ke cakap jangan masuk subversif lah, tak patut lah macam ni, pemikiran sempit, memang lah tak haram kan syarat macam ni, tapi tak payah la ada syarat macam ni? Ni nak halang kita sokong pembangkang la ni? Apa lagi kan? Takut sangat."

Itu awak punya pikiran lah. Saya tak langgar syarat-syarat, saya tak nak masuk gerakan subversif semua ni, jadi saya tak ada masalah dengan syarat-syarat perjanjian. Awak nak masuk ke? Yang awak tak suka sangat ni? Awak nak masuk subversif kot? Hehe. Alhamdulillah, tiada pelanggaran perjanjian yang berlaku, dan selesai pengajian 5 tahun. Gumbira.

Minggu ini, kita dengar bising-bising pasal Bai'ah ADUN PAS/AP PAS. Bersembang dengan teman-teman yang sama-sama tertanya, dalam masa sama kita mencari maklumat yang perlu, supaya tidak sesat jalan. Soalan pertama, betul ke mesti bai'ah talak tiga? Siapa yang cakap ni? AP/ADUN PAS? Saya rujuk lamanweb ADUN PAS, cari kenyataan media daripada TG Nik Aziz, PAS sendiri, kesimpulan yang saya dapat, PAS mengumumkan tidak ada bai'ah seumpama ini. DS Hadi Awang sendiri meminta hal ini disiasat. Nik Aziz kata, "Tak ada dalam kepala saya". Tak ada tulisan khas oleh YB Khalid Samad tentang ini diblognya.

Pening jugak, macam mana benda yang tak ada, boleh dihebah muka surat depan dalam suratkhabar perdana, UTUSAN MALAYSIA pulak tu. Mungkin saya terlewat mencari, terlepas pandang input awal?

Saya tak takut hukum potong tangan sebab saya tak mencuri. Tapi kalau saya mencuri hati orang? Adakah hati saya akan dipotong? Potong! Potong! Potong! Dah potong? Of course.


Ikhlas,

Sunday, November 08, 2009

Pakai A HURUF BESAR

Salam,

Di Markas GPMS, sudah bisa, kita bersidang di Meja Oval, Meja Bujur. Hampir setiap minggu ada isu dibawak ke tengah, untuk dibincang, dikongsikan tanpa sedar dan sidang ini berjalan dengan suasana sejuk dan panas mengikut reaksi ramai. Sidang 5 pasang mata, kita sama-sama Zul, Syed, Hazali, Buzar.

Resolusi terbaru, tentang penggunaan huruf A pada tempat yang wajib diletakkan.

Isu dibuka oleh Buzar, "Aku bukan bagus, tapi, aku rasa, orang dah tak kisah pasal huruf a dekat nama Allah. Dah tegur tapi masih. Kena sensitif lah. Orang dah tak sensitif."

Kalau kita tengok balik, orang menaip, di email, di sms, di ruang comment, memang betul pun cakap Buzar tu. Rata-rata, semua orang yang kita peratikan, tak kisah la baik ke nakal ke, bila tulis Allah, semuanya taip pakai a kecik, allah. Kepala abah dia tulis macam tu? Memang bangang, otak tak ada, iman letak dekat lutut.

Kot awak tak ada iman pun, awak ada akal, hal ini kena sensitif lah, kena peka lah, tak payah nak bising orang bukan Islam hantam Islam ke apa, awak tu sendiri, menghina nama Allah dengan taip nama Allah macam tu. Bila orang macam ni kita tegur, dia kata, ala rileks lah, apa skema sangat ni? Hotak dia sewel gamaknya, rileks apa kebenda? Awak salah eja nama saya, yasir dengan y kecik, itu tak ada masalah, tapi awak eja nama Tuhan awak dengan salah, bagi saya orang macam ni, kesimpulannya, dia ni tak ada sensitiviti agama, tak kisah pun hal agama, mungkin Quran pun dicampak begitu je, orang macam ni serius bangang, tahap keldai nyanyok, patut dibalingkan selipar sahaja.

Ini realiti sekarang, kita kena peka! Nama orang tak ada masalah, kita bukan buat karangan, tapi nama Allah, nama Tuhan, kita tak boleh leka, ini penting. Kalau kita tak peka, maknanya kita sendiri yang hina agama kita. 

Saya pernah baca, tentang Yahudi, orang Yahudi, punya berasakan tinggi tuhannya itu, punya menghayati agamanya, nama tuhannya tak nak diejanya, takut-takut salah eja. Paling kuat dia akan eja Y-H-W-H, G-D, YHVH, dah macam nama R2D2, C3PO. Itu orang Yahudi tau. Kalau kita tak ada rasa nak eja betul-betul nama Tuhan kita, nampaknya kita lagi teruk dari orang Yahudi. 

Saya kalau orang sekeliling saya, saya ingat-ingatkan, saya harap ada perubahan, tapi kalau kawan, sedara mara, yang biasa-biasa yang buat, saya terus cop kan sahaja di dahinya, ini orang tak peka Ugama, ini orang tak ada kesedaran Ugama, orang macam ini baik humban masuk longkang saja. Tak payah cakap pasal hukum lah dengan saya. Benda yang fundamental, asas, tak sensitif.


Benar,
YASIR TAMIZI

Saturday, November 07, 2009

Lautan Merah tiba di-Gombak


Salam,

Kalau orang kata ini malam, Stadium Bukit Jalal dipukul Lautan Merah, kita di Gombak sudah menyambut arus derasnya seawal pagi tadi. 

Pagi tadi saya ke Taman Metro Kepong, dalam perjalanan, entah apa pasal, sudah berketi laksa manusia di Pekan Greenwood seawal 7. Bas-bas ekspres elok memakir di tepi jalanraya kita yang tidak lebar. Saya cukup yakin Gombak bukan dalam Jajahan Kelantan. Hampir ratusan penyokong melepaskan lelah, berehat, dan bersarapan di Pekan Greenwood, Gombak.

Malangnya telefon saya tiada kamera, maka tidak dapat berkongsi gambaran di Pekan Greenwood Gombak pagi tadi. Rasanya, makcik yang jual nasi lemak tu, dah tutup kedai awal, kegembiraan.

Saya ada jugak angkat tangan dan bersenyum ceria kepada pemegang Panji-Panji Negeri Kelantan tanda Selamat Datang ke Bumi. Seronok dapat tengok, semangat bola sepak kebangsaan yang semakin menjadi-jadi. Kita dikabarkan hampir 56,000 pemegang Panji Negeri Kelantan bakal menjajah Stadium Bukit Jalil malam ini. Bukit Jalal dekat mana?

Saya tidak mahir tentang bola sepak, Malaysia atau Dunia, saya tidak tahu Negeri Sembilan punya rekod tanpa kalah dalam Piala Malaysia, saya tak tahu kehandalan rencana B. Sathianathan(asal Noghoghi ni) untuk Kelantan, tapi disebabkan Orang Kelantan singgah menceriakan orang Gombak di pagi Sabtu hari ini, saya bidik-bidik, saya putuskan, walaupun saya percaya Nogoghi ado kelebihan untuk menang, tapi saya sokong Kelantan untuk menang Penalti malam ni.

Di Stadium Bukit Jalil ya, bukan Taman Rekreasi Bukit Jalal. Haha.

Selamat Bertunang kepada teman GPMS Alterian kita, Muhammad Hazali Muhammad Shah, Haz 'Ali yang bertunang di Senawang hari ini. Orang Kodah dongan Orang Noghoghi. Pakcik Kayo.


Yang Seri,
YASIR TAMIZI