
Salam,
Sikit mau cerita pasal Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.
Satu lagi Pilihanraya Kecil akan berlangsung, di Bagan Pinang, kubu UMNO-Barisan Nasional, tak dak kena mengena dengan Pulau Pinang ka, Permatang ka, kubu Pakatan Rakyat ka, tak dak.
Tan Sri Isa Samad ialah calon daripada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Negeri Sembilan.
Tan Sri Isa Samad ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah mengurus tadbir Negeri Sembilan selama 22 tahun, 1982-2004.
Ini kubu UMNO-Barisan Nasional, kemenangan Isa Samad sudah dijangka.
Kemenangan Tan Sri Isa Samad akan banyak membantu Menteri Besar sekarang, Dato Seri Utama Haji Mohd Haji Hasan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Dapat lah beliau berkongsi pengalaman beliau selama 22 tahun di Negeri Sembilan dengan Menteri Besar sekarang yang baru 5 tahun jadi Menteri Besar. Lubuk mana beliau tidak tahu, reban mana beliau tidak tahu, kandang mana beliau tidak tahu, setiap inci Negeri Sembilan sudah tidak memberi kesusahan kepada beliau. Beliau cukup pakar tentang Negeri Sembilan.
Menteri Besar sekarang, Dato Seri Utama Haji Mohd Haji Hasan ialah seorang Pengarah Urusan Cycle & Carriage selama 10 tahun 1994-2004, sebelum menjadi Menteri Besar.
Dato Seri Mohd Hasan sudah punya pengalaman selama 5 tahun mentadbir urus Negeri Sembilan.
Selepas 5 tahun menjaga Negeri Sembilan, pasti beliau sendiri sudah ada penyokong beliau sendiri.
Namun, jika kemenangan Isa Samad berlangsung dengan lancar, kita akan melihat Dewan Undangan Negeri Sembilan seolah-olah punya 2 orang Menteri Besar yang sama handal.
Dalam suasana politik sekarang, Tan Sri Isa Samad barangkali akan dipilih menggantikan Dato Seri Mohd Hasan sebagai Menteri Besar. Tan Sri Isa Samad dilihat mampu memperkuat dan menyatu UMNO-Barisan Nasional Negeri Sembilan menggunakan pengaruhnya yang lama terpendam akibat dihukum kesalahan rasuah politik pada tahun 2004.
Di zaman Paklah, orang yang jatuh salah rasuah politik dihukum, dan tidak dapat terus menjadi Menteri. Di zaman Najib, orang yang jatuh salah rasuah politik dihukum, tapi terus kekal menjadi Ketua Menteri Melaka.
Jika Isa Samad tidak dipilih sebagai Menteri Besar, bimbang politik UMNO-BN di Negeri Sembilan akan menyambung jejak kekeributan ADUN-ADUN UMNO-BN di Terengganu. Bimbang nanti timbul ADUN UMNO pro-Isa & pro-Mohd Hasan, macam di Terengganu ada pro-Ahmad Said & pro-Idris Jusoh.
Tapi tak ada masalah rasanya bagi Dato Seri Mohd Hasan berundur, beliau seorang ahli korporat hebat sebelum ni, pasti beliau boleh meneruskan hidup sebagai ahli korporat yang handal dan berjaya. Lagi pun Tan Sri Isa Samad sudah menerima hukumannya, mungkin beliau sudah insaf dengan isu rasuah politik dan ternakan babi satu masa dulu.
Siapa calon PAS? Saya tak tahu. Saya yakin, sambutan untuk calon PAS pasti seperti Pilihanraya terdahulu, kaedah nya, seluruh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan turun seperti mana jugak UMNO-Barisan Nasional. Isunya, belum nampak lagi. Seperti isu pengundi hantu.
Bila PAS menang di Bagan Pinang kubu UMNO-BN, ini maknanya, jangan lah mengharapkan Pilihanraya Umum ke 13 akan dipercepatkan, lagi akan dilambatkan, yang itu ada. Bila UMNO kalah, PAS menang di sini, tandanya sudah kapish, bungkus kain, balik London lekas, sebelum kekalahan berturut-turut terus terjadi. Jadilah LDP yang akur.
Teman suka beno PM Jepun dari LDP dulu, Junichiro Koizumi. Lanjutkan Khairy Jamaluddin untuk Ketua Pemuda UMNO. Ha? Asal tetiba?

Ikhlas,
YASIR TAMIZI







