Monday, August 31, 2009

RON97 Besok RM2.05: TAK MUNASABAH!

Salam,

Malam ini selepas sehari menyambut detik Kemerdekaan, kita akan menyambut pulak detik kenaikan harga minyak.

RON95 akan dijual pada harga RM1.80.
RON97 (yang sekarang kita pakai pada harga RM1.80) akan dijual pada harga RM2.05.

Saya tak pandai bab peratusan atau kadar oktana dalam minyak ke, aditif ke, pemangkin ke, itu hal teknikal saya tak nak ambik tahu, saya rakyat hamba sahaya. Kalau saya tanya Pak Menteri apa itu RON95, RON97, RON99? Mana bisa kamu menerangkan dengan panjang lebar dan paham apa yang diterangkannya.

Yang saya tahu, sekarang saya pakai RON97, yang ini saya tahu, sekarang harganya RM1.80 lagi tapi mulai besok sudah jadi RM2.05. Kenaikan sebanyak 25 sen. Abah-abah dia kepala jinggut!

ANALISA RINGKAS:

Kita cerita pasal RON97 yang biasanya digunapakai sebagai penanda aras harga minyak Malaysia dari dulu.

Baik, begini lah, blog saya bawah sekali ni, ada tunjuk kadar CRUDE OIL semasa, dan yang lepas. Kita buat analisa ringkas. Tahun 2005, kalau mengikut corak(trend) harga minyak mentah pasaran dunia, harga minyak mentah dunia masa itu sekitar $65-$75 setong. Berapa pulak harga minyak petrol Malaysia masa itu? RM 1.52 se-liter.

Sekarang 2009, corak graf harga minyak mentah dunia jugak serupa dengan tahun 2005, iaitu sekitar $65-$75 setong. Berapa harga minyak petrol Malaysia dari Januari 2009 sampai Ogos 2009? RM 1.80 se-liter kan. Kita teguk hari-hari harga tu. Besok, dalam suasana corak harga minyak mentah dunia yang masih serupa dengan tahun 2005 jugak, harga minyak petrol kita RON97 ialah RM2.05. 

Ringkas:

2005 Harga Petrol Malaysia RM1.52 pada Harga Minyak Dunia $65-$75 setong

2009 Harga Petrol Malaysia RM2.05 atau RM1.80 pada Harga Minyak Dunia $65-$75 setong.


Kata-kata Pak Menteri yang "Kita menaikkan harga minyak kerana corak harga minyak menampakkan kenaikan." Harga memang turun naik, dan kenaikan kali ini bukan mendadak seperti tempoh hari. Di mana kewajarannya menaikkan harga RON97 sampai begitu tinggi? Analisa perbandingan ini sangat asas dan mudah. Tolong terangkan mata kepala saya untuk terima hujah-hujah tuan menaikkan harga RON97 sebanyak 25 sen sampai RM2.05 dan perkenalkan RON95 pada harga RM1.80?

Ini tak munasabah.

1 Malaysia. Naik Harga. Bangsa Malaysia ialah Bangsa Yang Tak Bodoh!


Benar,
YASIR TAMIZI

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan Reformasi: Filpen; Iklan Syaitan "The Darth Maul"

Salam,


















Bangsa Malaysia ialah bangsa yang berjihad setiap hari, di dalam hati melawan nafsu-nafsi.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Saturday, August 29, 2009

Isu Kuil Seksyen 23: Jangan Dipijak Kepala Lembu Itu, Tak Ada Apa Dapat


Salam,

Saya ada baca Malaysiakini, laporan berita pasal perarakan menyatakan ketidakpuasan hati Orang Melayu di Seksyen 23, yang mana akan dibina sebuah kuil di situ. Kuil Hindu.

Seorang penduduk di situ menyatakan 80% penduduk Seksyen 23 Shah Alam ialah orang Islam. Pembinaan kuil di situ betul-betul menyinggung perasaan orang Islam di Seksyen 23. 

Saya bersetuju dengan bantahan orang Melayu Seksyen 23. Pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya orang Melayu, tak boleh diteruskan. Pindahkan sahaja ke kawasan yang lebih sesuai. Sesuai di sini harus mengikut Garis Panduan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk PBT, Pihak Berkuasa Tempatan, di Shah Alam PBT-nya ialah MBSA.

Namun dalam kita membantah menegakkan permintaan kita, jangan lah kita menghina agama lain. Bila bantahan ini dicampuri dengan elemen provokasi, memijak kepala lembu, maka bantahan ini sudah diragui keikhlasannya. Sedang kita orang Islam pun, masa buat Lembu Korban masa Raya Haji tu, sembelih lembu, tak ada pijak-pijak kepala lembu, tak ada kita hina pulak lembu tu, dipijak-pijak beramai-ramai dan tangkap gambar bersama untuk edaran, tak ada kita buat benda ni. Apa tujuan pijak kepala lembu? Nampak sangat sengaja nak bakar hati orang Hindu. Nak cari pasal. Nak gaduh. Nak menimbulkan kekacauan. Ini membakar sentimen perkauman. Siapa yang anjurkan pijak kepala lembu ni? Orang yang semangat kaum lah dalangnya. Pastilah orang yang berpikiran atas dasar perkauman, yang berkobar-kobar semangat kaumnya, yang kononnya pejuang kaum.

Saya pun hairan, baru lagi, YAB PM, Dato Najib, hadir di Karnival di Batu Caves, siap elok dengan gambar Najib gergasi berhala lagi di depan Batu Caves.(saya tak sempat tengok, dah diturunkan) Semangat 1 Malaysia. Sat lagi, anak buahnya, rakyatnya bertindak memijak-mijak kepala lembu. Lembu kan haiwan suci orang Hindu. Hormat la agama kawan tu. Nampaknya aspirasi YAB PM hadir ke Karnival Batu Caves gagal dipahami dan bertentangan pulak dengan anak buah.

Mesti kita tanya, dah bina kuil dekat kawasan orang Islam, mestilah kita bantah. Bantah itu patut, pijak kepala lembu tak patut. Jangan dicampur aduk.

Saya pun pening, saya pun geram, apa pasal nak bina kuil Hindu dalam kawasan orang Islam? Kalau tetiba ada kuil dibina dalam Kampung Changkat ni, saya pun sama bantah, tapi saya tak akan pijak kepala lembu. Jadi saya rujuk blog YB Shah Alam untuk penjelasan, Tuan Khalid Samad, adik beradik Shahrir Samad (bekas Menteri UMNO). Beliau menceritakan satu persatu. 

Kuil yang dicadangkan untuk dibina di Seksyen 23 bukan kuil yang sengaja dibina suka-suka. Kuil itu ialah kuil bagi menggantikan kuil di Seksyen 19 yang berada di kawasan kejiranan Seksyen 19. Kuil itu berada hanya 20 kaki dari perumahan. 

Kalau gitu, asal nak bina kuil dekat dengan perumahan? Itu pun dah salah? Rupanya kuil itu sudah ada sejak sebelum ada Shah Alam lagi. Dah lama. Sejak sebelum tahun 1978. Projek perumahan di Seksyen 19 dibangunkan oleh PKNS. Semasa penduduk beli rumah, PKNS tak beritahu ada kuil situ, bila dah tengok, ada kuil, terkejut, PKNS pulak jamin, projek siap, tak ada kuil dah dekat situ. Projek pun siap, sampai sekarang ni, 2009, kuil itu masih di situ, cantik dan membangun. PKNS khianat pada jaminannya. Ini terjadi bukan sekarang, jangan tuduh Kerajaan Negeri sekarang, ini bukan masa Pakatan Rakyat, ini masa UMNO-BN pegang Selangor, haish ini malas ni, mesti terkait politik, buang tepi dulu politik.


Kuil Sekarang Seksyen 19, 20 kaki dari Rumah (Kawasan Perumahan)


Sekarang, apa yang YB Khalid Samad PAS buat, bincang dengan Dr. Xavier, bincang dengan MBSA, bincang dengan penduduk, mintak jasa baik orang Hindu situ mahu dipindahkan ke kawasan lain. Kuil di Seksyen 23 ini adalah untuk kegunaan 3 Seksyen, bukan 1 Seksyen, bukan untuk Seksyen 23 sahaja, ini untuk Seksyen 19, 20 dan 23. Kuil itu dipindahkan ke kawasan perindustrian BUKAN kawasan perumahan di Seksyen 23. 


Kuil Cadangan Pindah Seksyen 23 (Kawasan Perindustrian)


Kuil Cadangan Seksyen 23 (Kawasan Perindustrian untuk Seksyen 19, 20 dan 23)


Orang tanya, kenapa tak roboh terus, tak payah nak pindah, roboh je. Nak roboh memang senang, roboh kan saje, tapi ingat, kenapa tak larang daripada dibina dulu? Kenapa dibiarkan sahaja? Dulu tak larang, sekarang nak roboh? Dan siapa yang tak larang tu? Siapa yang dulu tu? Kita bukan Israel asik nak roboh saje. Gemar sungguh tak kaji punca masalah, kritik masalah cukup pandai.

Kenapa kita tengok Kerajaan Pakatan Rakyat ni banyak betul isu, isu babi, isu kuil, tak habis-habis. Asik dihantam sahaja. Saya rasa ada baiknya kena hantam pun. Bila hantam, baru lah terkeluar cerita sebenar. Baru kita tahu punca dan kita belajar macam mana nak diselesaikan isu ini kalau jadi di tempat kita. Cuba tengok negeri-negeri UMNO-BN, senyap je, entah apa jadi tak tahu? Tak ada orang kisah, kesian, tak dapat liputan, tak ada orang kisah maknanya orang tak sayang, orang benci, kesian. Kalau orang bising-bising bantah, baru lah Kerajaan Negeri sedar benda ni, kalau diam je tu, rasanya yang dibina akan terus dibiarkan bina lagi. Bila Pakatan Rakyat dapat negeri itu nanti, pecah tembelang, semua isu bangkit.

Yang seronoknya, isu bangkit, tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, dapat diselesaikan. Bincang sheikh bincang.

Bangsa Malaysia itu bangsa yang mempertahankan Islam dan mesti jugak hormat agama lain, bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agama aku.

Itu yang payah terang pakai tulisan ni, panjang jadinya. Hang pi dengar ceramah je sudah lah. Cepat je.

JANGAN DIPIJAK-PIJAK KEPALA LEMBU!


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Friday, August 28, 2009

Nasi Beriani Yang Sedap



Salam,

Saya bukan nak promosi Nasi Beriani mana yang sedap, dekat mana tempatnya, saya cuma nak banding-banding perasaan saya antara Nasi Beriani dengan makanan lain. Beriani Gam ke Beriani Pen ke, saya tak pandai. Yang saya tahu, biasanya Beriani ni sedap belaka.

Tadi petang, kawan saya, Zulkifli MA, dia bertanya, dekat mana Beriani yang sedap dekat KL ni? Saya cuma terbayangkan Restoran BILAL Jalan TAR, yang Buzar cakap Restoran Insaf tapi belum pasti dekat mana. Zul tanya lagi, berapa ya harga Beriani yang sedap? 10 Ringgit ada? Saya jawab ada. Sejurus selepas itu dia pun berkata "Mahal...". Haah, benar tuan, mahal tapinya...

"Kalau McD, sanggup saya bayar 10 Ringgit lebih. Kalau Nasi Bryani tak sanggup pulak bayar 10 Ringgit? 

Kalau makan McD saya tak rasa bahaya, saya rasa urban. Kalau makan Bryani saya cakap bahaya nanti darah tinggi, sakit jantung, tangkap leher. 

Kalau Teh Tarik saya berkira-kira, bagi saya, bahaya boleh kencing manis. Kalau Coke saya teguk sahaja sampai habis? Sudahnya racun dan makanan yang asli, sudah tak dapat saya bezakan."

Persepsi bro, ini semua persepsi. Boleh ubah kalau tekun.

Bangsa Malaysia itu kan bangsa yang ada jatidiri dan dia makan bila lapar je, berhenti sebelum dia kenyang.


Masjid Putih, Masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Thursday, August 27, 2009

Kelemahan PKR: Cuai & Belum Cukup Kental


Salam,

Sejak 'kemenangan' Pakatan Rakyat 8 Mac 2008, kita sudah mula lali mendengar, ADUN daripada PR yang keluar daripada Parti, terutamanya dari PKR. Dalam pada Ketua Umum PKR dengan yakin menyebut, 30 Ahli Parlimen BN akan lompat ke Pakatan Rakyat, dalam pada masa sama jugak UMNO kutuk "lompat parti", satu persatu ADUN PKR letak jawatan, letak jawatan sebagai ahli PKR, dan yang terbaru jadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN & YAB PM. Dari 2 ADUN PKR Perak keluar parti, kemudian Bukit Selambau Kedah, kemudian Penanti P.Pinang , kemudian sekarang Lunas Kedah.

Faktor

1) Antara sebabnya, anggota PKR sendiri belum cukup kental pemahaman mereka. Pahaman mereka tentang apa itu PKR pun belum selari dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Anggota PKR yang asal dulu, sewaktu PKR namanya PKN, masih lagi dengan persepsi bahawa PKR ialah Parti Melayu yang menjadi pilihan bagi orang-orang UMNO. Sedangkan PKR itu sendiri parti berbilang bangsa yang berpegang bukan pada cara nasionalis Parti Melayu tetapi PKR ialah parti yang berpegang pada Perlembagaan, menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan. Itu sebenarnya PKR, skopnya lebih luas, bukan takat jaga orang Melayu sahaja, PKR jaga semua tanpa melanggar Peruntukan Perlembagaan.

1) Tambah pulak dengan ahli baru, yang hanya mengikut corak sokongan teramai, maka anggota PKR sekarang, masih ada yang tidak punya pendirian kental, tak punya pemahaman ADIL yang betul, tidak meletakkan perjuangan KEADILAN itu kerana Allah, malah ada yang masih berperangai mahukan pangkat dan jawatan tertentu kerana yakin mendapat projek sepertimana di dalam UMNO, sedangkan PKR tak sebegitu. PKR bukan UMNO. PKR ialah PKR. Maka disebabkan itu, PKR perlu banyak lagi tarbiahkan, didikkan, anggotanya. Cuba kita tengok UMNO dan PAS, 2 Parti ini, cukup kental semangat mereka, mereka teguh pendirian, dan tak berganjak untuk menyertai PKR. Orang UMNO yang punya pemahaman kental yang kecewa dengan UMNO, tidak akan takut dengan PAS, dan tak teragak-agak masuk PAS. Anggota PKR harus melalui jalan menjiwai Islam, rajin ibadat, sepertimana Ketua Umum mereka lalui bermula ABIM dulu. Baru lah anggota PKR selari dengan pemikiran Ketua Umum. Buat masa ini, PKR tak ada pendekatan berugama.

2) Mungkin sebab pilihanraya lepas, PKR kekurangan calon, maka Pimpinan Tertinggi telah cuai dalam memilih calon. Ambik sahajalah siapa yang boleh. Janji kerja kuat. Calon-calon PKR yang menang hari tu betul-betul atas sokongan rakyat pada Ketua Umum PKR terlalu besar, sehinggakan keluar kata-kata "Sekarang pembangkang letak songkok pun boleh menang" dari mulut Ketua Bahagian UMNO Cheras, Syed Ali Al-Habshee. Maka akibat dari kecuaian ini, wakil-wakil rakyat PKR yang mungkin tidak kental pendirian mereka mudah beralih arah bila ditamu dengan wang yang besar. Kalau ikut pendekatan yang diajar Ketua Umum, apa UMNO bagi ambik, tapi sokong KEADILAN. Sepatutnya wakil-wakil rakyat PKR buat begitu, tapi tidak, wang ambik tapi dengan jiwa raga diberinya.





Caranya:

1) YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kepimpinan PKR Negeri mesti tidak lagi cuai dalam memilih calon. Jangan ambik sambil lewa. Sekarang apa jadi? Sudah kena buat kerja 2 kali.

2) YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kepimpinan PKR Negeri mesti mengambil pendekatan tarbiyah, mendidik anggota Parti, kerap adakan kursus bersama. Bak kata Tan Sri Muhyiddin "KENA MASUK SEKOLAH BALIK." Ini kenyataan. Jangan nafi. Anggota PKR masih belum paham PKR itu. Tak macam PAS dan DAP, ahlinya kuat, bertahun-tahun dihentam pun, tak ada masalah, lagi dilawannya, dan walaupun dalam 1 Pakatan, PAS dan DAP tidak hipokrit, pendirian mereka tetap tak berganjak, cuma formula untuk "keserasian dalam perbezaan" antara mereka yang sedang difahami sikit demi sikit. Ini proses yang baik. 

Teguran ini dibuat atas rasa perlunya, anggota PKR bawah dan pemimpin PKR mula memikirkan cara untuk menguatkan pemahaman(ideologi) mereka. Pemimpin jangan menjadi lalang dan berpendirian tidak tetap dan tidak konsisten, kerana ini akan banyak mempengaruhi kelalangan anggota Parti.

Kalau dirasakan ideologi PKR lebih kepada perbincangan, dialog, wacana dan muzakarah. Tumpukan dengan bersungguh-sungguh, bagaimana anggota PKR boleh berhadapan dengan semua isu, melalui pendekatan perbicangan, dialog, wacana dan muzakarah. Beri latihan dan kursus supaya anggota jadi lebih terang, paham dan paham apa nak buat, paham aspirasi Ketua Umum. 

UMNO, PAS & DAP hidup dah lebih 40 tahun. Mereka sudah punya acuan 'jatidiri Parti' sendiri. Hentam-hentam orang luar (UMNO-BN) tapi dalaman porak peranda lagi bahaya.Tapi PKR parti baru, baru 10 tahun. Jauh lagi perjalanan. Tapi pengalaman dah sangat mencabar, itu yang anggota kena cepat tangkap sikit. Kalau dekat sekolah kita panggil kena"catch-up" cepat.

Bangsa Malaysia percaya pada Tuhan. Berpegang pada agama bukan sekularisma.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI


Param se-Kuala Lumpur


Salam,

Param Greenwood, Param Gombak Setia, Param Seri Gombak, Param Lombong Sri Rampai, Param Pasar Keramat, Param Setiawangsa,  Param Kg. Baru, Param Bangsar, Param Kg. Pantai Dalam, Param-Param se-Kuala Lumpur.

Pasar-Pasar Ramadhan se-Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, baru petang tadi saya terkenangkan "Karipap A. Dayang", elok balik saje, rupanya Mak sudah buatkan "Karipap A. Dayang". Dalam banyak-banyak param, Param di rumah lah paling champion keparamannya.

Bangsa Malaysia itu makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.


Benar,
YASIR TAMIZI

Kesedaran Keselamatan: Kejadian Kemalangan Jatuh Dari Tingkat 7 Di Kawasan Pembinaan


Salam,

Semalam saya mengikuti satu ucapan, seorang Jurutera Professional IEM, yang memegang gelaran Ir. Ingenieur, yang pernah mendapat Anugerah Ahli Utama Kehormat (Honorary Fellow) IEM. Beliau punya pengalaman luas dalam bidang pembinaan. Beliau berkongsi antara pengalaman beliau tentang kemalangan yang berlaku dalam kawasan pembinaan.

Beliau pernah menyaksikan beberapa kejadian ngeri, kejadian pekerja jatuh dari bangunan tinggi. Ada 1 kes, 2 pekerja Indonesia jatuh dari tingkat 7 bangunan tersebut. Jatuh ke mana? Jatuh ke tingkat 6? Jatuh ke tanah. Sebaik sahaja pekerja tersebut sampai ke tanah, bijik matanya terkeluar dari soket mata. Tulang nya berkecai dan darahnya terpercik ke merata tempat. 

Bagaimana pulak kalau jatuh dari tingkat 14? Boleh bayang? Kemudian beliau hairan bila beliau bandingkan dengan kes Mendiang Teoh Beng Hock, yang didapati mati di Plaza Masalam dan dikatakan jatuh dari tingkat 14. Apabila mayat diperiksa, kedua bijik matanya masih elok di dalam soket, tulangnya tidak berkecai, tak ada percikan darah pun di merata tempat.

Cukup sampai di situ.

1 Malaysia: Bangsa Malaysia berpegang teguh pada Rukun Negara ke-4, Kedaulatan Undang-Undang. 

Tidak kah kita bimbang? Yang di bawah jagaan SPRM/MACC (Kerajaan) pun tak ada jaminan keselamatan. Jadi saksi siasatan pun tak ada jaminan keselamatan. Macam mana kita, orang biasa, nak bagi kerjasama dengan pihak berkuasa, kalau keselamatan kita tidak dijamin? Mana tau satu hari nanti, kita kena jadi saksi? Kalau ini boleh jadi pada Beng Hock, macam mana kita? Tambah pulak kita yang tak dapat liputan ni.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Wednesday, August 26, 2009

Azam Ramadhan Reformasi: Kita Bukan Murahan; Jangan Terima Atau Beri Rasuah


Salam,

Permatang Pasir ialah DUN di dalam Permatang Pauh. Permatang ni kalau boleh kita bayangkan macam tanjung. Unjuran pantai yang keluar sedikit di tepi pantai. Ini pun saya cuba ingat-ingat Geografi dulu. Saya cari di Google pasal Permatang dengan Tanjung ni, asiklah ulasan politik yang ada.

PAS menang. UMNO kalah. Itu hakikat. Selesai cerita. Tak ada cerita kalah tapi undi meningkat. Menang tapi majoriti turun. Itu semua analisa selepas pilihanraya yang patut ambik iktibar. Saya pun hairan, kenapalah orang Permatang ni tak terima UMNO. Sedangkan Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri dah janji, nak jadikan Permatang Pasir ANAK EMAS kalau UMNO menang, hari itu di Manek Urai Kelantan pun sama jugak, umum jadi ANAK EMAS. Kenapa rakyat tak nak terima? Kenapa bila awak kata Anwar Pengkhianat Melayu awak kalah? Kenapa bila awak serang Nik Aziz sampai keluarkan fatwa Nik Aziz seleweng awak masih kalah? Yang itu awak kaji. Itu awak jawab. Muhasabah.

Dalam nak Pilihanraya Kecil (PRK) semalam, tak pasal pulak ADUN PKR LUNAS, YB Radzhi, keluar PKR dan-dan terus menyatakan kepercayaan dan taat setia kepada Dato Najib. Tak nyempat-nyempat, waktu orang nak PRK ini lah dia pun keluar Parti. Ikut laporan PKR, sebelum ni, ADUN Lunas YB Radzhi sudah punya rancangan, sejak 2 ke 3 bulan lepas, mengajak ADUN-ADUN yang lain, dipujuk untuk masuk UMNO dengan bayaran yang tinggi. Mengikut saluran Parti, PKR sudahpun beri amaran keras berbulan sebelum ini. Kemudian 2 minggu lepas, Cabang PKR di kawasan YB Radzhi , sudah digantung. Tentang usaha beliau selaku Exco Pelancongan yang mahu memperkenalkan pelancongan "Syariah Compliance" & "Halal Tourism" seperti De Palma Hotel, yang itu hebat, saya kagum dan patut dicontohi oleh Exco Pelancongan Kedah yang baru, YB Lim, ADUN Kulim. Cuma, yang perangai YB Radzhi yang tawarkan ADUN-ADUN lain masuk UMNO dengan bayaran, yang itu salah dan tetap salah. Pendirian kita tetap.

Setiap hari, kita baca berita, kita tengok suratkhabar, hari-hari cerita politik, bosan jugak, saya secara peribadi simpati dengan Pakatan Rakyat terutamanya PKR. Ditekan setiap hari dengan macam-macam tajuk berita, TV1 pun tekan, TV3 pun tekan. PKR sangat perlukan orang-orang yang setia. PKR perlukan orang-orang yang ada kesedaran ugama, paham ADIL dalam ISLAM tu apa. ADIL itu bukan samarata, samarasa. ADIL itu meletakkan sesuatu pada tempatnya, pada haknya tanpa kisah bangsa apa pun. Lebih baik, bila tiba waktunya, bila Dewan Penyokong PAS sudah menjadi nyata nanti, eloklah semua anggota dan pemimpin PKR berasimilasi dengan PAS.

Kita janganlah terima rasuah, ataupun beri rasuah. Ini kalau Polis tahan, awak suap 50 ringgit. Awak nak cakap pasal jangan rasuah macam mana? Awak pun bagi Polis. Sudah la tu. Azam Ramadhan Reformasi tahun ni, tak nak merasuah dah, baik bayar Saman dari bagi Rasuah. Ingat pasal rezeki yang berkat. Sikit pun cukup. Banyak pun cukup.

Bangsa Malaysia ialah bangsa yang Setia, Adil, dan Tolak Rasuah Sungguh-Sungguh.


Benar,
YASIR TAMIZI

Pulang Berbuka Puasa Dengan Selamat


Salam, 

Petang tadi hujan, sekarang pun masih lagi hujan, cuma petang tadi lebat berbanding sekarang cuma renyai-renyai. Saya dalam perjalanan pulang nak berbuka puasa lah masa itu.

Ada kemalangan berlaku, di Gombak Setia, betul-betul depan Sekolah Rendah Gombak 1 & 2, antara Motor dan Myvi mungkin. Yang saya nampak, penunggang motor dan pembonceng nya dah terjatuh atas jalanraya, dan ada Myvi berhenti di tepi jalan tu sambil pandang-pandang ke belakang tengok motor tadi. Myvi pasang lampu isyarat memakir di tepi jalan. Saya rasa Myvi inilah pembawak onar. Kesian saya tengok yang bawak motor tu, sudah la jatuh di tengah-tengah jalan besar, kuih dan makanan yang dibelinya untuk berbuka dah selesai jatuh atas jalan. Mujur tak ada kereta laju, lori laju, semua perlahan, bahaya nya kalau ada yang laju. Macam mana kawan kita yang motor nak berbuka pulak? Makanan dah jatuh atas jalan. Nak pergi beli, hujan lebat lagi. Yang bawak Myvi tu cuba teka jantinanya? Saya tak berat sebelah kepada mana-mana jantina, tapi yang Myvi tadi itu Makcik.

Saya akui, pemandu perempuan jauh lebih hati-hati daripada lelaki. Cumanya dalam orang perempuan ni nak mencapai keselamatan untuk dirinya, kadang-kadang dia meluru tak masal, ada terburu-buru, tak pandang kanan kiri, cermin tepi kiri kanan, pandang belakang, kadang tu main masuk sedap je, kalau langgar kereta orang tu, makcik bayarlah saje remuk kereta tu, tapi kalau langgar motor macam mana? Boleh mati anak orang. Orang lain pun nak berbuka jugak, orang lain pun nak sampai sebelum masuk Maghrib jugak. Ini kena pikir dulu.

Saya rasa, makcik-makcik, akak-akak, adik-adik perempuan ya, pakcik jugak, abang adik jugak, cuba awak ambik lesen motor dan bawak sekali motor atas jalanraya tu. Kita tengok macam mana cuaknya awak dihimpit kereta? Saya ada lah sikit pengalaman bawak motorsikal lepas baru dapat lesen, itu pun cuba hati-hati sungguh, macam menghantar nyawa atas jalan je rasa. Jalanraya tu direka untuk kereta, tak ada pun ruang motor, lain la macam Lebuhraya tertentu. Jalan biasa, Jalan Persekutuan tu betul-betul ikut besar kereta lori, yang kita kereta ni, kena jaga lah, kena sayang lah, sedara mara kita yang bawak motor tepi-tepi ni. Jangan lah asik pikir selamat kita, gadai keselamatan yang bawak motor.

Saya mintak sangat, kakak saya, kakak ipar saya, mak saya, adik beradik keluarga besar saya, tak mahu lah berperangai begitu. Malu adik beradik. Adik beradik kita pun ramai bawak motor.

1 Malaysia: Bangsa Malaysia; Bangsa Prihatin. Hati-Hati di Jalanraya dan Bertimbang Rasa.

Doa mintak selamat perjalanan kita pergi dan balik. 

Benar,
YASIR TAMIZI

Tuesday, August 25, 2009

Panglipurlara Tatabahasa Inggeris

Salam,

Kisah klasik dari panglipurlara.

Niko mula berkisah "Sey, ni aku nak bagi cerita best" Niko memang pandai cerita-cerita panglipurlara ni. "Ada satu cerita, suami dengan isteri. Yang suami ni, dia gatal, dia nak kahwin lagi dan lagi dan lagi, dia cakap dekat isteri dia, yang yang, 1 dalam BI apa? Yang isterinya jawab, 1 is one, suami pun tanya lagi, 2? Dua is two, 3? 3 is three (3 isteri).

Pandai suaminya kan, isteri nak sambung pulak, "Tapi bang, abang kena tahu, BI ada grammar nya, ada single, plural, ok abang cuba, kalau 1 bijik kereta, 1 car, kalau 2? 2 cars kan? Yang suami tengah blur, setuju jelah, jadi kalau gitu bang, macam ni macam mana? Kalau 1 mampu, kalau 2? .........

Ha begitu. Ayuh.

1 Malaysia: Bangsa Malaysia Bangsa Bersolat.


Terima kasih,
YASIR TAMIZI

Ramadhan Reformasi: Bubur Lambok Kampung Baru


Salam,

Percubaan untuk mendapatkan Bubur Lambok Kampung Baru semalam, menemui kegagalan. Entah di mana istimewanya, sejak beberapa tahun lepas, semacam sudah menjadi ketagihan bubur lambok, sekali pun jadi. Sedap mana tu saya tak tahu, bagi saya sama je rasanya bubur lambok ni, tapi sebab namanya Bubur Lambok Kampung Baru dan setiap tahun ada saja liputan berita dan akhbar. Cuba kalau Kampung Changkat pun dapat liputan. Bubur Lambok Kampung Changkat, pasti tak perlu saya bergegas ke Kampung Baru untuk dapatkan Bubur Lambok yang popular. Sambil merangkak pun pasti dapat.

Dipahamkan orang ramai sudah boleh pungut bubur lambok seawal jam 3 petang, dan biasanya dalam masa 30 minit, bubur lambok habis diagih. Semalam, saya buat kerja sia-sia. Sesudah tiba pukul 515, saya perhatikan, lengang, sepi dan sendiri saya di situ. Siap kena paw dengan Pakcik Tabligh Masjid Petaling yang jual minyak atar nak duit buat makan padahal saya dah kata ke dia, Masjid Kg. Baru ada buat buka puasa tapi masih mahu wang saya, mungkin ini dugaan, SEDEQAH. Rasa seperti mahu merajuk dan bertukar menjadi Super Saiya bersama kuasa amarah maki hamun. Oh tidak. Teringat Ramadhan Reformasi. Bertukar semula menjadi Sang Jinak.

Saya pulang dengan tangan kosong, cuma membeli sekampit 2.5kg Ekonomi Handalan berharga RM9.90 di NSK/Topzeller Wangsa Maju. Kenyang? Tak kenyang. Wangi! Baju Wangi!

Jagalah Puasa kita. Ramadhan Reformasi di bawah Payung 1 Malaysia.

Bangsa Malaysia ialah bangsa yang berbudi bahasa, sopan santun dan SABAR.

Reformasi Rohani. 


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Monday, August 24, 2009

Mendokong Semangat 1 Malaysia


Salam,

Apakah itu 1 Malaysia. Kalau kita betul-betul paham makna 1 Malaysia ini kita tidak akan menolak, tetapi kita mesti menyokong sepenuhnya.

Saya cari di layaran, memenuhkan masa berehat. Secara kesimpulannya, 1 Malaysia memang bukan seperti Islam Hadhari PAKLAH.

"1Malaysia: Berpegang kepada Penerimaan Antara Kita, Perlembagaan Persekutuan & Rukun Negara ke arah mewujudkan Bangsa Malaysia"

Saya positif dengan maksud dan hasrat 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib.

Oleh itu, saya menyatakan sokongan atas takrifan 1 Malaysia. Membentuk Bangsa Malaysia tanpa menggadaikan budaya suku etnis dalam Negara. Merujuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Seperti biasa, cakap memang mudah, tapi menzahirkan kata-kata itu yang payah.

Saya sokong 1 Malaysia dengan pendekatan Menzahirkan Pelaksanaan Kata-Kata.

Sudah 52 Tahun Perlembagaan Persekutuan termaktub, pelaksanaan sepenuhnya masih tak terzahir.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Sunday, August 23, 2009

Sokong Filem Khairy Jamaluddin


Salam,

Kita pasti saudara-saudara, sudah pernah dengar lamanweb 15Malaysia. Saya sokong gerakan terbaru Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaluddin.

Ini kali kedua saya menyokong gerakan beliau, yang pertama, saya pernah menyokong kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO, yang mana waktu itu, rata-rata orang memilih Mukhriz (Mukhriz ke Dr. Mahathir yang bertanding? Saya kabur).

KJ, kali ini, bertindak untuk berlakon dalam satu filem pendek, filpen yang bertajuk METER. Cerita bagaimana seorang Ketua Pemuda satu parti di Malaysia yang kini kerjanya memandu teksi sebagai mata pencariannya. Filpen ini menarik. Setakat yang saya tengok, memang best, nampak semulajadi lakonan KJ. Boleh tonton berulang kali. Bagi saya, Ketua Pemuda UMNO yang ini lebih santai. Saya tak rasa kalau Mukhriz naik, dia akan sempoi macam KJ, Mukhriz golongan elit bangsawan, kontrol macho. KJ anak orang biasa.

Teruskan Saudara Khairy Jamaluddin. Ini baru.




...........................................................................................................




Benar,
YASIR TAMIZI

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1 Malaysia


Salam,

"Mari kita jadikan Ramadhan tahun ini, Ramadhan Reformasi!" - Imam Jumaat Masjid Ar-Rahimah, Gombak.

Boleh pulak? Itu lah khutbahnya semalam di sini. Nak direformasinya kita ni. Dalam khutbah pun nak politik jugak? Melampau betul kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Patut nak digulingkan sebelum 31 Ogos ni.

Mungkin saya rasa maksudnya yang paling tepat, yang awak ni semangat-semangat Reformasi sangat ni, dah sampai bulan puasa, bulan Ramadhan, awak Reformasi lah diri sendiri pulak. Diri sendiri pun kena Reformasi jugak. Reformasi di sini bukan maknanya pergi berhimpun pergi laung REFORMASI, dak bukan gitu. Reformasi di bulan Ramadhan ni, perbaiki diri, mengubah diri lebih baik, Islah Mastata'tum pada diri sendiri. Ye lah, cakap dengan orang Gombak kena la kait-kait politik, bagi tercuit sikit masa dengar khutbah. Tapi saya ada jugak cuba-cuba dengan perkataan lain, macam Ramadhan 1 Malaysia, Ramadhan Islam Hadhari, tak berapa nak paham sangat, dengar macam bunyi Bazar Ramadhan je. Ramadhan Reformasi, mungkin sesuai dengan tema Ubah, Perbaiki dan Memperelok, sebab perkataan Reformasi ini membawak kepada maksud perubahan secara positif, perubahan yang konstruktif. 

"Assolatukhoirrum Minannaum."

Selamat Berpuasa. Selamat Bersahur. Selamat Berbuka Puasa & Selamat Berteraweh.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Thursday, August 20, 2009

Selsema Babi

Salam,

Kita tidak perlu segan menyebut Selsema Babi. H1N1 itu nama robot, nama sebenarnya ialah Selsema Babi.

Saya terdengar perbualan orang-orang tua. Persoalan mudah saja.

"Ingat tak? Masa selsema burung dulu, habis, banyak ayam dibunuhnya. Sekarang selsema babi, tak nak pulak dibunuhnya babi tu."

Saya teringat masa kes selsema burung, memang betul, ayam dibunuh besar-besaran, di Paya Jaras masa itu.

Mungkin itu sebab namanya dah ditukar ke H1N1? Supaya H1N1 yang dibunuh bukan babi. Babi haiwan suci barangkali. Malaysia cukup sayang dengan babi. Babi jangan diusik. 

Ini sekarang dah tak ada cerita berapa orang mati, dah tak mati dah?

Saya bimbang, angka sebenar kematian disembunyikan. Saya dapat tahu, di satu Hospital swasta berdekatan Jalan Lingkaran Tengah 2, jumlah kematian setakat yang saya dapat tahu, di Hospital itu sahaja sudah capai 41 kematian. Masa itu Kerajaan melalui akhbar mengumumkan 1 Malaysia, 62 orang mati asbabkan Selsema Babi.

Mungkin tak berapa lama lagi, sedar-sedar, keluar laporan berita Malaysia berjaya bebas daripada Selsema Babi. Kalau itu yang sebenarnya, syukur Alhamdulillah.

Tentang topeng muka, topeng muka dah naik harga. Penjual ambik kesempatan. Kerajaan nasihatkan kita pakai topeng muka dan cuci tangan betul-betul. Kita terpaksa beli di luar. Penjual terus naik kan harga. Kerajaan umum Topeng Muka ialah barang kawalan sementara. Selama ni bagitahu kalau barang kawalan pun, harga tetap naik jugak. Nanti Kerajaan akan bagi amaran, jangan menaikkan harga sesuka hati. Esok nya harga masih tinggi jugak. Kemudian Kerajaan beritahu lagi, kita akan periksa penjual topeng dan harga sebenar. 1 2 penjual tertangkap. Tandanya dah buat kerja. Penyakit masih tersebar lagi. Isu topeng muka pulak yang panas. Dah beralih isu. Orang terus mati. Penyakit tak sembuh lagi.

Macam mana nak elak penjual ambik kesempatan, nak elak jual mahal pada kita? 1 caranya ialah, dengan setiap syarikat atas peranan bertanggungjawab atas masyarakat, atas nama Corporate Social Responsibilities, sudah wajar Majikan bekalkan topeng muka kepada semua pekerja-pekerja. PERCUMA. Kerajaan dan Swasta edarkan topeng ini percuma. Bila dah ada benda percuma, tak ada siapa nak beli, tak ada siapa boleh naikkan harga.

Saya selsema sekarang. Lagi patut risau kalau anak buah kita yang selsema sekarang ni.


Benar,
YASIR TAMIZI

Soalan pagi ini, 21/8/2009 7:30 pagi: Di mana Dato Seri Najib & Datin Seri Rosmah sekarang? Tiada kelihatan di akhbar nyata mahupun online. Rindu rasanya. 


Saturday, August 15, 2009

Garis Panduan Untuk Premis Hiburan di-Negeri Selangor




Salam,

Saya ada mendapat maklumat tentang Garis Panduan PBT berkenaan Premis Hiburan di negeri Selangor. Kalau boleh kita kongsi, dan kita bandingkan dengan kawasan kejiranan kita, Majlis Daerah kita.

Merujuk kepada Garis Panduan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor MMKN/4/01:

1. Lokasi premis hiburan tidak boleh berada dalam jarak 300 meter dari Hospital dan Rumah Ibadat.

2. Lokasi premis hiburan tidak boleh berada dalam jarak 100 meter dari bangunan awam dan kerajaan.

3. Bagi kawasan bandar, hanya 1 premis hiburan sahaja bagi setiap 20,000 penduduk.

4. Bagi kawasan luar bandar, hanya 1 premis hiburan sahaja bagi setiap 40,000 penduduk.

5. Bagi kawasan yang 70% penduduknya orang Islam, pusat hiburan awam TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

6. Premis hiburan yang beroperasi mesti tutup paling lewat pukul 1 pagi.

Nota tentang apakah itu premis hiburan? Contoh berikut boleh dikelaskan sebagai premis hiburan iaitu Pusat Snuker, Kelab Malam, Kelab Permainan Video, Pesta Bergerak dsb. 

Baik, sekarang kita boleh bandingkan dengan kawasan perumahan dan kejiranan mengikut Majlis Bandaran masing-masing. Ada 12 PBT-Majlis Bandaran dalam Negeri Selangor. Berikut ialah senarai penuh PBT di Selangor Darul Ehsan.



1. Majlis Bandaraya Shah Alam
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
4. Majlis Perbandaran Kajang 
5. Majlis Perbandaran Klang
6. Majlis Perbandaran Sepang
7. Majlis Perbandaran Selayang
8. Majlis Perbandaran Subang Jaya
9. Majlis Daerah Hulu Selangar
10. Majlis Daerah Kuala Langat
11. Majlis Daerah Kuala Selangor
12. Majlis Daerah Sabak Bernam


Boleh bandingkan dengan kawasan kejiranan kita. 


Benar,
YASIR TAMIZI

Resolusi Kesedaran Hukum

Makruh. Harus. Sunat. Wajib. Haram.


Salam,

Saya seorang yang melalui sistem pendidikan biasa. Saya melalui jalan-jalan Sekolah Harian Biasa Tidak Berasrama. Pendidikan agama secara formal saya adalah satu-satunya di Sekolah Rendah Agama Taman Melewar. Jadi saya tidak bicara soal hukum hakam ugama yang lebih tinggi atau sirah yang lebih mendalam. Saya orang biasa. Rakyat terendah. Civilian.

Maka saya dari dulu, gemar bertanya soal hukum hakam yang saya tidak pasti. Sejak saya bersama Angkatan Pemuda Insaf 4 Bestari SEMERBAK lagi, memang ini biasanya menjadi bicara mingguan atau harian. Sdr Faizal Rashid, Sdr Mubarak dan Sdr Sufi. Ini sauh utama. Sdr Mubarak dengan caranya yang tepat dan tegas, Sdr Faizal dengan pendekatan maklumat dan fakta dan Sdr Sufi dengan idea pengukuhan. Di bawak ke Universiti pun saya teruskan, sentiasa bertanya. Zul dan Toped jugak jadi teman bersoal-jawab bila sampai waktunya. 

Maka Jumaat minggu lepas, bukan semalam, minggu lepas, sedang saya tetap berbincang soal hukum hakam dengan Syed, teman di TNB-GPMS, namun kali ini kita mengambil dari skop lebih luas dan bersetuju atas kesedaran dalam satu hal yang nyata lagi jelas dalam masyarakat sekarang ini.

Yang mana, kita mendapati, orang sekarang, termasuk saya, dan Syed dan teman-teman dan seluruhnya secara umum, kita lebih mementingkan Makruh berbanding Haram, Harus berbanding Sunat dan Wajib. 

Contoh apabila bercakap soal sembahyang, teman lama pernah berkata pada saya di SEMERBAK dulu, masa itu lepas solat jemaah Asar di surau Sekolah. Dia kata begini, "Korang sembahyang main-main, tak khusyuk!" Jawablah "Eh khusyuk tau, tutup mata lagi." Dia kata, "Tutup mata makruh!" macam haram pulak makruh tu.

Baik, paham keadaan ni? Memang tutup mata masa sembahyang itu makruh. Apa yang wajib masa sembahyang? Yang wajib dalam sembahyang ialah khusyuk. Lalai masa sembahyang, itu Neraka pun masuk jugak. Mana lebih penting? Wajib ke Makruh? Saya merujuk kepada kata Ismail Kamus dalam ceramahnya mengatakan bahawa kata Imam Ghazali, tutup mata itu makruh, tapi khusyuk dalam sembahyang itu wajib, maka kalau dengan tutup mata boleh khusyuk, boleh! Paham kan maksudnya. Mantik mudah. 

Dan sekarang ini, bila seseorang itu ada pengetahuan lebih pasal hukum hakam itu, kiranya orang itu hebat. Tetapi orang dah lupa, satu perkara yang jauh lagi penting selepas pengetahuan itu. PELAKSANAAN pada hukum itu. Masalah sekarang, orang tahu hukum tapi orang tak ikut hukum. Hoh orang itu hebat kerana bila tanya hukum dia pasti boleh jawab, tapi benda haram dibuatnya, wajib tak diamalkannya.

Mengapa sampai begitu kuat penekanan kepada hukum Makruh, Harus ini seolah-seolahnya, perkara SUNAT, WAJIB dan HARAM dah selesai, dah buat dah, dah mahir, dah patuh semua. Padahal, hakikatnya, SUNAT, WAJIB, HARAM, pun tak selesai lagi.

Ini salah. Betul kan balik.

WAJIB. HARAM. SUNAT. MAKRUH. HARUS.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Friday, August 14, 2009

Ulasan TG Nik Aziz tentang Pengkhianat Melayu


"... Pengkhianat bangsa? Nabi Muhammad sendiri pengkhianat bangsanya sendiri jugak, Dia lawan pak sedara Dia, Dia lawan mak sedara Dia, sejahil-jahil Arab Jahiliah pun, dia tak kata pengkhianat bangsa, dia kata memperbodoh safah ta a'la mana, kamu memperbodohkan pemimpin kamu..

... Ada harga apa bangsa Melayu di padang Mahsyar nanti, kalau ada harga bangsa Melayu, bangsa Arab la yang paling berharga, sedangkan Arab tak ada harga satu sen pun di padang Mahsyar, kita membesar-besarkan hal duniawi...

... DAP tu hina Islam tu pasal dia tu bukan orang Islam, sebab itu kita dedahkan Islam pada rakyat masuk sekali DAP supaya dia paham, dia nampak, tapi yang orang Islam, orang Melayu Islam tu sendiri tolak Islam tu kerana apa? Apa ertinya kalau bukan menghina? Orang Melayu Islam sendiri yang menghinakan Islam...

... Kita nak dedahkan Islam pada masyarakat, itu sebab PAS bersama DAP, supaya DAP paham, ini Islam sebenarnya, kita melalui forum, melalui wacana, melalui duduk bersama dengan mereka, lama-lama dia paham la. Terima Kasih."

Melalui YASIR TAMIZI

Solat Hajat Masjid Negara






Salam,

Selepas Jumaat tadi, Masjid Negara mengajak makmum yang sebanyaknya, untuk bersolat hajat, memohon dihindarkan dari wabak Selsema Babi. Laporan berita terbaru menunjukkan seramai 56 orang rakyat Malaysia sudah mati al asbab kan Selsema Babi.

Masjid Negara boleh menampung seramai 15,000 orang dalam satu masa. Selepas Imam mengajak, makmum segera bangun merapatkan saf yang lompong, namun walaupun lompong, Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah, suku daripada Jemaah Jumaat Masjid Negara turut serta bersolat hajat memohon dihindarkan dari wabak Selsema Babi yang sudah capai tahap bahaya dengan laporan 56 kematian walaupun Kerajaan menyatakan tahap membimbangkan.




Saya sempat bertanya pada teman yang berJumaat di Masjid UNITEN, bagaimana keadaan di sana? Solat hajat atau doa khas? Katanya, di sana tak ada, doa khas tak ada, solat hajat pun tak ada. Maka hal ini sedikit canggung kerana sepatutnya sudah mula di merata Masjid dan Surau. Kita sudah sampai tahap berbahaya macam ini pun masih dipandang remeh? 56 kematian memang membimbangkan, tapi bagi saya 1 kematian H1N1 pun sudah patut membimbangkan.

Saya menyeru, semua Masjid-masjid, Surau-surau, Madrasah dan Pondok, sekalian orang-orang Islam, kita mulakan langkah proaktif dan menghindar, dengan memulakan solat Hajat dan doa khusus bagi wabak yang bahaya ini. Tolong ambik serius wabak ini. Di bangunan pejabat saya sendiri sudah ada yang dikuarantin. 

Doa khas shekh.

Salam,
YASIR TAMIZI

Thursday, August 13, 2009

Pemergian Ustaz Asri Rabbani


Salam,

Tengahari tadi, saya terima mesej dari Hawa, Adi Wanya Morris, dan Is Kasturi, dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri Rabbani. Al-Fatihah ke atas Allahyarham. Takziah saya ucap kepada keluarga Allahyarham.

Saya secara peribadinya pernah bertemu dengan beliau beberapa kali sebelum ini bila berkesempatan mengikut Abang ke rencananya. Seingat saya, Ustaz Asri seorang yang manis bicaranya, elok saja yang diucapkan, dan sangat pemurah senyuman. 

Memang dari dulu pun, sejak saya mula-mula diperkenalkan dengan industri nasyid bawah tanah, The Zikr, Nadamurni, Mirwana, saya memang meminati kumpulan lama Ustaz Asri, Nadamurni. Lagu MUNAJAT yang dulu, adalah lagu yang paling terkesan. Suara beliau sangat dikagumi, saya akui, di suatu masa, saya dan teman-teman sepermainan menjadikan suara beliau, penanda aras kotak suara masing-masing dalam melalui peringkat-peringkat tertinggi kuasa lunak dan merdu. Teman saya, Ikram Mirwana, handal meniru, sedangkan Yasin Sulaiman Salsabila pun dalam album Mirwana sekolah dulu, suaranya ada mirip Ustaz Asri. Jika boleh saya katakan, lunak suara Ustaz Asri yang tersendiri itu menjadi ikutan dan rujukan peminat-peminat seni suara lebih sedekad, lebih 10 tahun.

Kita sudah kehilangan seorang orang Soleh, ahli Tarannum, Qari, Ustaz, Bilal dan Imam. Mari, doa dan al-Fatihah kita sedekahkan pada Allahyarham Ustaz Asri.

Beliau dah tak ada lagi menjelang Puasa, menjelang Raya ni. Allah. Al-Fatihah.


Benar,
YASIR TAMIZI

Tuesday, August 11, 2009

Jubli Perak


"Selamat Menyambut Jubli Perak"


Salam,

Ini ucapan yang paling klasik dan unik pernah saya dengar sejak 25 tahun dulu.

Syukur Alhamdulillah.


Benar,
YASIR TAMIZI

UMNO Terlalu Lama Kemarau Isu

Salam,

Sejak mula-mula Dato Seri Anwar Ibrahim dari ABIM masuk UMNO, dipecat secara tak sah dari UMNO, masuk penjara, 6 tahun dalam penjara, keluar penjara, sakit pinggang, sihat sikit pinggang, jadi Ketua Umum PKR sampai sekarang Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan Rakyat, 27 tahun UMNO masih menggunakan DS Anwar sebagai isu untuk meraih sokongan rakyat.

27 tahun lepas, masa itu Dato Seri diajak masuk UMNO dari ABIM, masa itu zaman Dr. Mahathir, semasa itu pun, UMNO sudah menggunakan Anwar untuk meraih sokongan orang Melayu dan pejuang Islam.

Sekarang, baru ini, nama Dato Seri sekali lagi, diangkat lagi, dipermainkan dengan isu pengkhianat Melayu. Petualang nya Muhyiddin Yassin yang sudah lupa idolanya sendiri, TS Muhyiddin janganlah sampai orang bukak balik fail lama, jual tanah ke Singapura? Yang itu bukan pengkhianat? Pengkhianat Negara?

Nampaknya, UMNO sangat tandus isu, isu nya dari dulu berlegar sekitar nama Anwar Ibrahim sahaja. 27 tahun. Dari zaman Mahathir ke Paklah ke Najib sama. Nampak sangat UMNO masih merindui penangan Anwar Ibrahim, tapi malang lah bagi pemimpin UMNO, orang Melayu pilih Anwar Ibrahim bukan UMNO. Patutlah Muhyiddin Yassin sendiri pernah cakap, "UMNO sudah hilang daya penarik!"

Kawan saya ada kata, "Anwar ni bagus tapi dia digunakan oleh Cina dan India". Biarlah dia kata begitu, dia belum baca, lagipun dia tak mengundi.

Saya kata, sejak 27 tahun dulu, UMNO lah yang mempergunakan nama Anwar Ibrahim, UMNO lah yang pakai nama Anwar untuk dapat sokongan rakyat, dicanang di mana-mana, dibawak ke Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, semua rakyat Malaysia, dipuji atau dihina dari dulu!

Tak sedar lagi?

UMNO, you better create your own hero!


Benar,
YASIR TAMIZI

Sunday, August 09, 2009

Bersua Sekilas Dengan Tan Sri Khalid Ibrahim


Salam Tuan,

Pertama sekali saya mengucapkan syukur, yang mana Majlis Kenduri Kahwin teman saya di TNB, seorang lagi, iaitu Hizami dan Aaina isterinya, sudah selamat berlangsung dengan tenang, dan cuaca yang serba elok sekali. Alhamdulillah. Tahniah hendaknya Hizami

Hizami ini sebenarnya junior saya setahun di UNITEN, tapi saya baru kenal beliau di TNB, isterinya pulak, Aaina Kamelia, senior saya setahun di UNITEN, jadi boleh bayangkan kehandalan Hizami ni melangkau 2 batch dan menjumpai jodoh beliau. Canggih kalau kita mahu cerita perihal jodoh ni. Semua orang tak sama ceritanya.

Saya datang agak lewat sikit. Saya sampai, saya nampak Hizami dan isteri dah mula menunggu di luar Dewan, Grand Ballroom Equitorial Hotel Bangi. Bila Hizami mara skit ke depan, saya pun mara menghala ke meja saya yang dah dijaga oleh teman-teman TNB-GPMS dan TNB-GAD. Segan jugak, tapi redah sajalah. Saya sempat bertanya dengan ayahnya Hizami, ramah dan baik sungguh ayah Hizami ni. Saya tak tahu beliau seorang orang besar di PNB atau Tentera, tapi cara ayahnya bercakap, nampak orang yang baik, ramah, dan rendah diri sahaja gayanya. Saya gemar jugak cara percakapan ayah Hizami dalam ucapan sempena Majlis anaknya tu. Orang tua bercakap ye dak, sedap saja. Ditambah pulak dengan kehadiran orang-orang hebat PNB. Tan Sri Hamad Kama Piah CEO PNB pun ada tadi.

Majlis lancar dan mantap, makan sedap, suasana terisi, diselang seli dengan macam-macam agenda yang melibatkan pengantin, dan keluarga pengantin. Dalam sedang kita makan, diumumkan kedatangan isteri Menteri Besar Selangor, saya toleh, serba ringkas sahaja isteri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Orangnya, ringkas sahaja.  Kemudian tak berapa minit, YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Khalid Ibrahim tiba. Dengan songkoknya, baju batik ungu nya, segak lah. Lambat jugak kedatangannya. Saya agak hairan. Saya dah mula pandang ke Zul, sebelum ini pun, saya dan Zul, pernah bergambar dengan MB Perak Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin di Manjung. Kali ini nak buat perangai lagi? Mahu jugak. Dalam pada mahu tu, saya tertanya-tanya asal lambat? Ada kawan siap keluarkan ayat "Tak hormat Majlis!" Marah betul sedara ni.

Sudah Majlis, YAB pun sudah beredar dulu, lebih pantas, tak sempat saya, Mas dah bersedia, Zul pun sudah siap siaga, hanya tunggu panggilan tiba, tapi kami tak sempat. Tak mengapalah tu. Persoalan mengapa beliau lambat tadi masih tertanya-tanya sampai balik. Saya yakin kalau beliau tidak sibuk, beliau pasti tiba seawalnya. Dan kalau nak beredar awal itu lain cerita. Ini sampai lambat, balik pun awal.

Saya risik lah merata. Tapi rupanya senang sahaja, saya baca laman blog Anwar Ibrahim. Artikel pertama menceritakan yang hari ini, hari Sabtu, 8.8.8 sedang orang menikmati hujung minggu, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengadakan mesyuarat yang sangat penting, tentang isu penjualan arak di Shah Alam dan Negeri Selangor amnya yang tengah bising sekarang. ADUN PAS suruh MB pecat Ronnie Liu, ADUN DAP kata ada ADUN yang terlibat dengan samseng dan ADUN PKR mintak MB rombak EXCO Negeri. Mesyuarat ini diadakan antara MB Selangor, MBSA dan Pengendali Kedai Serbaneka (7-Eleven, KK Speedmart, 99 Supermart) di Shah Alam.

Keputusan yang dicapai ialah:
"SHAH ALAM: Convenience stores in Shah Alam will practice self-regulation in the sale of alcoholic drinks to respect the sensitivities of the Muslim community on the issue.

The self-regulation approach was reached in a meeting between Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Shah Alam City Council (MBSA) officials and Shah Alam convenience store operators at the state secretary building here today.

The self-regulation approach includes no display of alcoholic drinks while the purchase of the drinks will only be made upon request at the cashier counters. The self-regulation approach is in addition to the existing regulations which bar the sale of alcoholic drink to Muslims and those under the age of 18.

This approach will be closely monitored and studied in the next month before a standard formula is drafted for the rest of the state." - ANWAR IBRAHIM BLOG



Baru lah saya mengerti mengapa terlewat tadi barangkali ya. Baru saya dapat kaitkan jugak, macam mana Tan Sri Khalid Ibrahim ini boleh datang kenduri kahwin Hizami. Rupanya, ayahnya Hizami ini antara orang-orang awal pioneer PNB satu masa dulu, bersama dengan Khalid Ibrahim dan Hamad Kama Piah. Dulu, sebelum TS Khalid Ibrahim dalam politik dan bersama PKR, beliau ialah CEO PNB dan Kumpulan Guthrie (1979-1994). Beliau lah CEO PNB yang berjaya mengembalikan tanah kita kepada rakyat kita dengan berjaya dalam pembelian Guthrie sebuah syarikat British dalam masa kurang 2 jam. Sejarah ini digelar sebagai "Dawn Raid". Tapi sekarang, kalau tuan-tuan hadir ke Minggu Saham Amanah Malaysia, nama beliau sebagai CEO PNB mungkin seolah-olah telah dilupakan.

Jadi begitu sedikit sebanyak, cerita kehandalan beliau. Jadi orang Selangor sekalian, janganlah dirisaukan beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau pernah berurusan jauh lebih rumit dari ini. Jangan lah diukur kehandalan kerja beliau atas cara berucapnya. Tak boleh disamakan langsung. Macam membanding buah epal dengan oren, itik dan lembu, manusia dan semut.


Selamat Pengantin Baru Hizami & Aaina. Ini bukti ketibaan saya, cuba menyerap berkat. Maaf Tuan Rumah. Shalamat-shalamat.

Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Saturday, August 08, 2009

Wabak Selsema Babi


Salam,

Perkembangan terbaru wabak ini, lagi orang mati, lagi orang yang kena Selsema Babi, 1 benda yang saya cenderung untuk tahu, perangkaan atau statistik pesakit mengikut pecahan kaum. Bukan bersifat perkauman kepada wabak ini, tapi ingin melihat sejauh mana kaitan penyakit ini dengan corak pemakanan mengikut polarisi kaum.

Saya mencadangkan, setiap khutbah Jumaat sudah boleh mula ditambah doa mengelakkan wabak penyakit berjangkit. Kalau boleh sebagai permulaan Jabatan Agama Islam Selangor boleh mengeluarkan pekeliling baru kepada setiap Masjid atau Surau, mewajibkan berdoa mintak jauh dari penyakit wabak ini setiap kali solat. Subuh sampai Isyak, Isnin sampai Ahad. Sepertimana kita beramai-ramai pernah Qunut Nazilah semasa Palestin diserang zalim oleh rejim Israel.

Kita pulak, secara persendirian pun patut dah mulakan berdoa, tak kisah lah Bahasa apa pun, Bahasa Melayu lebih difahami, Bahasa Cina pun boleh, Tamil, Urdu, Inggeris boleh.

Mintak jauh dari kena keluarga kita. Risau bila baca pengalaman orang yang terkena Selsema Babi ni. Sengsara dan Terseksa.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Thursday, August 06, 2009

Salam Nisfu Syaaban

Salam,

Salam Nisfu Syaaban.

Selsema babi semakin menjadi-jadi kebabiannya. Hari itu 8 orang mati. Masuk hari ini sudah 12 orang mati.

Saya pernah dengar, Ustaz bicara soal ibadah Haji yang bakal berlangsung hujung tahun. Ada Ustaz di Masjid Dato Keramat bulan-bulan lepas menceritakan beliau ada dapat SMS dari teman beliau di Timur Tengah yang kemungkinan bahawa, ibadah Haji tahun ini tak ada. Bagi mengelakkan umat Islam terkena wabak selsema babi. Kita orang Islam yang tak makan babi pun dah mula terkena selsema babi. Ini pulak dugaannya.

Kalau selsema babi sudah ada vaksinnya, sudah ada ubatnya, dari manakah ubatnya ini datang? Diuji? Apakah sampel nya? Babi? Kita bukan tidak tahu Imunisasi kita dulu dari Monyet, Kuda. Tak kan mudah-mudah kita nak masukkan yang terbaru elemen Babi dalam badan kita yang selama ini tak makan babi. Ini persoalan primitif tapi punya fundamental yang mendasar.

Kebimbangan membaca, Iran pulak sudah mula melarang rakyatnya umrah pada Ramadhan ini.

Salam Nisfu Syaaban. 15 Syaaban 1430. Buku baru. Kucing puasa tak?


Salam,
YASIR TAMIZI


Wednesday, August 05, 2009

Lebuhraya Duta-Ulu Klang LEBUHDUK (DUKE)


Lebuhraya Duta-Ulu Klang (LEBUHDUK) atau Duta-Ulu Klang Expressway

Dengan LEBUHDUK saya telah mengurangkan tempoh perjalanan harian saya, Gombak-Bangsar sebanyak 33% sehari dan dalam pada masa yang sama meningkatkan perbelanjaan bulanan sebanyak 5%. RM2 untuk Kereta (Kenderaan 4 Tayar) selain Teksi. RM1 untuk Teksi.
Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Tuesday, August 04, 2009

Dah tak nak sembahyang?

Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas (hadas).
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam

RUJUKAN AL-AZIM

Salam,

Atas ini syarat wajib sembahyang. Islam, Baligh, Berakal... dan sebagainya. Asas lah, mudah kan, kita dah belajar lama dah. Dah lupa pun.

Maknanya, bila orang itu sembahyang sahaja, maka dia Islam, baligh, berakal. Kita fokus pada berakal sahaja pulak.

Maknanya, bila orang itu sembahyang, maka dia berakal.

Habis tu kalau tak sembahyang? Mudah saje. Kalau pulak, orang itu tak sembahyang, maknanya dia tak berakal.

Maka, dia orang gila, sewel, mereng. Ha begitu. Paham?

Orang gila pulak, kalau kita cakap dia gila, tak mengaku dia. Cuba panggil orang tak sembahyang tu, "Kamu ni GILA!" Tak mengaku dia gila. Pasalnya, orang gila memang tak mengaku gila.

Ada satu cerita tentang orang gila. Di satu Hospital Orang Sakit Jiwa, di tempat tertentu. Suatu hari, ada seorang orang gila boring, bosan dia, jadi dia pergi memancing.

Orang gila ni memancing dekat je, dekat situ jugak, tapi dia kreatif sikit. Dia ambik baldi diisi air, diambik kayu sebatang letak macam benang gitu, elok mancing pada baldi tu tadi.

Jadi seorang Doktor Sakit Jiwa datang, hendak beramah mesra, bertegur sapa, mahu mendalami jiwa orang gila barangkali. Lalu ditanya nya orang gila itu, "Banyak dapat ikan?"

Orang gila pun jawab "Eh GILA ke kau ni? Dalam baldi, mana ada ikan!?"

Amacam? Itu sebab orang cakap, layan perangai orang gila, serupa lah macam orang gila. 

Itu baru kita gunapakai Syarat Wajib solat yang ketiga tu, cuba pulak pada 5 syarat selebihnya.

Sekian, Wassalam. Mintak dijauhkan dari tak sembahyang.


Benar,
YASIR TAMIZI 

Sunday, August 02, 2009

20 ribu Berhimpun, 589 Ditangkap

Mengapa 20 ribu yang datang berhimpun, yang ditangkap 589 orang sahaja?

Tak cukup lori ke? Tak buat persiapan kah Pasukan Simpanan Persekutuan ni?

Lain kali bawak lah lebih sikit, bagi boleh muat 20 ribu, 20,000 orang dalam lori.

Baru lah semua orang takut! Kalau takat tangkap 589 orang, lagi 19,411 tak kena tangkap, macam mana nak rasa takut. Yang kena tangkap tu lagi la melawan nanti.

Tangkap lah semua! 20,000 yang berhimpun. Tangkap lah! Tak cukup persediaan lah.

Perhimpunan Aman Mansuh ISA

ISA patut disemak semula, dipinda sahaja supaya tidak boleh disalah guna.

Perhimpunan aman boleh tapi jangan kacau jalanraya, duduk diam elok dalam Stadium.

Betul jugak. Tapi ada suara baru yang cakap, perhimpunan tu sendiri maknanya menyatakan ketidakpuasan hati. Kalau duduk dalam Stadium suarakan tak puas hati nanti tak nampak.

Pulak dah. Saya baru nak terima hujah pro-ISA. Dalam nak sampaikan rasa tak puas hati. Tapi tak nak jalan sesak. Tapi tak nak tutup jalan. Tapi tak nak, tak nampak pulak hajat rakyat kepada DYMM Yang DiPertuan Agong. 

Saya kurang gemar, jangan sampai perhimpunan ni jadi kebiasaan, sampai nanti, jadi macam Thailand, macam Indonesia, kerap sangat ada tunjuk perasaan.

Orang kata buat perhimpunan nanti susah la nak beli barang dekat KL kan. Tapi itu pasal lah, penganjur perhimpunan sejak mula mahu berhimpun dah canang satu Negara. Dekat ternet canang, dekat suratkhabar dah ada liputan. Yang kita nak masuk jugak KL masa itu kenapa, telah diberitahu awal-awal 1 Ogos ada Perhimpunan Aman pakai baju hitam. Awak kalau beriya sangat nak beli-belah boleh, jangan la pakai baju hitam, datang je lah KL tu. Namanya pun Perhimpunan Aman. Awak tak tahu ada Perhimpunan Aman di KL? Terperangkap? Itu jawabnya padan muka, surat khabar tak baca memang padan la, berita pun tak tengok. Jangan salahkan orang la kawan, salahkan diri sendiri ya!

Jadi macam mana pulak penyokong pro-ISA? Mereka pun nak tunjuk perasaan mereka di tangga-tangga LRT. Tak kan mereka pun sama tak boleh nak tunjuk perasaan sama macam anti-ISA. Tak kan asik penunjuk perasaan anti-ISA je kena tangkap, bosan la penunjuk perasaan pro-ISA ni tak ditangkap, nanti mereka rasa tersisih? Dah tak nak tunjuk perasaan, pendam je jadi bara. Kasihan lah mereka. Mereka akan murung tak dapat perhatian.

Mana-mana pihak pun boleh tunjuk perasaan. Bukan masalah bilangan. Jangan la rasa tertekan kalau di satu pihak penyokongnya beribu-ribu dan satu lagi seorang dua sahaja. Jangan lemah semangat. Teruslah tunjuk perasaan.

Soalan lagi, kenapa nak turun di jalanan? Kenapa tak guna saluran yang ada? Kita ada wakil rakyat, kita ada Dewan Rakyat, kita ada TV, ternet? Kenapa? Sebabnya semua saluran ini tak ada layanan, jadi mereka kecewa, dan mereka turun di jalanan menyatakan ketidakpuasan hati. Dan ingat ya, gerakan mansuh ISA ini bukan baru ni, dah bertahun-tahun keluarga mangsa tahanan ISA, anak isterinya meminta keluarganya dibebaskan dan ISA dimansuhkan sama sekali.

1 lagi, jangan samakan perhimpunan dengan rusuhan. Rusuhan itu kacau bilau. Apa perasaan kalau perhimpunan kita di sekolah dipanggil boleh memulakan rusuhan? Apa rasa bila orang kata yang ramai-ramai dalam Midvalley tu pun boleh wujudkan rusuhan. Boleh je kalau nak diikutkan rusuhan dalam Midvalley, sepak la kepala budak Melayu seorang, ragut lah makcik Melayu yang mengandung, sambil cakap Melayu Bangang! Paham kan konsepnya, rusuhan kalau nak jadi dekat mana-mana pun boleh, cuma jangan layan lah provokasi sampah tu.

Yang Kerajaan ini pun satu, mansuh sajalah ISA tu, orang tak nak dah, bukan sebab orang tu bersalah jadi dia takut dengan ISA, sebab orang tu takut ISA tu disalah guna atas orang-orang biasa tak bersalah ni. Ala buat la macam taktik PPSMI. Cakap mansuh tapi Raya Haji tahun depan ke Yom Kippur tahun depan ke mesti menang lah Pilihanraya Kecik Permatang Pasir.

Ya? Mansuh ya? Tahun depan? Baru boleh menang Pilihanraya Kecil yang mendatang.

Mansuh Mansuh! Mansuh ISA! Undur undur! Undur Segera!


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

45,000 rumah PPR akan dijual


Saya tertarik bila mendapat berita ini. Kenapa? Sebab penghuni rumah PPR sudah boleh membeli rumah mereka yang selama ini hanya disewakan dan bukan untuk dijual. Mengikut Menteri Wilayah, Raja Nong Kecik, rumah-rumah ini akan dijual mulai November 2009 secara berperingkat. Dan disebabkan ini satu usaha yang baik, saya yakin, kalaupun Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah, usaha ini tidak akan ditangguh atau terberhenti.

Apabila boleh dibeli, maka pemilik nanti, boleh lah menyewakan kepada orang lain sebagai pendapatan sampingan. Dengan KL yang sudah penuh dengan rumah sewa yang mahal, rumah PPR yang mungkin akan disewakan kepada orang luar adalah sangat menarik dalam pada masa sama akan mengubah suasana rumah PPR sekarang.

Saya baru-baru ini, ada membawak kawan saya, Syed mencari rumah sewa di sekitar Gombak, dan kita ada singgah di rumah PPR Taman Melati. Kita soal semua, katanya, sewanya murah, ada yang 140, ada yang 300, mengikut tempat, murah kan, syaratnya berkeluarga, dan pendapatan isi rumah ialah RM2000 dan penyewa tidak boleh sewa kepada orang lain patutnya. Dan sekarang dengan membuka peluang untuk penyewa itu membeli rumah yang diduduki, ini membolehkan mereka menyewakan rumah mereka pulak kepada orang luar yang sebelum ini tidak dibenarkan menyewa di situ, dengan kadar sewa yang berdaya saing sesuai dengan lokasi rumah PPR yang strategik berada dekat dengan laluan pengangkutan awam.

Sewaan balik dalam RM350-400 adalah sangat baik dengan kedudukannya lokasinya yang dekat dengan pengangkutan awam, 1 rumah 3 bilik, 1 bilik air dan lengkap dapur. Untuk orang bujang, yang kerja di KL, ini sangat baik.

Kita doakan, usaha ini menjadi kenyataan, dan tiada unsur-unsur yang meragukan dalam pelaksanaan usaha ini.  Yang saya dengar, sejak awal tahun lagi gembar-gembur rumah PPR akan dijual, yang Hadiah 100 Hari ini datang kemudian.

Terima kasih 11 hadiah 100 hari. 


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Saturday, August 01, 2009

Pesta Gas

Hari ini, saat ini.

Sedang berlangsung Pesta Menembak Gas Pemedih Mata ke arah orang biasa di sekitar Kuala Lumpur.

Gas pemedih mata ditembak berkali-kali ke arah penyokong Gerakan Mansuh ISA. Tembak lagi. Saya nak sokong ISA. Tembak lagi mereka. Bagi pedih mata mereka. Bagi hancur mata mereka. Bagi mereka lemah tak berdaya. Kemudian, tangkap, tangkap lagi. Tangkap lah 100,o00 penyokong Mansuh ISA itu. Bagi penuh lokap. Bagi penuh penjara. Meletup penjara penuh dengan penyokong Mansuh ISA. Bagi penjenayah pulak tinggal di luar.

ISA ialah satu akta yang membenarkan orang yang disyaki ditangkap tanpa ada bukti apa-apa. Bayangkan, secara tiba-tiba, ada orang ketuk pintu rumah kita, kita buka, sekumpulan pihak berkuasa terus menangkap kita, tanpa apa-apa sebab, dan disumbat ke Kem Kamunting. Bukan Kota Kemuning.

ISA digubal untuk menangani ancaman gerakan KOMUNIS. Bukan gerakan politik haluan kiri atau pembangkang. Bila di pihak dia, dipanggil kanan, bila bangkang dia, dikelaskan kiri dalam Buku Sejarah.

Salah guna kepada Akta ini yang membuatkan Akta ini diminta untuk dihapuskan. Jika kita bicara soal mungkin ada hasutan, kita ada Akta Hasutan.

Kalau bicara soal agama? Tidak ada dalam agama, sirah ke, boleh tangkap orang atas syakwasangka. Orang salah yang banyak tak nak pulak ditangkap? Yang Ahlong? Yang Tonto? Yang penjenayah Rempit Jahat bunuh mak yang mengandung? Mana orang-orang jahat ni? Yang ini senyap je? Penjenayah dibiarkan, tapi yang orang tak buat jenayah tengah KL sekarang ni ditembak dengan pemedih mata. Awak ni nak bela siapa? Rakyat ke Penjenayah?

Kalah la lagi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Amin. Awak dah boleh mengundikan? Segera daftar Pemilih di Pejabat Pos berhampiran.

Yang dekat Midvalley? Courts Memmoth? Cavenci? Tak nak tangkap? Mereka jugak berhimpun, tangkap jugak lah! Mana yang pakai baju hitam tangkap! Yang rambut hitam pun tangkap! Kasut hitam pun masuk jugak. Penuhkan segera lokap-lokap. Humban mereka. Sumbat mereka. 

YASIR TAMIZI

Tweety Bird Sudah Uzur


Salam,

Dulu waktu mudanya, dia diterima ramai, diletakkan sebaris dengan selebriti kartun Looney Tunes yang lain. Sekarang dia diletakkan di dalam sangkar, tanpa perhatian, dan keguguran seluruh bulu kuningnya.

Kalau kita tengok, kartun dari Looney Tunes sekarang sudah tiada, kerana apa? Kerana kartun mereka membesar seiring waktu, Makcik Tua dalam siri Tweety Bird sudah meninggal, kucing hitam itu wataknya sudah berumahtangga dengan kucing hitam betina dan sudah tidak nakal lagi, dia menjadi bertanggungjawab.

Tapi watak Tweety Bird terbiar begitu sahaja. Sedang menunggu wataknya mati dan tidak diperlukan lagi dalam dunia BEN10 & Wonderpets sekarang. Tweety Bird akan membuat COMEBACK!

Tulisan italic di atas adalah satu fiksyen atas fiksyen.

Shah Alam. Alam Budiman.