
Assalamualaikum w.b.t.,
Ingat Zulhazran? Yang bertunang bulan 4 lepas. Ha sekarang dah tak main cerita Tunang dah.
Sekarang dah kahwin. Selamat Pengantin Baru buat Zul & Diana. Zulhazran dan Diana Ruszaini. Tadi majlisnya sebelah Zul di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang.
Sepatutnya ucapan ini dibuat minggu lepas sebab minggu lepas nikahnya, kahwinnya di belah Diana, tapi saya tak berkesempatan ke Kluang sana. Kluang Johor kan. Minta maaf pada Diana & Zul tak dapat datang. Tapi belah Zul janji datang. Sejak tahun lepas rasanya saya dah berikan janji datang. Kalau tak jemput pun, saya mintak datang jugak.
Seperti yang sudah berkali-kali saya ceritakan, Zul ini kawan saya di UNITEN. Saya mula kenal Zul sejak sem 1 lagi. Saya kenal begitu sahaja, sembang pun idak la, bila dia tetiba ada urusan dengan kawan rumah saya, Amin & Milo, baru lah tertegur, tercerita, terborak. Ada sekali tu masa sem 1, saya bersembang lebih sikit dari biasa, masa ni masih malu-malu lagi, hahaha tak adalah, masa ini baru kenal lah, saya dengan poyonya saya dengan sengaja kata ke dia, "Aku rasa budak tu macam ok kan, macam ok je dengan aku kan, macam suka aku kot" dia kata selamba sambil gelak-gelak "Ko ni dah terkena penyakit, penyakit PERASAN" Ha ha ha.
Diana ni masa sem 1 jugak saya kenal, masa itu kalau kenal Diana macam pakej, kenal Ena Azeemah Pedo, tapi saya kenal Ena dulu, kemudian baru Azeemah, Diana dan Pedo. Mereka ini serangkai. Ini kira kawan dan kenalan UNITEN ni semua ni. Diana memang ceria, dan tadi pun Zul selamba je cakap "Dah datang gedik dia". He He seronok sahaja saya tengok.
Balik ke Zul, masa sem 2, saya agak kerap ke bilik Zul di Cendikiawan, bilik dia ada internet. Bilik orang lain tak ada. Bilik saya komputer pun tak ada. Sebelah biliknya ada tv. Saya dengan Toped ada datang nak tengok tv. Saya buat yahoomail saya ni di bilik Zul lah. Saya buat dengan Bad. Dua-dua buta IT kot. Itu yang email yahoo saya dengan bangganya @yahoo.co.uk. Konon London. Betul cakapnya, saya memang nak .com. Bilik Zul jugak saya dengan Bad dan beberapa teman lain buat konsert nasyid separa rock.
Tahun kedua UNITEN, haa saya macam nak cerita setiap tahun je kan? Kalau larat jalan terus, kalau tak, saya tak halang, saya akan tetap teruskan jugak, jadi tahun kedua, ditakdirkan duduk serumah sewa di Sungai Ramal. Dekat dengan Restoran Yus. Saya Toped, Bad, Pakli, Andok dan Zul dan tambah seorang lagi, Niko kemudiannya. Dah nama pun serumah. Bermacam aktiviti lah, dan biasanya Zul kadang tu sakit hati tapi kadang tu join sekali. "Sore nyekit!" Itu ayat Zul, dekat rumah sewa ada adegan tong Ridsect yang dibungkus dan dibakar nak buat BOM. Membakar rumput, membaiki motor, mencuci motor karat saya yang Niko tolong hantar balik ke Gombak tu. Dan peluang saya untuk tinggal bermalam di Suite Stay. Ini sebab Zul yang ajak. Saya pun ding-dong setuju, lepak lepak dekat Suite Stay bulan puasa, sahur dekat Binjai Lotus, Teraweh dekat Masjid KLCC, terjumpa kawan tusyen saya Shireen Nora (yang Benggil tu) di KLCC, tengok Matrix rasanya dengan Zul masa tu dan makan Lasagna 2 kali 1 malam. Malam balik tengok wayang tu, Zul chatting dengan Diana pakai MSN. Masa itu, Zack baru lagi "Fly", Zul seperti menunjukkan minat, saya pernah kata "Zul, hangit tayar kapal terbang pun tak hilang lagi." Rupanya bila bau hangit dah habis betul, Zul dengan Diana menjadi pulaknya. Saya pernah dapat tahu dari Ena masa itu, ini rahsia kot, tapi dah kahwin tak ada hal lah, Ena cakap, Diana kata dia suka perangai Zul yang macam blur-blur tak tahu tu. He he saya pelik kenapa saya ingat benda ni, tapi mungkin untuk ditulis di sini hari ni barangkali. Jadi bila pergi Suite Stay, parking saya di situ percuma, cakap sahaja nombor Suite Zul. Masa di sini jugak, bila bil telefon rumah sewa kami melambung tinggi akibat dari kelalaian bersama. Di sini lah, saya dan Zul, berpikir macam mana nak selesaikan, hubungi Bad, sebabnya, bil telefon rumah sewa sudah sampai beribu-ribu ringgit. Surat merah dah keluar dah. Saya dan Zul dari Suite Stay, bawak duit yang semua dah kumpulkan, pergi Kajang, selesaikan hal ni. Dalam perjalanan, ada saya bertanya kepada Zul tentang hati. Ini bukan cinta perasaan, ini pasal hati, hati yang kita ada tapi bukan organ hati. Zul ini pun antara teman yang boleh cerita macam-macam hal ugama, bila diajak cerita tak sekejap, tak kekok. Saya tanya dekat mana hati? Ini cerita ilmu ghaib. Hati yang dikatakan segumpal darah yang kalau kita buat jahat maka hitam lah dia. Mana hati tu? Zul jawab mudah "Dekat sini, bawah dada belah kiri, dekat dengan jantung." Saya terkejut jugak tapi saya tak menolak, saya tanya "Macam mana ko tau?", Zul jawab "Nenek aku cakap hati dekat sini, letak tapak tangan bawah dada dekat perut, jari kelingking dekat pusat, situ lah dia". Saya bersetuju saja. Ilmu.
Zul ini punya ilmu agama macam-macam jugak, tapi dia biasalah, dengan rendah dirinya. Perangai hantu dia pun dah macam-macam dah. Tapi dia tetap sebegitu orangnya. Baik. Pesanan ringkas untuk Diana jugak, kalau misal kata, Zul imamkan sembahyang Maghrib, kemudian bacaan Al-Fatihah nya lain macam sikit, jangan lah kamu putuskan jemaah itu. Jangan takut. Taat sahajalah pada Zul ni. Sebenarnya itu satu pelajaran baru. Sebab Zul ini, ada ilmu baca Al-Fatihah dengan 7 dialek/telo. Ini memang saya kagum. Pernah saya bicara dengan dia pasal ni, dan saya bersetuju sahaja. Ini bidang beliau. Saya tak tahu dan was-was. Terangi saya.
Begitulah sebanyak yang mampu saya cerita. Kalau ikut nafsu ni, taip lagi ni, tapi cukup takat itu. Saya pun tak berkesempatan lepak dengan Zul banyak kali lepas dapat balik ke HQ, Bangsar. Ada lah beberapa kali, 3 kali kot dalam beberapa minggu sebelum Majlis beliau ni. Diana, Zul ni baik orangnya, dan kalau dia hantu pun, dia waras. Jangan risau sangat tapi saling beringat tu penting.
Untuk Zul, selamat menjadi Raja kepada Kerajaan sendiri. Dan Diana, taatlah pada suami. Zul tu dah suami tau, bukan takat kawan cubit-cubit.
Selamat sudah. Seronok hendaknya. Belayar kapal sudah. 40 kali nama Zul ditaip di sini. Puas seru. Kalau tak datang sini lagi, tak tulis dekat comment tu lagi, saya tak tau lah.
Assalamualaikum,
YASIR TAMIZI