Pakatan Rakyat bermain dengan isu royalti minyak Kelantan.
Barisan Nasional bermain dengan isu Kerajaan Perpaduan.
Kalau UMNO-Barisan mahu menang, jangan sekali-kali mempersoalkan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz mentadbir Kelantan, kerana di Kelantan, kita tidak boleh lagi menolak, Nik Aziz itu ikon Kelantan, tidak kira PAS atau UMNO. Sudah 19 tahun PAS dan Nik Aziz di Kelantan. Jangan ancam mereka. Mereka totok Nik Aziz. Mereka totok PAS. Kalau dapat peningkatan undi pun sudah boleh dianggap membanggakan untuk UMNO-Barisan yang kurang popular dalam suasana politik sekarang.
Orang Kelantan, awak ada hak yang perlu awak tuntut dari Kerajaan Pusat. Hak royalti minyak yang dipunggah di perairan laut Kelantan awak tetapi didaratkan di Thailand, satu negara yang tembak sesuka hati orang-orang Islam yang sedang solat di Masjid.
Setelah melihat maklum balas masyarakat, pakar-pakar pendidikan, guru-guru dan pemimpin-pemimpin, menjelang Keputusan Menteri Pelajaran tentang Isu PPSMI bulan depan, kita menjangkakan PPSMI kemungkinannya cenderung ke arah dimansuhkan.
Kenyataan terbaru dari Menteri Besar Johor, Dato Abd Ghani Othman selaku Pengerusi Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional, PEMBINA menambah lagi baur-baur yang memungkinkan pemansuhan dasar ini.
"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.
"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia." - Malaysiakini
Khairy Jamaluddin melalui laman webnya, artikel bertajuk Halatuju PPSMI, menyatakan pendirian yang sama yakni, pencapaian dasar itu adalah nominal iaitu tidak memberi impak besar dalam penguasaan Bahasa Inggeris ataupun pencapaian Sains dan Matematik.
Kenyataan-kenyataan terdahulu GMP, Gerakan Mansuh PPSMI bersama-sama pakar pendidik dan bahasa dan jugak kepimpinan Pakatan Rakyat, sememangnya jelas menolak pelaksanaan dasar ini.
Kajian-kajian yang dikeluarkan oleh PEMBINA dan GMP bersama IPT tempatan, masing-masing membuktikan bahawa pelaksanaan dasar ini tidak membawak kebaikan malah merugikan anak-anak murid.
Saya melalui blog ini, tetap berpendirian bahawa PPSMI perlu dimansuhkan, hidupkan semula Bahasa Kebangsaan dan kita mula kembalikan satu bentuk jatidiri Malaysia yang tetap melalui sistem pendidikan yang bersandarkan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Merujuk kepada tajuk sebelum ini Gawatmya Sekarang bertarikh 19.6.2009 Jumaat, tentang laporan dalam akhbar Kosmo! yang menyatakan 200,000 pekerja GLC akan dipotong gaji, dan jika tidak berjaya akan diarahkan VSS @ MSS, saya sudah bertanya kepada pihak Sumber Manusia Kumpulan TNB dan seperti yang disampaikan, ini jawapan dari Naib Presiden Sumber Manusia.
"Laporan akhbar itu adalah satu pembohongan. TNB tidak terlibat dalam hal ini."
Ditambah oleh pegawai Sumber Manusia Kumpulan TNB, kemungkinan laporan berita itu menceritakan tentang 1, 2, GLC yang lain tapi bukan TNB.
Saya harap, jawapan ini dapat meredakan keresahan anggota kerja TNB yang ternanti-nanti jawapan dari Sumber Manusia Kumpulan. Warga kerja boleh merujuk Naib Presiden melalui blog beliau MR@HR menggunakan talian intranet.
Sebagai tambahan, TNB sekarang sedang membuka peluang untuk graduan baru atau lama, yang mencari peluang kerja, atau sudah punya pengalaman tetapi mahu menjadi ahli keluarga TNB. Setelah hampir setengah tahun, Program Eksekutif Pelatih (PEP) dibekukan, PEP dibuka kembali dengan kemasukan PEP 34, untuk memberi peluang kepada potensi baru untuk mendapatkan pekerjaan dan pada masa sama mendapat latihan teknikal secara formal dalam jangka masa setahun di TNB. Terbuka jugak untuk jawatan bukan kejuruteraan. Tak ada masalah. Tarikh tutup 8 Julai 2009. Boleh klik TNB untuk maklumat lanjut.
Satu lagi peluang kerja, 1 jawatan dibuka untuk semua, kepada yang punya ilmu pengetahuan dan kemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP atau PHP programming dengan cekap.
Dalam suasana gawat sekarang, keselamatan dan perlindungan pekerjaan penting. TNB tidak terkenal dengan gaji yang lebat atau besar. TNB cuma dikenali dengan ganjaran perubatan yang penuh, pelbagai dan berkebajikan sahaja. Insya-Allah, Dengan Izin Allah Taala "TNB's Medical Benefits - From Womb To Tomb."
Saya tertarik dengan status Azwan Ngali di YM tadi. The reason why his death land us some impacts because we at least attempted once to do his reverse moonwalk. Hehe.
Jadi saya pun mendapat inspirasi dari situ, untuk menulis sebarang mungkin, sedikit penghargaan kepada Mendiang Michael Jackson yang meninggal dunia mengejut semalam. Elok mati nya? Hari Jumaat kan? Terlepas dari seksaan kubur? Memang rezeki sungguh. Hehe itu kalau beliau ialah Mikaeel Jackson seperti digembar-gemburkan.
Sepanjang hayatnya, beliau seorang Raja Pop yang berjaya menghiburkan dan melalaikan kita dengan semua lagu-lagu hitnya. Saya terkejut mendengar berita kematiannya namun tidaklah sampai perlu rasa bersedih. Saya menggemari lagu-lagu beliau yang pasti akan menangkap dan mengganggu denyut nadi saya selari dengan beat lagunya yang best.
Masa saya di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, saya, Azmeer dan Haris, antara teman-teman yang meminati Michael Jackson. Saya tak nafikan, kami ada cuba mencuba moonwalk semacamana yang Azwan Ngali tulis tu. Tapi biasanya, sapu lantai sajalah, bersih kelas jadinya. Gagal. Hehe ada jugak kami meniru lagu You Are Not Alone dengan bunyi mengada-ngada Michael Jackson "ekrhh". Tau kan bunyi yang mana. Hehe.
Saya minat lagu-lagu beliau, lagu Ben, She's Out Of My Life, Gone Too Soon. Ini antaranya lagu ber-tempo perlahan yang memang asyik, syok dan lalai leka mendengarnya. Saya percaya, paling kurang 1 lagu beliau, kita minat.
Jika beliau seorang Muslim seperti yang didakwa boleh dapatnya kita sedekah Al-Fatihah. Namun untuk menerima beliau seolah-olah Hero Muslim se-dunia, jauh sekali. Tak perlu lah kita menagih Hero Muslim dari kalangan artisan barat, bukan kita menidakkan keislaman mereka tetapi hakikat bahawa Hero Muslim yang sebenar yang kita tunggu itu yang patut kita cari dan belajar akhlak dan cara ugamanya, Hero Muslim yang sebenar nanti bukan melalui jalan hiburan.
Selamat dan Salam. Gone Too Soon dari Babyface & Stevie Wonder. Klasik Soul R&B.
Tuan-tuan, boleh persoalkan cadangan ini. Silakan.
Bagi saya, jika pintu cadangan dibuka, inilah yang akan saya bawa.
Saya tahu, kaedah ini tidak popular, mungkin akan dikatakan drakonian, kolot dan konservatif. Tapi tolong buktikan saya salah.
Kalau orang tanya saya, siapa salah? Saya jawab, dia salah, yang merempit jahat. Orang lain tak rempit jahat, orang lain tak buat jenayah.
Kalau orang tanya lagi, macam mana nak buat? Saya tak jawab lain. Rotan. Rotan di khalayak ramai. Seorang demi seorang. Setiap hari Khamis.
Rotan sahaja? Tak. Selepas rotan, isikan balik kepala pemikiran dengan ajaran yang benar secara berasingan bukan berkelompok. Isi dengan Ugama, Akhlak dan Moral.
Kemudian barulah kalau nak had umur untuk lesen motor dinaikkan? Tutup liputan untuk mat rempit? Dan sebagainya.
Ini surat kepada Presiden ABIM tentang kenyataan yang dikeluarkan berkenaan Cadangan Kerajaan Perpaduan PAS.
Semua pihak yang menyokong atau menolak cadangan ini perlu segera berhenti mengulas cadangan ini.
Ulasan yang menyebelahi mana-mana pihak akan menyebabkan salah satu pihak berasa hati, kecewa, dan mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam masa ini, tidak perlu menyatakan sokongan pada mana-mana pihak. Tindakan yang sepatutnya tunggu keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat PAS bersama Mursyidul Am PAS.
Kenyataan terbaru, Presiden ABIM yang menyatakan "Kerajaan Perpaduan Tidak Mustahil" dilihat bukan sahaja tidak membantu memulihkan keadaan tetapi mengeruhkan lagi suasana ini. Awak nak apa? Seolah-olah mengampu Presiden PAS. Konon boleh dapat kepercayaan Haji Hadi? Dapat sokongan orang PAS? Awak cuba bermain politik? Mencuba nasib dalam politik? Persediaan untuk jawatan bila awak masuk PAS nanti? Awak gunalah ruang awak sebagai Presiden ABIM, satu NGO yang hebat satu masa dulu, untuk bangunkan Islam dari sudut masyarakat. Kalau betul awak sokong gerakan Islam, awak sepatutnya jangan keruhkan keadaan. Awak mungkin ahli PAS tapi jangan buat kenyataan atas kapasiti Presiden ABIM, gunakan suara anda selaku ahli PAS. Saya baca penjelasan saudara, tapi pendirian saudara itu tak sesuai masanya diluahkan. Dalam pada semua pemimpin PAS yang menyokong atau tidak, semuanya menyatakan untuk merujuk kepada keputusan Mesyuarat.
Jika kita betul-betul ikhlas, semua NGO berunsur Islam, semua pihak yang menyokong perjuangan Islam PAS, mesti tunggu keputusan Mesyuarat.
Betul PAS sudah kuat, tapi kita jangan lupa, jasa kawan-kawan dari parti lain yang membantu PAS dari dulu. Jangan kita lemahkan PAS pulak. Jangan keruhkan lagi. Tindakan yang tak berakal begini dari NGO-NGO dan pihak-pihak yang jahat memang akan menghancurkan lagi perpaduan pemimpin PAS dan ahlinya.
Saya sokong Taski ABIM, badan-badan kebajikan anjuran ABIM tapi saya sangat harap ABIM tidak mengeruhkan lagi keadaan yang mana akan diputarbelit oleh media.
Jika mahu melihat Tuan Guru Mursyidul Am meletakkan jawatan maka sila hebahkan lagi isu ini, nyatakanlah sokongan anda mengikut pahaman masing-masing.
Saya yakin niat saudara baik, cuma tidak sesuai masanya.
Inilah kata-kata awal Lee Kuan Yew Perdana Menteri Pertama Singapura.
Kata-kata yang saya yakin, rakyat Singapura masa itu pasti akan lebih bersemangat untuk menghidupkan negaranya pada saat mereka baru sahaja berpisah dari Malaysia.
"I am not here... to play somebody else's game..."
"I have... a few million people's live to account for"
"Singapore, WILL survive! "
Saya nyatakan di sini, saya tidak menyanjungi beliau sebagai PM Singapura atau pun Menteri Mentor Singapura. Saya menulis ini untuk menjadi penggerak semangat kita, yang mana kita tengok Singapura, pulau yang kecil, besar Langkawi barangkali, sudah ada bentuk jatidiri yang mereka tetapkan dari mula dan tidak berubah sejak itu. Atas alasan apa kita mahu berkata lagi? Mereka kecil mudah diurus? Langkawi kecil, tak sekemas Singapura pun? Ini patut kita contohi, semangat membina negara. Negara kecil yang menggerunkan sekelilingnya.
Dasar awal beliau, Lee Kuan Yew selaku Bapa Singapura, beliau membawak 2 perkara:
1. Memperkenalkan Dasar Ekonomi Pro-Jepun: Pandang ke Timur
2. Memperkenalkan Nilai Asia berdasarkan Akhlak Confucius
Saya menyokong usaha Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam menjadikan matapelajaran Bahasa Inggeris satu matapelajaran wajib lulus untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia.
Sokongan ini berasaskan bahawa, kita tidak boleh menolak kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu antarabangsa dan kepentingan Bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran di peringkat lebih tinggi.
Tambahan pulak suasana dunia kerjaya sekarang yang berkehendakkan pekerja yang boleh berhubung dalam Bahasa Inggeris, usaha Menteri Pendidikan ini dirasakan dapat membantu rakyat supaya tidak ketinggalan dalam mendapatkan pekerjaan.
Usaha ini sekaligus, dapat memupuk pelajar lebih berusaha untuk LULUS dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan ini akan banyak membantu pelajar untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam atau swasta.
Namun, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah persiapkan pelajar kita dengan semangat jati diri negara yang kuat dan asas pengetahuan yang kukuh. Oleh itu, dalam pada masa kita mahu meningkatkan mutu pemahaman Bahasa Inggeris pelajar kita, kita mestilah tidak sekali-kali melupakan kepentingan Bahasa Ibunda dalam proses pembelajaran peringkat awal.
Penguasaan ilmu pada peringkat awal adalah sangat kritikal dan ia mestilah disampaikan dalam medium Bahasa Ibunda supaya ilmu itu dapat dikuasai.
Tidak payah untuk LULUS. Sebagai saranan awal untuk LULUS matapelajaran Bahasa Inggeris, kita mestilah rajin merujuk kamus. Jangan lah mudah putus asa. Kita akui kadang-kadang berasa putus asa untuk merujuk kamus setelah 1 2 ayat yang kita baca tidak kita pahami. Rujuk lah kamus serajin mungkin kerana pastinya ada ilmu baru yang kita dapat. Ini langkah pertama.
Tahniah diucapkan kepada Presiden Iran yang baru dilantik semula oleh rakyatnya dalam Pilihanraya Presiden baru-baru ini, Mahmoud Ahmadinejad.
"DALAM satu sidang media antarabangsa, seorang wartawan Jepun melontarkan soalan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.
Dalam nada yang perlahan dan bersahaja, presiden berusia 52 tahun itu menjawab: "Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran." - KOSMO
Beliau seorang yang sederhana. Sangat sederhana. Tidak bermewah-mewah. Lain kalau kita banding dengan pemimpin kita.
Beliau meneladani akhlak mentor beliau iaitu, Ayatollah Rohullah Khomeini.
"Semasa Ayatollah Khomeini bergelar pemimpin nombor satu Iran, pernah berlaku bekalan elektrik terputus di kediamannya. Pembantunya kemudian segera membawa minyak ke rumah Ayatollah Khomeini untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan sistem pemanas berfungsi.
Namun, Ayatollah Khomeini menolak. "Kalau rakyat menggigil kesejukan, mengapa pula aku harus bersenang-senang memasang pemanas," ungkapnya
"Presiden mengarahkan karpet-karpet mewah dan antik Persian digulung dan dihantar ke muzium untuk dijadikan bahan pameran. Beliau meminta karpet murah sebagai ganti di kediaman istana," cerita salah seorang pembantunya."
Khutbah Jumaat hari ini, di negeri ini, di qariah sini, menceritakan tentang zakat & kewajipan berzakat.
Walaupun sudah lebih setahun Pakatan Rakyat di Selangor, khutbah masih dibacakan. Khatib membaca khutbah bukan berkhutbah.
Satu masa dulu, tahun 1998/99, khatib yang boleh berkhutbah sangat diminati. Khatib yang tidak mengikut sahaja teks khutbah sangat dihargai. Sampai hari ini pun, kalau khutbah itu dibuat seperti ceramah dengan semangat berkobar-kobar saya pasti, khutbah begini lah yang dinantikan oleh rakyat jelata macam saya.
Saya suka mengantuk. Itu saya mengaku. He He kelemahan lah itu. Saya bukan nak salahkan khutbah yang tidak bersemangat atau nasi briyani yang saya makan tadi atau cendol yang saya teguk. Saya cuma rasakan kalau lah dapat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, menyediakan panduan teks khutbah sahaja, bukan teks penuh, supaya khatib dapat berkhutbah dengan lebih berkesan dan baik jugak bersemangat mengikut rukun dan syarat sah khutbah.
Rukun-rukun khutbah Jumaat:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah". 2.Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad." 3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah." 4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama. 5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
Syarat sah Khutbah Jumaat:
1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan. 2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat. 3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat. 4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu. 5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat. 6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu. 7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat. 8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar. 9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah. 10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Mungkin kalau dapat Khatib lebih bersemangat, maka kuranglah saya mengantuk.
Dan kalau ingat dulu, Menteri Besar Kelantan pernah kata, patut yang baca khutbah tu, pegawai kerajaan yang beruniform, macam polis. Kalau boleh pegang senapang lagi bagus. Begitu la lebih kurang katanya. Memang pernah pun Timbalan Ketua Polis Kelantan buat. Tengok sini.
3 minggu lepas, saya di Masjid Negara. Sebelum ke Masjid, makan mee hun sup dulu, pening kepala, terangkat lah beb. Sambil melihat cik adik lalu lalang. Ha Ha. Ok itu cerita lain. Jadi masa saya, Buzar, Syed dan Zul ke sana, Yang Di-Pertuan Agong pun ada sekali. Baginda duduk di depan. Hamba rakyat sahaya di belakang sahaja. Maka yang membaca khutbah itu Imam Masjid Negara. Saya cuma berangan sendirian, kot-kot Agong yang berkhutbah di atas Mimbar itu. Pasti terkesan jugak di pikiran saya. Dan semua.
Saya cuma mencadangkan untuk penambahbaikan mutu khutbah Jumaat setiap minggu sahaja. Sekarang ni dah cukup baik tapi kita mahu lebih baik. Ha Ha ayat pujukan biasa.
Kadang hairan kita boleh dengar ceramah politik dekat sejam dekat dewan ke padang ke youtube ke tak pun lepak sembang sejam ke tapi bila khutbah Jumaat, kurang kick nya. Itu syaitan gayut dekat mata. Salahkan syaitan pulak? Tak nak mengaku? Ha Ha baiklah saya mengaku.
Mungkin JAIS boleh kaji cara orang berceramah untuk menambahbaik cara berkhutbah mingguan kita. Atau berkhutbah sahaja seperti berceramah.
Kerajaan Negeri, saya mahu Khatib berkhutbah. Saya masih mahu Khatib berkhutbah. Tukar lah dari membaca khutbah ke berkhutbah. Transformasilah. Orang lain mungkin tak mengantuk tapi saya mengantuk.
Ini cerita benar dari seorang Cikgu. Kita ada dapat email pasal karangan budak-budak sekolah yang mengarut kan. Tapi yang ini dialami sendiri Cikgu Wani. Mari saya letakkan sedikit.
Ini sebahagian, kisah ketiga sila klik terus Kisah 3 untuk ke blog beliau. Merepek tapi itu lah yang sebenar.
Jadi kakak pun tadi ada cerita pasal anak-anak murid yang bermacam ragamnya. Akak mengajar Bahasa Melayu.
Akak bercerita tadi:
1. Soalan Bahasa Melayu isi tempat kosong;
Saya membeli 2 ____________ pisang untuk digoreng pada waktu petang.
a. sikat
b. tandan
c. ...
d. ...
Seorang anak murid akak seorang India menjawab tandan.
Saya membeli 2 tandan pisang untuk digoreng pada waktu petang nanti.
Amacam? Apa rasa? Banyak pisang nak makan petang ni?
"Jawapan kamu ni! Siapa yang makan 2 tandan pisang ni?! Kamu?! Beghok je makan 2 tandan pisang ni."
"Sory la ciku, sori la ciku, saya konfius la, hihi"
Ha Ha Ha Ha kan dah kena gelak dengan kawan-kawan.
2. Kawan akak di Kelantan, cikgu jugak, masa Pendidikan Jasmani:
Cikgu suruh anak muridnya berlari masa itu.
"Ok, semua, sekarang lari... "
----------hening------- bunyi cengkerik
"Eh, semua, sekarang berlari!!!"
----------dunia yang pegun-----anak murid masih seperti tidak tahu
Cikgu pun tanya kawan-kawan, oh rupanya anak-anak itu tak tahu perkataan berlari, anak Melayu tu kot. Perkataan berlarinya "honggah". He He macam orang Zulu Trinidad sahaja bunyinya. Sumpit kan sekali. Cuppppt. Ha Ha Ha honggah honggah, ingat beruang ke? Ha Ha Ha.
Memang cikgu ni barisan hadapan negara. Bukan berhadap dengan askar lawan, bukan menentang pancuran air FRU, tapi memperbetulkan kepala anak-anak murid kita. Sangat mencabar. Besar sangat tanggungjawab nya. Di balik payah dan cabaran tu, ini lah jugak seronoknya.
Selamat Hari Guru kepada Cikgu-cikgu saya, Mak dan Akak saya, keluarga besar saya, teman-teman yang cikgu, Cikgu Wani & Cikgu Fati kan. Sangat lambat kot.
Ha Ha Ha Honggah.
Ingat ya sekarang bukan "dipatuk ular" tapi "dipagut ular".
Berbeza pendapat. Awak suka warna pink. Saya suka warna hitam. Awak cenderung mendekati. Saya cenderung menghindar.
Sejak beberapa hari lepas, Tuan Guru Nik Aziz meluahkan isi hatinya kepada media. Media tempatan. Beliau ditanya oleh media sehingga mengeluarkan kenyataan seperti letak jawatan sebagai PAS, bertanding sebagai UMNO dan sebagainya.
Kita harus paham bahawa Tuan Guru Nik Aziz seorang tok yang tua. Tua sungguh. Sebaya Dr. Mahathir. Kita pun biasa dengar orang tua ni sensitif. Lebih peka. Peka dengan perasaan. Mudah terasa.
Saya yakin, kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu, datang setelah media melakukan provokasi halus dengan soalan-soalan yang menyucuk perasaan beliau.
Apa masalahnya dalam PAS ni? Kalut media. Sampai Dato Najib dan UMNO pun sama-sama mengambil berat?
Media kata PAS ada 2 golongan. Tolak tepi Erdogan ke Muzakarah ke. Paham ini dulu. 1 yang terbuka untuk berbincang dengan UMNO. 1 lagi yang tutup ruang untuk berbincang dengan UMNO.
Presiden PAS berkata tentang kerajaan perpaduan, dan terbuka untuk berbincang dengan UMNO.
Mursyidul Am pernah berkata orang lain tak paham macam mana Kerajaan Kelantan rasa ditindas UMNO.
Bagi saya, saya yang tak tahu apa-apa, saya yang baca suratkhabar sikit-sikit ni, bagi saya, tak ada masalah pun dengan dua-dua pandangan ni. Kira macam ni lah. Dalam siasatan polis kita biasa dengar pasal Good Cop Bad Cop. Saya tahu hal ni dulu, abang saya ada cerita, dalam cerita Pink Panther pun ada, lagi jelas, dan adik kawan saya, pernah kena tahan Polis jadi konsep ini dia cerita. Meh tengok contoh dalam Pink Panther, kelakar pun ya jugak.
Bad Cop akan datang dulu, menyoalsiasat, dengan cara kasar. Menjerit, menengking, menghantam meja, kadang-kadang sampai menampar orang yang disyaki.
Good Cop akan datang kemudian, selepas orang yang disyaki dihantam, mentalnya sudah sakit, sekarang orang baik datang, pujuk, pujuk, cakap dengan baik, simpati, mengambil hati.
Kedua-duanya bertujuan untuk melemahkan pemikiran orang itu dan akhirnya mengaku.
Sekarang kita lihat senario politik, Dato Seri Anwar dan PKR boleh kita kelaskan sebagai Bad Cop, menghantam UMNO, kasi hadi sama itu UMNO, mendedahkan keburukan UMNO, sehingga UMNO sangat marah kepada Dato Seri Anwar dan sebahagiannya sedar dan kecewa dengan UMNO.
Kemudian, datang Dato Seri Hj Hadi Awang, berkata, PAS sedia bekerjasama dengan UMNO, jika! Jika!!! Ada jika. Dengan syarat UMNO menjamin pilihanraya yang bebas, menghentikan tindakan zalim dan sebagainya. Ini kita kelaskan sebagai Good Cop.
Kalau kita paham konsep Good Cop Bad Cop, kita tak kata pun Bad Cop tu jahat, kita tak kata pun Good Cop tu talam dua muka. Pasal kedua-duanya COP, Polis, keduanya menjalankan tugas yang sama dengan pendekatan berbeza. Itu sahaja.
Jadi tak ada masalah pun, Nik Aziz berpandangan begitu, dan Hadi Awang dengan pandangannya. Cuma masalah sekarang, media, media tempatan, yang memang kita tahu, kerajaan UMNO-BN punya. Kita tahu. TV, suratkhabar semua dia punya. Internet pun sama, asal media, tugasnya memecah belahkan supaya ramai orang baca, dan rating naik, tak kira lah utusan.com ke bharian ke thstaronline ke malaysiakini ke sama sahaja.
Jadi kita tak perlu makan dengan hasutan media yang memang tugasnya memecahbelahkan, kita orang yang bukan terlibat dalam politik, kita orang yang melihat politik dari mata helang, patut lebih waras pertimbangannya.
Lagi pun, saya masih ingat, Nik Aziz pernah berkata, kalau UMNO laksanakan Islam sepenuhnya, bubar PAS, semua masuk UMNO. Sebab dah tak ada gunanya PAS disitu. Jadi saya rasakan orang UMNO boleh gunakan ini sebagai taktik untuk melenyapkan PAS. UMNO laksanakan Islam sepenuhnya. Tanggungjawab melaksanakan Islam ni pun tanggungjawab setiap orang Islam, setiap Muslim. UMNO pun Islam kan. Jadi UMNO laksanakan Islam sepenuhnya, PAS akan lenyap, itu janji Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Selesai kan?
Saya pun suka kalau PAS dilenyapkan kalau itu caranya.
Ini langkah yang biasa kita cuba dulu bila bateri kereta kita sudah kong. Apa makna kong? Enjin dah tak boleh dihidupkan, bila pulas kunci, enjin semput, kena asma, lelah, nyeh nyeh nyeh.
Semalam kenderaan sungai saya, Kelisa semput, kasihan. Dah saya belai, dah saya pujuk, tak mau jugak dia sihat. Jadi kalau orang asma, kita boleh bagi inhaler untuk membesarkan ruang napasnya, jadi untuk bateri kereta, kita jump-start, kita lompat-hidup kan, untuk caskan baterinya. Mujur Ayah, Mak, Pakcik Shahran, Abang Nizam, Abang dan kawannya Ata yang membantu.
Apa langkah mudahnya?
1. Kita perlukan 2 buah kereta yang berlainan cc/sama cc. (cth: 1000cc, 1.0, 1.5, 2.0 i-Vtec). CC enjin kereta yang digunakan untuk mengecas bateri kong itu mestilah lebih tinggi dari CC enjin kereta yang baterinya sudah kong. (cth: tak kan lah Kancil jump-start Perdana kan? Jumper Cable boleh terbakar dan cair akibat jumlah arus yang tinggi jika Kancil yang cuba lompat-hidupkan Perdana)
2. Baik, sekarang letakkan 2 buah kereta ini bersebelahan atau berdepan antara satu sama lain. Bagi ruang untuk mereka berpandangan tepat atau saling menjeling sahaja di tepi.
3. Baca Bismillah. Doa & Selawat. Lakukan langkah selepas ini dengan hati-hati tanpa menyentuh bahagian pengalir/conductor di kabel ataupun bateri.
3. Hidupkan enjin kereta yang ok/sihat.
4. Jumper Cable berwarna merah disambungkan dari terminal positif bateri yang kong ke terminal positif bateri yang ok/sihat. Dari terminal yang ada penutup getah dari bateri kong ke terminal yang ada penutup getah di bateri yang ok/sihat.
5. Jumper Cable berwarna hitam disambungkan dari terminal negatif bateri yang kong ke terminal negatif bateri yang ok/sihat.
6. Baca Bismillah sekali lagi. Hidupkan enjin kereta yang baterinya kong tadi. Insya-Allah hidup.
7. Biarkan beberapa ketika untuk bateri yang kong tadi mengecas dirinya.
8. Sekarang tanggalkan Kabel secara terbalik dari langkah ke-5 kembali ke langkah ke-4.
9. Baca doa membawa kenderaan (Subhanallazi sakhkharalanahaza...) dan boleh memacu dengan ceria.
Langkah-langkah atau prosidur nya jelas, tapi saya tak pasti teorinya. Jadi semalam, saya hubungi kawan saya, saudara Hanif Ibrahim, teman lama saya di Manjung sekarang di TNB REMACO, ganggu sikit urusan peribadinya di Muar, beliau antara pelajar Jurusan Elektrik yang cemerlang di UTM, jadi banyaknya saya merujuk kepada beliau dalam hal berkaitan teori elektrikal dari semudah-mudah hingga sehandal-handal teori kira-kira. Jadi beliau terangkan, secara teorinya, kenapa kita namakan Jump-Start. Kita lompat. Apa yang kita lompat? Kita lompat bateri yang kong. Kita tak gunakan bateri kong untuk hidupkan enjin dah. Kita gunakan bateri yang sihat dari kereta lain untuk tolong hidupkan enjin kita menggunakan point yang sama dari bateri yang kong. Jadi power supply dari bateri yang ok tadi boleh tanggung load/beban tenaga yang diperlukan untuk hidupkan enjin kereta yang baterinya kong tu. Kita by-pass bateri yang kong tadi. Lompat. Lepas kita lompat, kita hidupkan enjin. Itu datang namanya Lompat-Hidup. Jump-Start. Mungkin gambarajah di bawah boleh menerangkan.
Terima kasih kepada semua ya; dari sebelum kejadian hingga selesai kejadian.
Saya rasa istilah Bahasa yang tepat untuk Jump-Start ialah Pintas-Hidupkan.
Kemudian saya tengok sikit coding ini, dan saya buang semangat integriti dan jujur. Jadi saya berhelah dan saya dapat keputusan yang ini. Amacam? Mahu lawan? Sudah karut?
Allahyarham Shukery Hashim ialah seorang pelakon yang biasanya akan menangkap perhatian saya apabila menonton drama Melayu.
Lakonan beliau merangkumi genre serius dan humor. Tegas dan lucu. Walid dan ke-Abah-an. Bentuk dan rangka muka beliau mengingatkan saya pada seorang tokoh pemimpin tahun 1998.
Sehinggakan saya beranggapan, kalau-kalau satu masa nanti, ada pembikin filem mahu memfilemkan jalan cerita kisah hidup tokoh pemimpin tersebut, secara peribadi saya rasakan Shukery Hashim ialah calon yang sesuai untuk watak tokoh tersebut. Dengan bentuk kening, hidungnya dan janggutnya, dalam banyak pelakon lelaki negara, rupa beliau yang paling mirip.
Tokoh pemimpin yang saya maksudkan ialah Dato Seri Anwar Ibrahim. Dan saya rasakan Allahyarham Shukery Hashim paling mirip untuk melakonkan watak tokoh itu. Saya rasa.
Pemergian beliau, merupakan satu kehilangan besar secara tak langsung kepada Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat, dalam merakamkan detik perjuangan Ketua Umum Parti.
Hanya Surah Al-Fatihah mampu kita kirimkan buat beliau yang sudah pergi tiada lagi di sini. Semoga roh beliau, jasa bakti beliau, amal ibadat beliau diredhai Allah S.W.T.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham dari Salam Reformasi.
Assalamu'alaikum Ya Ahlil Darul Mukminin. Al-Fatihah.
Siapakah Bank Negara Malaysia? Tadi saya tanya Syed Cameron, Bank Negara bawah siapa ? Dia jawab, bawah Kerajaan, MOF, Kementerian Kewangan.
Balik, saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?
Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya. Ada ke Bank Negara ni satu tenaga pakar dari badan dunia yang diwujudkan untuk menasihat Kerajaan? Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock. Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.
Kenapa tiba-tiba saya tertanya? Pasalnya tadi saya ada baca artikel tentang 1 kaitan antara Bank Negara Malaysia dengan satu gerakan rahsia antarabangsa yang sudah tak berapa rahsia. Saya susah nak percaya cuma saya anggapkan untuk pengetahuan picisan sahaja. Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK.
Dan dalam artikel itu jugak menyentuh lambang logo Bank Negara Malaysia. Cuba tengok balik. Itu lambang kijang kan? Dah bertahun-tahun kita yakin itu lambang kijang. Tapi hujah mudahnya, cuba bandingkan ekor kijang Bank Negara ni dengan ekor kijang pada Jata Negeri Kelantan. Jata negeri Kelantan pun kijang jugak.
Artikel itu sebut, kijang di logo Bank Negara Malaysia itu bukan kijang. Ekornya 'kijang' di logo Bank Negara itu panjang banding kijang sebenar. Kijang sebenar ekornya kontot. 'Kijang' dalam logo Bank Negara itu ialah seekor anjing sebenarnya mengikut artikel itu. Anjing Mesir katanya, saya kurang pasti, nanti saya rujuk artikel itu. Saya akan kemaskini post ini. Saya risau ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. Jadi saya harap kesalahan maklumat saya ini ditegur dan diperbetulkan.
Anjing Mesir yang saya pernah nyatakan sebelum ini namanya, Pharaoh Hound. Seekor anjing yang biasanya ada di sisi patung Mesir Purba. Sekarang soalan seterusnya, apa kaitan Bank Negara dengan simbol-simbol purba Mesir? Adakah gabenor Bank Negara yang pertama seorang pakar ekonomi dari Mesir? Rasanya Mesir tak pernah jajah kita? Kenapa tidak Bank Negara Malaysia gunakan sahaja lambang kupang atau sen. Artikel itu mengaitkan jugak penggunaan simbol-simbol Mesir purba dalam duit kertas US yang banyak diperkatakan seperti Piramid. Ini soal simbol sahaja bukan apa pun kan, tapi dari simbol ini kita boleh nampak satu corak yang mana seolah-olah ada persetujuan bersama untuk menggunakan simbol-simbol ini di seluruh dunia. Piramid di duit kertas US, Anjing Mesir di logo Bank Negara. Artikel itu jugak menyebut, pergerakan rahsia antarabangsa tersebut menunjukkan kehadiran mereka dengan menggunakan simbol-simbol ini. Pergerakan rahsia antarabangsa ini sudah popular dan nampak kool, namanya Freemason. Mereka berjaya menampakkan diri mereka dengan menarik sekali. Seolah-olah mereka Perancang Dunia ini.
Ini logo Freemason. Sesiku L dan Jangka tolok. Saya pernah lihat logo ini di sini. Bukan di gereja, bukan di sekolah, bukan di bangunan. Tapi di dalam bilik Bos saya. Logo ini diletakkan sebegitu rupa di atas almari, di belakang tempat duduknya. Jika kita melihat dia, pasti kita melihat logo ini. Pastinya kita mahu bertanya, logo apa itu dan saya rasakan mungkin kalau saya bertanya, saya akan mendapat cerita yang menarik tentang Freemason. Saya dapat anggapkan yang Bos saya seorang anggota Freemason. Ini bukan Bos saya di TNB, tapi di Sensata Technologies, dahulu anak syarikat Texas Instrument, syarikat US yang berpengkalan di Attleboro, Massachusetts, US. Bos saya di Sensata ini, cukup baik orangnya, orang Belanda, cakap pun berhemah, tak ada cakap kasar atau lantang, menasihatkan orang dengan baik, membantu pekerja-pekerja bawah macam saya jika ada kemusykilan, senang kira, elok peribadinya.
Saya tidak tahu lebih lagi tentang ini. Saya menyampaikan kemusykilan saya. Jika ada lagi maklumat tambahan dari saudara-saudara, sila maklumkan. Saya tidak rasa hal ini benar, dan bagi saya ini satu fitnah terhadap Bank Negara Malaysia. Artikel ini sedang merebak di jaringan internet. Saya harapkan Bank Negara dapat menafikan dakwaan pihak-pihak terbabit kerana yang lebih meragukan, artikel itu menyebut, saham Kerajaan pada Bank Negara hanya 10% dan selebihnya 90% adalah dirahsiakan. Adakah ketetapan dari Bank Negara ditentukan oleh majoriti 90% pemegang sahamnya yang dirahsialkan?
Saya bimbang nanti akan berlaku ketidakpercayaan orang kepada Bank Negara jika fitnah ini diterima tanpa tapisan.
Saya tidak tahu siapa orang ini, saya tak kenal pun siapa orang ini. Saya langsung tidak pernah berjumpa orang ini. Orang ini bukan dari zaman lewat ini. Saya pun terjumpa ini video. Yang saya tahu namanya Imam ini, Ayatollah Khomeini, Pemimpin Agung Republik Islam Iran.
Saya tengok video ini, saya tengok sampai habis, saya tak tahu pun dia sesat, saya tak tahu dia sembah batu, yang saya nampak, saya nampak dia sembahyang, dia solat, dia sembah Allah, dia mengucap 2 kalimah syahadah, Allah & Nabi Muhammad Rasullullah. Dia seorang Islam bermazhab Shiah Imam 12.
Saya tak tahu macam mana kita boleh kata ini orang sesat? Dia sembahyang sama macam kita, mana datang kata dia sesat? Macam mana boleh kata Shiah sesat? Yang pastinya saya seorang Sunni pun berasa segan dengan diri sendiri bila tengok tawaduk nya orang ini solat.
Saya tak tahu ceritanya mahu menegakkan demokrasi, negara perpaduan 1 Malaysia, saya tak dengar ceritanya bekerjasama dengan Amerika dan Israel, yang saya dengar Imam Khomeini memperjuangkan agamanya, menegakkan sistem Syura, menentang habis-habisan sekular Amerika dan Israel dan menegakkan 1 negara Islam yang pertama di dunia moden sekarang yang berpegang pada Al-Quran & Sunnah.
Tak berani saya nak kata beliau dan agamanya ini salah.
Kepada yang berminat mengetahui makna perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang baru dan jarang digunakan, tuan-tuan, puan-puan, cik muda, boleh berpaut pada laman ini.
Laman ini seumpamanya kita ada Kamus Dewan Bahasa & Pustaka yang tebal itu, secara online. Laman ini untuk semua orang.
Lebih mudah daripada versi naskah yang mana kita perlu selak satu persatu muka suratnya. Walaubagaimanapun versi naskah lebih klasik berbanding online. Ini hanya kepelbagaian mengikut minat masing-masing.
Saya mengunjurkan kita merujuk laman ini, dalam usaha kita mempelbagaikan perbendaharaan kata kita. Tambah pulak sebagai rakyat Malaysia yang biasa, bahasa apakah lagi yang boleh kita tuturkan sesama kita yang boleh dipahami semua peringkat latar belakang pendidikan?
Cerita tentang perbendaharaan kata, masa saya kerja di Sensata dulu, saya kenal seorang kawan Cina, yang namanya Liew. Orangnya baik sungguh, kita hidup saling tolong menolong masa itu, beliau punya pengalaman dalam industri semikonduktor selama 4 tahun, pastinya beliau jauh lagi berilmu dan patut dijadikan tempat rujukan ilmu semikonduktor. Beliau Jurutera Proses, Process Engineer. 1 hari, dia dapat mengesan saya sedang bermain wayang dengan dia, jadi dia tegur, "Hey kamu, u jangan macam ni ya? Bermain-main dengan saya?" "Semalam saya ada tengok drama tv dia cakap ni, perkataan ni 'SANDIWARA'. U jangan main sandiwara." "I suka la perkataan sandiwara tu, sedap kan, SANDIRAWA". Saya kagum sungguh dengan sikap dia yang minat menambah perbendaharaan kata yang baru. Alhamdulillah sekarang, Liew selesa di Carsem/Unisem Ipoh. Ini lah kawan saya pakat mohon cuti, pergi temuduga, dan sempat berkhidmat di Sensata. Bila lah kiranya peluang kawan saya mahu kagum kalau-kalau saya ada perkataan baru selain Ni Hao Ma (Kabar baik?) dan Tani (Air).
1 Malaysia. 1 Bahasa. Bahasa Melayu adalah hak milik semua orang.
Rabu dan Khamis minggu lepas, saya singgah di meja Names dan Toh TMS (Turbine Maintenance Section) di TNB Janamanjung. Mereka sedang bincang pasal logo terbaru kumpulan 5S untuk bahagian TMS, Turbine. Saya datang masa itu, Names kritik logo yang direka oleh Toh, Names kata "Toh, ini apa ni, tulisan 5S besar ni, ada bintang pulak, warna kusam." Saya pun tengok sekali, serius buruk dan kelakar, saya siap nak gelakkan, tapi dalam buruk tu saya nampak ada 1 benda dalam logo tu yang boleh dicantikkan. Saya tawarkan diri, "Mes, meh aku cuba buat sat, hari tu aku ada buat logo 5S untuk Zul untuk bahagian R&E."
Saya ambik logo yang Toh reka tu sikit, saya tambahkan warna-warna yang mengikut tahap tekanan dan suhu di dalam Turbine, dan disertakan nama pasukan. Saya kata nak namakan apa kumpulan 5S untuk TMS ni? "Kau suka nama roh-roh kan?" Ya, Names sangat gemar kalau ada perkataan roh jahat, beliau punya kemahiran untuk mengarut dalam hal roh-roh jahat, roh hitam dan roh baik. Jadi sempena itu, sebagai prototaip, nama pasukan 5S TMS Names berikan nama ini, berserta motto pasukan sementara yang sesuai dengan konsep 5S. 5S ialah satu sistem kekemasan secara mudah katanya. Dipersembahkan logo untuk pasukan 5S TMS TNB Janamanjung.
Saya harap Names, Toh dan seluruh warga TMS gemar reka bentuk baru ini. 1 lagi logo yang saya buat untuk R&E (Reliability & Engineering) ialah ini. Zul sudah ada nama pasukan 5S nya, iaitu Ixora, sempena nama Proton Exora barangkali. Jadi saya buatkan 1 logo yang melambangkan bunga exora, dengan nama pasukan dan motto pasukan yang diterbitkan sendiri oleh Zul R&E. Berikut ialah hasilnya.
Apa yang tiada batasan saya pun tak tahu. Namun, bos Zul iaitu Zul Mehat tidak minat dengan reka bentuk ini, dia mahu logo yang ada unsur kejuruteraan. Saya bayangkan, mungkin dia mahu logo seperti logo di t-shirt sekolah dulu-dulu kot. Saya tahu kehendak client saya. Kalau dikatakan untuk logo pasukan 5S yang mana kerjanya bukan menjurus ke arah kejuruteraan sangat kan, apalah kiranya logo itu dibentuk ke arah unsur sejagat. Namun bos tetap bos, tiada dapat kita halang hasrat bos, yang pasti bila sudah tiada pilihan, logo itu pasti akan diterima jugak, tapi mungkin yang baru ada spanar barangkali. Ha Ha Ha.
Logo ini karya dari MSpaint. Handal kan MSpaint? Jangan perkecilkan. Klik Run dan taipkan MSpaint.
Tuan-tuan, sheikh, teman-teman, pendekar-pendekar, panglima silat, tok-tok dukun dan tok-tok guru sekalian,
Muktamar PAS ke 55 sedang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. Pelbagai isu sedang berbangkit dan dikupas dengan luahan positif dari akar umbi Parti.
Sejak awal minggu ini, saya kerap kelihatan, kain rentang tentang Muktamar PAS yang digantung di sekitar Gombak dan Sentul. Memang ini pun laluan saya ke tempat kerja. Ada kain rentang, Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di Taman Melewar, 3 & 4 Jun lepas dan Muktamar PAS Pusat di Shah Alam, dari 5 hingga 7 Jun 2009.
Saya bukan menulis untuk membuat liputan khas untuk Muktamar PAS tapi sekadar mengenang kembali nostalgia PAS yang mula saya kenali. Untuk liputan penuh, tuan-tuan boleh jenguk sendiri laman web Muktamar di http://muktamar55.pas.org.my/.
Hampir 14 tahun lepas, masa itu sekitar darjah 5, semasa pilihanraya 1995. Saya di kelas 5A8 Gombak Setia. Saya masa tu tak tau apa-apa pun, pilihanraya tu apa tak sedar pun ada pilihanraya, umno tu apa, pas tu apa semua ni nada, kosong. Tapi yang saya ingat masa itu, darjah 5, dalam kelas, saya, saudara Saufi Sujono dan Adam Sazali borak dan bercerita sikit pasal ini dan saya masih ingat waktu itu perbualannya lebih kurang.
"Kita nak sokong siapa?"
"Kita sokong PAS lah"
"Kenapa sokong PAS?"
"PAS tu ISLAM"
"PAS yang mana?"
"Ala, PAS yang bendera dia warna hijau tu la, yang dekat Masjid tu ada"
"Masjid, Islam kan"
Kenang balik, mudah nya masa itu. Tuan-tuan boleh jangka kenapa soalan ini bermain di kalangan kanak-kanak di Gombak. Umum tahu, Gombak ini lubuk PAS dan diwartakan hitam oleh pemimpin UMNO semasa pilihanraya lepas, 2008. Gombak? Markas PAS Taman Melewar? Sinonim. Tapi saya bukan ahli PAS, yang itu kena jelas. He He.
Tahun 1998, selepas 3 tahun pilihanraya 1995, lepas 3 tahun cerita tadi, kita dikejutkan pulak dengan berita pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan 3 perenggan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri di Buletin Utama TV3.
Semasa itu nama PAS melonjak naik dengan mendadak. Dato Seri pusing satu Malaysia menjelaskan keadaan. Masa itu bermula asas kerjasama antara PAS dan DAP bersama Dato Seri. Dan saya masih ingat lagi, pemimpin utama PAS ketika itu, Dato Fadzil Noor, Presiden PAS memainkan peranan cukup besar dalam memimpin pembangkang semasa ketiadaan Dato Seri Anwar yang telah dimasukkan ke ISA dan penjara. Allahyarham Al-Fadhil Ust Fadzil Noor cukup lantang menyambung agenda perjuangan menegakkan keadilan menentang kezaliman. Allahyarham Ust Fadzil Noor banyak membawak isu besar, isu penyelewengan dalam Kerajaan, rashuah dan jenayah.
Ust Fadzil Noor menjadi pemimpin yang paling berwibawa sehingga ada 2 Majlis yang dihadiri beliau bersama Dato Seri Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir. 1 Majlis berbuka puasa di Kedah dan 1 lagi di Forum Keamanan Palestin. PAS sudah menjadi sangat kuat, dengan pendekatan Ust. Fadzil yang sesuai sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Tahun 2002, beliau meninggal dunia di HUKM dan dikebumikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Al-Fatihah.
Tahun-tahun selepas itu, 2002-2004, memperlihatkan PAS sepi. Dan PAS banyak tumpas dalam Parlimen dan DUN dalam Pilihanraya Umum 2004. Kerajaan Negeri PAS di bawah DS Hadi Awang dijatuhkan dengan kemenangan besar BN dengan ketua barunya, Paklah ketika itu. Dan panji perjuangan Ketua Pembangkang disambung oleh Tuan Lim Kit Siang dari DAP.
Sekarang PAS kembali kuat. Dengan kepimpinan baru dan lama, disokong pemahaman Islam yang tepat dari pemimpin dan ahli. Kemunculan pemimpin popular seperti Dato Seri Nizar secara tak langsung membuktikan kewibawaan PAS yang baru. PAS satu parti yang sangat tua dalam politik negara. Punya pengalaman luas mempromosikan Islam dalam banyak generasi masyarakat.
Saya mengharapkan PAS selepas ini dapat membantu meringankan beban Ketua Pakatan Rakyat, dengan turut serta, mendedahkan dan menjelaskan isu-isu negara bersama pemimpin Pakatan Rakyat, DAP dan Keadilan. Maksud saya, PAS bukan sahaja menjadi jurucakap pengupas isu sahaja tetapi PAS mengambil langkah proaktif dengan mendedahkan isu-isu baru. Maknanya bukan hanya Dato Seri Anwar Ibrahim sahaja yang menjadi pemula untuk mendedahkan isu, tetapi Dato Seri Hadi Awang jugak boleh menjadi pemula isu begitu jugak Tuan Lim Kit Siang dari DAP.
PAS sebagai PEMULA ISU sepertimana peranan Al-Fadhil Dato Fadzil Noor ketika beliau menjadi Presiden PAS dan Ketua Pembangkang Parlimen.
Selamat bermuktamar kepada ahli Parti Islam Se-Malaysia.
Azlan ialah teman yang saya kenal di TNB, sejak ILSAS. Beliau graduan UNITEN. Rupanya junior saya setahun. Jangan takut dengan graduan UNITEN. Walaupun beliau se-batch dengan Saiful Bukhari (yang bersumpah kata dia telah di-), saya beri kepastian 100% Azlan tidak berakhlak seperti teman nya itu. Sebab dia ni rumet saya di Manjung dan tiada gerakan aneh terjadi di mana-mana. Itu saya cukup berawas dari awal. He He. Cuma kadang-kadang tu, liar sedikit, aih mana boleh cerita ni, hal rumah tangga di Manjung, rahashia, ha ha main je. Saudara-saudara UNITEN, kalau ada orang mengutuk saudara-saudara atas nama Saiful Bukhari UNITEN, saudara-saudara boleh jadikan nama Nurul Izzah UNITEN sebagai pendinding penyeimbang kutukan mesra kawan-kawan. Baik balik ke cerita Azlan.
Azlan dan saya jugak 20 teman-teman yang lain 'terhantar' dengan baik ke TNB Janamanjung, sebuah daerah yang hanya diketahui nama tidak pada tempatnya. Kalau dapat saya sebut balik nama teman-teman Manjung saya;
Sebelum mendapat berita penempatan di Manjung, masa semua masih di ILSAS, sebelum semua dihantar ke seluruh Semenanjung, Encik Azlan senantiasa menyebut-nyebut nama Stesen Kenyir (Hidro) untuk ditujukan kepada saya. Sudah macam wirid harian. Saya pun kalut lah tak boleh lah doa sebegini diteruskan tapi tak mengapalah gurau senda. Hambik, dua-dua ke Manjung. Di hari-hari awal menampakkan rasa resah dan gelisah ku rasa, tidak percaya bagaimana boleh berada di dunia Manjung. Berbulan-bulan menjalani hidup, membiasakan diri, jugak sempat berpuasa di sana, Azlan gigih menempuh hari-hari kerja yang penuh sibuk. Ha Ha. Ayat cerpen.
Selesai Fasa Pertama di Manjung, berkat doa yang istiqamah, niat yang murni untuk pulang ke Kuala Lumpur, beliau ditempatkan ke TNB REMACO, PJ. Hari-hari sudah tidak seperti dulu. Beliau tak percaya namun tetap ceria. Ayat cerpen lagi ni. Ha Ha. Keseronokan yang dirasa tidak dapat digambarkan lagi. Akhirnya beliau bernikah pada hari Jumaat lepas, 5 haribulan Jun 2009. (Tak masal je ayat ni? Nak cepat tutup cerpen, bab kesimpulan)
Banyak gambar nikah nya di Facebook. Majlis nikah di Melake. Oghang Melaker. Saya kepilkan 2 keping sahaja di sini. Satu, gambar saya pergi mengadap Duli Yang Mulia, Raja Sehari Azlan Pandi dan Permaisuri Sehari Zuri Zuriyana, mohon kebenaran beransur diri. Satu lagi,ceria beramai-ramailah, standard, piawai. Kena kan nama Raja tu dengan Azlan, mengikut Lan, namanya itu sempena Raja Azlan Sultan Perak lah. Kan sedap dapat Manjung, sirih pulang ke gagang telefon. Patut duduk lagi lama dekat Manjung tu. Ha Ha. Hadaplah gambar. Ceria.
Throughout last several days, I captured one advise from my mentor.
"Any decision is right. There is no such thing as wrong. Because, at the end of the day, it is on how you defend your decision." - Ir. Arif Haron, Lead Engineer EMS, TNB Janamanjung, Perak.
A phrase, which I believed, composed by Experience & Knowledge.
Kos bina Stadium Sultan Mizan adalah adalah berpatutan, RM 300 juta. Ini projek Kerajaan Negeri Terengganu Idris Jusoh.
Rugi hanya sebanyak RM 35 juta ringgit sahaja. 1 pinggan Nasi Goreng RM 3.50. Cuma boleh bagi makan 10 juta pinggan Nasi Goreng pada fakir miskin je.
Masih ingat lagi kan kes BUMIHIWAY dan MRR2 yang retak seribu? PKFZ dan bilion ringgit? Port Klang Free Zone? Apa jadi pada kes-kes itu? Siapa yang telah telah didakwa? Saya rasakan kes Stadium ini sedang melalui jalan yang sama.
1. Berita Stadium runtuh. MB turun padang. Exco turun padang. ADUN turun padang.
2. JKR akan diminta siasat.
3. Lembaga Pembangunan Pembinaan dan Industri CIDB diminta siasat.
4. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DOSH akan diminta siasat.
5. SPRM MACC akan siasat.
6. Polis akan siasat.
7. Pakar atau pensyarah dari Universiti tempatan dan luar akan datang dan buat kajian.
8. Kontraktor (Firma Korea?) yang diamanahkan membina akan disiasat.
9. Jurutera Kualiti akan disiasat.
10. Jurutera Awam akan disiasat.
11. Jurutera Bahan akan disiasat.
12. Bahagian Perolehan akan disiasat.
13. Bahagian Kewangan akan disiasat.
14. Semua disiasat, ok sekarang... eh Menteri Besar dahulu dan sekarang mungkin akan disoal siasat, mungkin.
15. Laporan-laporan siasatan akan siap dan disusun.
16 Laporan-laporan akan menjadi bahan berita sebagai menjawab tuduhan dan dakwaan.
17. Di sini ada 2 kemungkinan samada kes ini akan sepi sendiri atau
17. Ahmad Said boleh gunakan kes ini untuk mematikan karier politik Idris Jusoh.
18. Tiba masa untuk ada yang akan didakwa di Mahkamah.
19. Prosiding bermula.
20. Hukuman dan sabit salah pada orang yang didapati bersalah seperti Encik Sirul dan Azilah barangkali.
Memakan masa lebih setahun, bertahun-tahun sampai dah bertukar Perdana Menteri barangkali.
Ini sudah persoalan nyawa tuan-tuan. Mintak jauh ada kerabat kita yang terkena.
I won't dance, don't ask me I won't dance, don't ask me I won't dance madame with you My heart won't let my feet do things that they should do
You know what, you're lovely you know what, you're so lovely And you oh what you do to me I'm like an ocean wave that's bumped on the shore I feel so absolutely stumped on the floor
When you dance, you're charming and you're gentle 'Specially when you do the Continental And this feeling isn't purely mental Cuz heaven rest us, I'm not asbestos And that's why I won't dance, why should I?
I won't dance, how could I? I won't dance, merci beacoup
I know that music lead the way to romance So if I hold you in arms I won't dance
I won't dance, don't ask me I won't dance, don't ask me I won't dance madame with you My heart won't let me feet do things that they want to do
You know what, you're so lovely, ring a ding-ding, you're lovely And you know what you do to me I'm like an ocean wave that's bumped on the shore I feel so absolutely stumped on the floor
When you dance, you're charming and you're gentle Specially when you do the Continental But this feeling isn't purely mental For heaven rest us, I'm not asbestos And that's why I won't dance, I won't dance
I won't dance, merci beacoup I know that music lead the way to romance