
Salam,
Imbas kembali, Chin Peng telah dikelaskan sebagai pengganas komunis dalam sejarah kita.
Asal nak bawak masuk Chin Peng? Nak hidupkan Komunis dekat Malaysia balik ke? Orang bertanya apa orang tua Encik Chin Peng ni boleh buat? Dia seorang yang tua, tak berdaya, sudah tidak mampu hendak menggerakkan satu gerakan bawah tanah yang baru? Betul ke tak mampu? Sedang Ayatollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran, menggerakkan kebangkitan rakyat Irannya menentang kezaliman Shah Iran Reza Pahlavi dari luar negara sahaja.
Saya mahu bertanya kepada si penggemar Chin Peng, apakah pendirian tuan-tuan dan puan-puan tentang Pol Pot seorang pengganas komunis Khmer Rouge yang terkenal membunuh beribu-ribu rakyat Kemboja dan jugak tentang Ariel Sharon seorang pengganas zionis Israel yang terkenal dengan pembunuhan secara rawak di Sabra dan Shatila. Kita buat perbandingan, sekarang Chin Peng sudah tua, Pol Pot pun sudah mati pada umur 70 tahun 1998, Ariel Sharon pulak sudah terlantar di Hospital akibat sakit teruk. Bukan kah keadaan ini tampak serupa, satu corak penyakit tua yang patut dikasihani. Memang sebagai manusia kita ada sifat belas kasihan, tapi rasanya kita tidak dapat padam sama sekali kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan satu masa dulu.
Saya yakin, bagi antara kita yang mana tok nya, moyang nya, pak sedaranya, dibunuh pengganas komunis, ditembak oleh komunis, cacat dan tempang akibat menentang komunis, sangat terkesan dengan hal ini. Dan pastinya, ramai yang mahu Chin Peng dipancung. Perasaan sebegini dapat kita pahami, di Kampung saya, Malim Nawar ada seorang Pakcik yang pernah berperang dengan komunis, kawannya mati dibunuh komunis. Beliau cukup anti-komunis. Ini baru kawan yang mati, belum lagi anak beranak.
Jadi masih lagi mahu kita benarkan Chin Peng balik ke Malaysia? Kepada si penggemar Chin Peng, yang mahu memulakan usaha membawak balik Chin Peng ke Malaysia, kamu patut sayangi Chin Peng sewajarnya. Jika Chin Peng masuk Malaysia, beliau akan sentiasa diancam. Saya tidak risau kalau ada cerita usahanya mahu bangkitkan balik semangat komunis, Kerajaan punya satu mekanisma terpantas dalam mengekang usaha atas nama mengancam kedudukan Yang di-Pertuan Agong, iaitu ISA. ISA pun memang diperkenalkan untuk menangkap dan melumpuhkan komunis di Malaysia. Memang kena sangat. Padan.
Saya sangat tidak bersetuju membawak balik Chin Peng ke Malaysia. Cuma sebagai manusia yang bersifat belas, jika saya memegang kuasa menentukan hal Chin Peng ini, saya akan benarkan beliau melawat keluarganya dan jirat mak ayahnya sahaja atas nama belas kasihan sesama manusia dan kemudian beliau dihantarkan balik ke tempat asalnya. Kebenaran ini disertakan syarat kepada keluarganya bahawa tidak ada jaminan istimewa dari Kerajaan atas keselamatan beliau di Malaysia. Dan kepulangan sementara beliau tidak boleh diraikan seperti meraikan kepulangan wira dari luar. Jika hal ini berlaku, tindakan ISA akan dikenakan ke atas seluruh pengunjung dan pelawat beliau. Ini jika saya seorang Menteri Dalam Negeri.
Tidak ada apa perubahan pun kalau Chin Peng dibawak balik, isu Chin Peng ini isu politik. Tapi dalam kejahatan Chin Peng yang telah direkodkan dalam Buku Sejarah kita, saya rasakan ada baik kita pelbagaikan sumber pengetahuan sejarah kita, dengan membaca bukunya "My Side of History". Baru lah kita tahu cerita dari 2 pihak. Selama ini kita tahu Sejarah negara dari sudut sebagaimana yang pemerintah pertama negara kita mahukan ia diceritakan.
Mengikut undang-undang;
"Counsel Raja Aziz Addruse, for Chin Peng, said that under Clause 3(1) of the peace agreement entered between the Government and the Communist Party of Malaya (CPM) dated Dec 2, 1989, members of the CPM who were of Malaysian origin and wished to be settled in Malaysia shall be allowed to do so in accordance with the law...
...Chin Peng, who is currently living in Thailand, claimed that he was entitled to come back to Malaysia because he was of Malaysian origin since he was born on Oct 20, 1923, in Sitiawan, Dinding, Perak, and grew up in Malaysia." - THE STAR Published: Thursday April 30, 2009 MYT 5:06:00 PM
Ini jika saya Menteri Dalam Negeri.
Duli Allah,
YASIR TAMIZI






























