Salam,
Hari ini, 30 haribulan April, hari terakhir untuk saya dan kawan-kawan saya dan semua teman-teman untuk membuat pendaftaran cukai pendapatan secara online di laman web LHDN.
Sejak 2 hari lepas, kita gigih, membuka laman web e-filing/e-borang LHDN. Usaha teman saya, Names, yang mencuba selama lebih sejam di Kedai Mamak Venice Wifi, menemui kegagalan. Teman saya seorang lagi, Faizul, sejam di CC pun gagal. Begitu jugak nasib teman-teman sekerja di pejabat, yang mana Bahagian ICT di pejabat kita memberikan keutamaan tertinggi untuk LHDN 2 hari lepas, pun masih mengecewakan teman-teman sekerja yang lain.

Hebat penangan LHDN. Cukai Pendapatan. Yang dipungut Kerajaan melalui LHDN mengikut tempoh setahunnya. Teman saya, Wak, di Bahagian Elektrikal, memberitahu, cukai yang dikira tidak tepat, memerlukan kita untuk taksir sendiri cukai kita. Malah katanya, kiraan cukai yang patut dikenakan atas kita seolah-olahnya pendapatan kita itu tak ada bayar sewa rumah, belanja anak isteri zaman sekarang (bukan zaman jepun), mak ayah, dan tanggungan lain.
Walaupun, begitu sedap wang kita dicedok, Cukai Pendapatan boleh dibuat potongan/rebat melalui, pengisytiharan Resit Bayar Premium Insurans, Resit Pembelian Buku, Zakat Pendapatan dsb. Maknanya kalau resit-resit ini tadi jumlah nya melebihi cukai pendapatan yang patut dikenakan atas kita, maka kita tak perlu bayar cukai itu, malah LHDN yang berhutang ke atas kita. Resit jumlah RM150, Cukai RM100, maka LHDN hutang kita RM50.
Betul kan saya jika silap.
Disebabkan kesesakan lalulintas ke laman web LHDN, maka LHDN menasihatkan pengguna untuk mencuba sekali lagi mengisi e-borang/e-filing antara pukul 1 pagi hingga 7 pagi.
Jika terlewat melebihi 30hb April, maka penalti akan dikenakan. Kalau dah penalti kira nasib la kan, Selangor boleh lah menang penalti dengan Kelantan. Ha Ha Indra Putra.
Dalam haruk pikuk kita, teman-teman sepermainan dan selapangan menguruskan cukai pendapatan masing-masing walaupun masih belum layak pun dikenakan cukai tapi kalut sangat nak dicukaikan. Kita tak disedarkan tentang kewajipan membayar ZAKAT PENDAPATAN.
Zakat Pendapatan itu ada, walaupun yang kita ingat di sekolah macam simpanan, emas, pelaburan, bijirin, dsb.

ZAKAT PENDAPATAN. Resit Pembayaran Zakat Pendapatan boleh digunakan untuk menolak cukai pendapatan. Zakat dibayar di negeri tempat seseorang itu bekerja mencari nafkah. Awak di KL bayar lah di KL. Awak di Zimbabwe, bayar pada Zimbabwe. Saya di Perak, saya bayar untuk Perak.
Penerangan lengkap pasal Zakat Pendapatan di sini
ZAKATSEL.
Cukai Pendapatan hukumnya dalam Kerajaan ialah Wajib .
Zakat Pendapatan hukumnya dalam Islam ialah Wajib.
Di sini lah perlunya Persatuan Kebajikan Pekerja Islam bagi setiap kompeni itu bertindak. Memberikan sesi taklimat kepada pekerja yang lupa seperti saya.

Zaman Pemerintahan Khalifah Pertama Saidina Abu Bakar As-Siddiq, golongan yang enggan membayar zakat diperangi. Perang.
Terima kasih kepada teman yang mengingatkan.
Salam,
YASIR TAMIZI