Salam,
Berminggu sudah berlalu, tanpa telefon bimbit, tanpa beg duit, tanpa duit, tanpa air yang cukup, berbekalkan sebarang dua pakaian yang dibawak, berbekalkan matahari laut yang terik, dibekalkan jugak air segelen ke mana pergi; Itu lah bekalannya sepanjang di OBM.
Outward Bound Malaysia Lumut. OBML. Dulu nya dikenali OBS. S untuk School. OBML bernaung di bawah OB International. OB ada di hampir 44 buah negara.
Saya PEP 32 TNB EXEC 1/2009.
Siapa pengasas OBM? Kurt Hahn, seorang Yahudi yang memperkenalkan satu bentuk latihan yang memupuk semangat kerjasama setelah berasakan yang pekerja-pekerja sudah mula pentingkan diri sahaja di Zaman Industri. Sama konsepnya macam Wonderpets yang dulu saya cerita tu, kerjasama. Difahamkan Kursus Bina Semangat ala OBM ini dijalankan supaya menyerlahkan lagi sifat sebenar diri kita.
Show Our True Color. Abah dia True Color.
Saya tak bercadang untuk bercerita panjang lebar kerana memang sangat panjang ceritanya, penuh dengan kata-kata kesat, sumpah seranah dan maki hamun jugak tawa hilai. Siapa itu Spirit of Love? Mengapa Come To Us Now & Bless Us? Ini antara lirik lagu OBM.
Sebelum gambar-gambar menyusul saya cuba ingat lebih kurang apa yang Encik Ahya Khairi kata setibanya kami di OBM hari pertama.
"Di sini kita akan ajar lain dari apa yang kamu belajar di luar, kita ajar kerjasama dalam erti kata sebenar, di luar kita diajar tolong menolong tapi bila periksa, tak boleh meniru." - Encik Ahya Khairi.Gambar-gambar mengikut kronologi aktiviti:

Ini Asrama penginapan bila mana tinggal di OBM. Saya di Irau. Kanan, 2 dari bawah. Untuk sampai ke Irau, kita kena naik tangga sikit, tak banyak, 106 anak tangga sahaja. Kental.
Ini di pintu masuk OBM, masa ni, kita semua team Irau, baru lepas Kursus Bertali Berhalangan, Rope Course. Ini tak cukup satu team lagi. Nanti dah cukup saya kenalkan dari kiri ke kanan.

Nama kawan kita yang terapung di udara ini Pojie, beliau saya pilih sebagai model aktiviti Panjat Batu, Rock Climbing. Beliau memilih laluan Rosyam Nor, laluan kedua yang mencabar. Pecah jugak kuku kalau tak kena gaya.
Sesudah kita panjat batu, kita disuruh berkayak, berkayak merentas laluan kapal. Tak jauh. Cuma 2km berkayak. 2km pun makan masa dalam sejam setengah. Ke mana? Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor. Pantainya lawa, bersih dan sejuk macam air lata kata Po-G. Hasrat saya sejak kian lama untuk berkayak dari Lumut ke Pangkor tercapai, dan tak mustahil rupanya. Dengan kerjasama semua jadi mudah. Aktiviti ni, saya dengan Names jadi Right Flanker, jaga orang di belah kanan jangan keluar dari Formasi Berlian. Berpasang kayak dengan Names memang sedap, ada 2 kali 15 Horsepower, bila mana mahu laju cepat saje kita tiba. Dan masa pulang, saya menjadi Kapitan Laut merentas samudera pendek. Ha Ha semua akur di bawah Kapitan yang dah lenguh-lenguh tangan. Maka semasa balik ke OBM, berlumba lah mereka hingga ke garisan penamat. Lantak la kome.

Ini Ashleigh. Ashleigh berumur 18 tahun berasal dari Scotland. Menjalani latihan budaya di Malaysia selama setahun. Sebelahnya Pojie. Po-G tadi tu yang terkapar-kapar di batuan bukit. Ha Ha. Ashleigh akan sentiasa menarik mata-mata di sepanjang program. Minah Saleh celup. Cakap omputeh pun lain macam. Lain macam pun tak ngapelah, semua dari Omputeh semua cantek dan cun. Sempat jugak saya mengada-ngada mintak budak Ashleigh ni ajar pakai abah-abah sebelum ber'abseiling'. Ha Ha. Tu Po-G dengan Names jeles. Terus tangkap gambar, pakai modal yang sama. Cait.
Ini bergambar sebelum Jungle Trekking dari OBM ke Janamanjung melalui Hutan Teluk Murok. Perjalanan melalui 1 puncak semasa pergi, 4 puncak masa balik. Mengambil masa 5 jam berjalan pergi dan 4 jam setengah berjalan balik. Dengan hujan lebatnya, pacat dan lipan bara, berserta kelicinan akar-akar, kebosanan, tekanan mengangkat beg berat, rasa sakit perut memulas nak membuang di tengah hutan, amacam? Ni cerita ringkasnya. Yang pasti, buat pertama kali, kami diperkenalkan dengan kaedah mencangkul lubang tinja sendiri. Tasaday! Ha ok, gambar ini lengkap 13 orang ahli kumpulan Irau dan seorang jurulatih. Dari kiri, Encik Irwan Shah yang menggemari gadis lasak yang mungkin macam Mas, kemudian Rafiz TNB Kuala Kangsar, Taqi, Po-G TNBD Melaka, bertuala oren Encik Cis Janamanjung, Banglong Johor, Mas GAD PJ, Teoh TNBD, Ijai Ketua Puak Bukit Teluk Rubiah TNBD Kulim, Siti Metering KL, Akram GAD PJ, Deli TNB Generation, Names Janamanjung dan saya lah, Yasir Tamizi Janamanjung. Sayu meninggalkan nikmat dunia.
Masih aktiviti Jungle Trekking, berehat kejap. Baru panjat bukit 300 meter dah rehat. Makan bahu, pinggang, peha, punggung, betis. Semua otot ini akan sengal dan menyengal-nyengal. Otak pun boleh jadi sengal-sengal ubi. Berdenyut kesengalan. Sampai nanti pastinya bukak khemah, masak dan bermacam lagi.
Ini waktu mahu pulang dari Lombong di hujung Hutan Teluk Murok sebelah Janamanjung. Itu lubang parit bukan lubang tinja. Itu parit air. Perang Khandak? Ha Ha bukan. Sedia untuk hujan. Perjalanan selepas ini sangat menduga iman, meletup lagi lah sendi dan otot. Bangang. Memang hujan lebat pun balik tu.
Ini Whaler. Whaler ini gunanya untuk berlayar di lautan samudera laut lepas. Boleh dikemudi dengan kayuhan atau kain layar atau kedua-duanya sekali mengikut kesesuaian angin yang bertiup. Destinasi kami, Pulau Rumbia, pulau yang indah, dan dikabarkan, penuh dengan flora dan fauna yang semulajadi. Kami menjangkakan kehadiran kami disambut keluarga Babi dan anak pinak nya. Pulau Rumbia memang terkenal dan telah diberitahu Pulau yang hanya diduduki oleh Babi Babi nazar Nelayan Cina. Bau pantainya, lahanat. Bau bangkai campur pulak najis sebarang dua. Mujur babinya tak datang hari itu, cuma tragedi Hantu Babi di Khemah kumpulan Mulu yang ada. Ha Ha Ha. Sangat kelakar muka Pa'ie, dengan Jan bersilatnya. BAH BAH. Saya bercerita untuk saya sendiri.
Ini waktu ceria Whaler, masa ini belum ada yang mabuk laut. Cerita mabuk laut memang kelakar. Cis dan Teoh adalah mangsa keadaan penyeri keadaan dan pemberi kekuatan untuk mendayung Whaler, Pemaus. Mari muntah, baru lah Badang.
Bau busuk tolak tepi sajalah kalau sudah lapar dan penat. Makan apa yang dah dimasak. Tugas masak itu kemahiran si gadis Siti dan Mas di mana mana sahaja. Dekat sini kita belajar Solat Subuh tanpa alas apa pun, sekadar di atas pasir pantai, berimamkan Hizami Babun MRCC. Menarik.
Aktivit terakhir kita, di dalam Perkhemahan Solo, Bersendiri di Hutan Teluk Rubiah. Ini gambar waktu sudah mahu pulang. Ceria selepas serangan ribut di waktu malamnya, khemah berterbangan, dahan-dahan pokok jatuh, ngeri di puncak Bukit, sambil dengar bunyi berdengus di balik semak, dengan suar track yang berayun sendiri di ampaian. Cukup mencabar. Buat api pun sendiri-sendiri. Masak sendiri, buat khemah pun sendiri, tak ada geng nak pasang sekali. Kita terbayangkan bagaimana lah rasanya Nabi Allah Adam A.S. ketika baginda turun ke bumi dari syurga buat pertama kalinya. Tak ada kawan. Tak tahu buat api. Tak tahu buat rumah. Apa yang baginda ada? Allah sahaja. Apa yang kita ada?
Ini penggambaran di kaki bukit D11 yang kita namakan Hillview. Encik Irwan panggil tempat ni, Grand Canyon. Tempat ni strategik, atas bukit. Biasanya bila masuk waktu Maghrib, tempat inilah kami jadikan tempat untuk Bilal melaungkan Azan. InsyaAllah semua dengar. Bergema azan dalam hutan dengan semulajadinya, tak payah letak reverb. Ha Ha.
Ini hari akhir, selepas BBQ selesai, selepas Penganugerahan Sijil. Kami, Irau bergambar kenangan di dinding Visi dan Misi OBM sebelum balik ke ILSAS. Balik Balik Balik Balik. Kalau mahir cam muka, mari susun dari kiri nama-nama ahli kumpulan Irau. Irau satu kumpulan yang sederhana kekuatannya, tapi kental ketahanan mentalnya. Tengok gambar pun tahu, jelas. Macam-macam saiz badan ada, yang tegap, yang keding, yang kecik, yang besar, yang puteh, yang hitam, yang puteh jadi hitam kekal pun ada. Ha Ha. Dalam aktiviti Kayak gabungan 3 kumpulan (Irau Mulu dan Korbu), Irau punya wakil, jawatan-jawatan utama diberikan kepada kita, Right Flanker (Names dan Saya), Last Man (Pojie dan Jan) dan Sea Captain. Aktiviti Jungle Trekking, Irau hampir memecahkan rekod meredah 4 puncak setinggi 300meter dalam masa 4 jam setengah yang mana kebiasaanya sejak berzaman 5 jam ke atas adalah masa jangkaan. Irau jugak mendahului dalam lumba haram Whaler dan memenangi tempat Pertama semasa pulang dari Pulau Rumbia @ Babi ke OBM jauh meninggalkan Whaler kumpulan Mulu dan Korbu. Ini semua sebenarnya bukan atas daya usaha kita semata, usaha kita setakat alasannya saja. Ini berkat keyakinan kita pada doa, penyerahan total kita semasa kita berdoa, memohon dengan bersungguh-sungguh supaya selamat semua perjalanan pergi dan balik dengan izin Allah Taala. Kita jugak belajar sesuatu dari Latip, Sea Captain pertama, sebelum bertolak beliau ada menyebut dengan kuat, "Bismillahi majrey ha wa mursaa ha".
Assalamualaikum,
YASIR TAMIZI