Mari berlari pusing Tasik. Ini Kempen Gaya Hidup Sihat
Jangan terpengaruh dengan sihir gambarajah yang cantik

Ini hari banyak bagus. "Ini perkara musti jadi!" - Bapak Kemenyan, Musang Berjanggut. Ada Promosi Domino Pizza 6 Ringgit bagi setiap Personal Pizza. Saiznya paling kecik, potong empat. Tak baloi ke? Sedap... Power... saya dah cuba tadi, best kan? Bandingkan apa awak boleh dapat dengan RM6 di McD, KFC, Pizza Hut, Shakeys atau di rangkaian kedai makan francais? Mungkin Cheesey Wedges seciput.
Saya belum lagi mewartakan saya akan tekad boikot makanan-makanan jenis ini yang mengikut email-email dan kajian-kajian pertubuhan negara kita bahawa ianya dari US atau Israel. Saya tak janji. Kita boleh cuba, jangan hangat-hangat tahi ayam candu. Ha Ha. Saya baru dapat cerita menarik tadi. Tak ngape lah, sat lagi cerita.
Saya tak suka pun ayam KFC tu, tambah pulak baru ni ada dapat email gambar yang mendakwa ayam KFC tu sembelih tak habis, masih nampak urat nya tak potong habis, huu geli geleman teman, tapi untuk KFC, Cheesey Wedges nya sedap, sangat berkolestrol. Tapi saya lama tak masuk dah KFC, kita sahut kempen kan Mustajab? Ha Ha. Saya konsisten menahan diri ni, setakat ni belum pecah lagi kan, berjaya kan? Saya gamat.

McD pulak, satu masa dulu BigMac nya menarik perhatian, pasal besar, besar sungguh bagi tapak tangan saya yang masa itu. Dah la besar? Ha Ha. Jadi bila makan tu macam puas, tapi sebenarnya tak kenyang pun, lapar je. Kalau perut jenis makan nasi, gulai lemak, ikan keli bercili, usah lah, tak ada kenyang nya burger-burger ni. Saya boleh boikot McD? Tak ada masalah? Apa burger baru dia hari tu? Prosperity? Boleh kenyang ke? Harapan sajalah, tak ada nya. Setakat urban life, letak laptop sebijik konon study udah la weh. Mana study nya dekat McD kalau dah ramai-ramai, ada pulak geng laki-gadis nya, dah main-main mata, tetiba ada kerja rumah sama ka, assignment ka, tugasan la kan, lebuh sudahnya, tak percaya cakap teman? Kelakar.

Pizza Hut, teman dah terkena hari tu di Manjung, apa sup cendawan dah rasa masin pulak, macam sup air laut, khidmat pelanggan lambat, pelanggan kecewa, kelam kabut, roti bawang onion bread dah serupa pakai roti pizza bakar sampai hangus sikit, dan kerat dua buat garis-garis. Pizza Hut teman dah tawar. Teman boikot la Pizza Hut? Pizza Domino lagi sedap dari Pizza Hut.

Starbuck? Coffeebean? Ini paling lifestyle sekali. Ha Ha. Teman pernah menyalur wang saku di Starbuck. Teman Generasi Y. Mesti lah rasa budaya baru yang cool ni. Ha Ha. Memang cool lah kalau rajin lepak Starbuck, pekena kopi secawan, harga bukan calang, ini kopi dari perut bumi gamaknya, kemain lagi mahal, letak Laptop sekali, mesti laptop la kan, baru la gaya hidup moden yang kaya raya dan intellect terpelajar. Kang letak desktop sebijik, menggelabah pulak budak kedai tu. Sambil hirup kopi, sambil kerut-kerut dahi taip-taip di laptop, kadang-kadang senyum gelak sikit, kadang tu ketat pulak, apa dibuatnya kawan kita ni, bila tengok. Ha Ha. Chatting je? Main game online je? Ha Ha. Hoooo memang gaya hidup negara maju lah macam ni, sungguh berpendidikan tinggi, terpelajar. Ha Ha. Boikot boikot? Apa gila kopi sangat? Ada bagus ke itu coffin banyak dalam badan? Tu pasal senang dapat migrain, sakit kepala, sakit ginjal, buah pinggang bocor memulas, sumbat coffin dalam badan. Tak apalah itu. Saya bukan Doktor Jiwa. Saya tahu saya Buruh.
Domino macam mana? Tak popular. Tak tahu. Tadi tengok senarai macam ada kena mengena dengan kempen boikot barang US Israel jugak. Tak boleh makan ke? Baru ingat nak jadikan alternatif. Ha teringat nak cerita balik, tadi teman makan dengan teman-teman berlima di Bangikopitiam, ni kopi-kopitiam ni ada yang diragui jugak, pening dah kepala, teman makan eskrem Vanilla Scoop Double Trouble namanya, teman sengih-sengih teringat Skoobedooparp. Ha Ha lagi. Eh sat lagi la cerita.
1901? Sah-sah Malaysia. Makan la banyak-banyak. 1901 taja Cicakman 2, Planet Hitam. Tapi tak elok, tak sihat makan banyak, nak rasa sekali sekala julung-julung kali tak ngape. Ha Ha.

Secret Recipe? Sedap. Saya baru rasa Strawberry Chocolate. Halamak terangkat lah. Walaupun diratah bersama rakan-rakan seperjuangan, cepat pulak habis budak-budak ni bedal, aku kata jemput rasa bukan jemput ratah, cis kamu-kamu. Ha Ha. Tak adalah, sebenarnya syok lah, puas hati. Secret Recipe Malaysia. Secret Recipe ada buat kek-kek yang sihat untuk Mak-mak kita, ayah-ayah, pakcik makcik, kita sendiri yang ada penyakit 3 beradik itu tapi ingin rasakan kenikmatan kek.

Tadi teman tengok di Carrefour, ajenye ramai orang, bukan Carrefour pun turut sama dalam senarai boikot tu ke? Saya nampak semalam, ada satu hebahan daripada pertubuhan Teras Pengupayaan Melayu. Carrefour, Tesco satu geng la tu. Geng kena boikot. Tapi tadi teman tengok ramai pulak. Ada KFC situ, haa ramai, penuh. Tadi kawan teman cerita, ada orang marah dia makan KFC, "Woit, tengah isu Palestin, orang boikot, ko makan KFC pulak!" maka kawan ni pun jawab selamba "Tak pe, dah gencatan senjata." sambung makan balik. Ha Ha. Abah-abah betul. Jangan jadi Shimon Peres, jadilah Recep Tayyip Erdogan. Dah gencat pun, kita mesti terus bersuara dan bertindak semampu. Ini lah cerita yang saya nak cerita awal tadi. Pandainya susun cerita. Macam tengok cerita Star Wars pulak, Episod 4 5 6, kemudian baru 1 2 3.
Banyak sangat cerita dah ni. Tak elok la banyak cerita. Banyak cakap banyak silap. Diam-diam dah la. Patut biarkan entry Raya Cina tu lama lagi. Banyak sangat cakap ni. Saidina Ali K.W. pun ada ceritanya, masukkan batu dalam mulut tak nak bagi bercakap banyak. Banyak silap cakap, banyak dosa la, banyak dosa, itu nuraka menyala-nyala menjulang tinggi. Ok, letak gambar sikit, pastu dah, rehat. Eh letak gambar macam promosi pulak, ini bukan promosi. Saya dah cakap awal-awal. Tak patut betul Celcom buat Konsert Rihanna, yang pergi lulus permit buat konsert pun satu hal, Ketuanya sungguh-sungguh buat Sidang Khas Palestin, anak buahnya bercanggah terus, menyimpang ke Konsert, belum sempat reda isu. Teman malas dah nak tuding.
Jangan terpengaruh dengan sihir gambarajah yang cantik
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan 3 haribulan 2, cuti Sempena 25 tahun Pemerintahan Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat TUANKU. Hidup MB. Cuti! Ha Ha. Produktif.
YASIR TAMIZI
7 Mac 2009