Sunday, January 25, 2009

Selamat Tahun Baru Cina


Assalamualaikum

Ta Chia Hao?

Ni Hao Ma?

Kepada kawan-kawan Islam dan bukan Islam yang menyambut Tahun Baru Cina, saya mengambil mana-mana ruang kesempatan yang ada, hendak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina Malaysia.

Sebenarnya sambutan Tahun Baru Cina disambut seluruh dunia dengan sangat meriah, kerana ini menandakan masuknya tahun baru bagi kalendar Cina. Saya ingat lagi, masa tahun akhir di UNITEN, saya ada melawat Muzium Negara dengan kawan, ada Pameran Hubungan China-Malaysia. Di situ saya belajar tentang masyarakat Cina di Negara China itu sendiri. Ada satu ruang menceritakan tentang masyarakat Cina Islam yang menyambut sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun. Mereka menyambut dengan meriah, budaya saling kunjung mengunjung, dan ziarah-menziarahi diamalkan sejak dahulu lagi. Tapi pastinya lah tak makan Bak Kut Teh Pork Pork. He He. Masyarakat Cina Muslim di Negara Cina kebanyakannya dari keturunan Hui. Mereka sudah ratusan tahun jauh lagi awal dari kita orang Melayu menganut Islam. Hebat sejarah masyarakat Cina Islam di sana. Yang lebih membanggakan, di sini, kita di Malaysia, sudah ada ADUN dari Cina Muslim di Perak, YB Lim Chuan Heng Abdullah, ADUN PAS Titi Serong, Perak.

Kita berdoa semoga Tahun Baru ini, kita, kawan-kawan kita, negara kita, mendapat nikmat kemakmuran dan kesejahteraan yang berterusan, InsyaAllah. 

Bak kata David Teo & Kevin Lau tadi, "Raya Cina kejap tak apa, kerja punya pasai. Ada duit hari-hari boleh raya, tak ada duit mana boleh raya." He He. Betul jugek.

Assalamualaikum.

Gong Xi Fa Cai,
YASIR TAMIZI



Dewa 19 & Skoobedooparp dan Choir - Hadapi Dengan Senyuman



Dewa 19 & Skoobedooparp dan Choir - Hadapi Dengan Senyuman =)

Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi 
Biar terjadi . 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua... Kan baik baik saja 

Bila ketetapan tuhan 
Sudah ditetapkan 
Tetaplah sudah . 
Tak ada yang bisa merubah 
Dan takkan bisa berubah 

Relakanlah saja ini 
Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
MENYERAHLAH UNTUK MENANG



Untuk makluman, ADUN BOTA PERAK Nasarudin Hashim UMNO sudah keluar parti dan menyertai PKR.


Maka, Pakatan Rakyat Perak sekarang memegang 32 Kerusi DUN berbanding Barisan Nasional 27 kerusi.

Saturday, January 24, 2009

Bernard Dompok rayu Herald Catholic dibenar guna nama Allah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR! 

ALLAHUAKBAR!


PENAMPANG 23 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Malaysia sehingga mahkamah membuat keputusan.

Katanya, penggunaan perkataan Allah diterima secara meluas sebagai merujuk kepada tuhan dalam bahasa Malaysia, bahasa Indonesia serta di dunia Arab. - UTUSAN



Celaka-lah ke atas Bernard Dompok dan konco-konconya. Bernard Dompok Bodoh! Menempah.

Saya, YASIR TAMIZI, mewakili teman-teman ISLAM, melalui blog ini, MENENTANG SEKERAS-KERASNYA penggunaan nama Allah bagi dalam akhbar Kristian Herald Catholic terbitan Bahasa Malaysia.

Apa jadi ni? Ini jelas, satu usaha Jahat. Berbahaya. Boleh mengelirukan orang Islam di seluruh negara kita terutama di kawasan terpencil Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Kita orang Islam tahu, konsep Ketuhanan Kristian, ada Tuhan, Jesus, dan Rohul Kudus.

Apa pasal nak pakai jugak!? Kalau alasan dia, akhbar itu ditulis dalam Bahasa Malaysia. Tak payah la pakai nama Tuhan orang Islam, kalau betul Bahasa Malaysia, pakai perkataan Tuhan dah cukup. Alasan ini tak relevan sama sekali. Ini bukan soal amalan kebiasaan bahasa Arab, bahasa Indon, Bahasa Malaysia. Ini bukan soal Bahasa! Ini Agama! 

Kita mahu Kerajaan memandang serius perkara ini. Kementerian Dalam Negeri mesti main peranan yang betul, Menteri, Dato Seri Syed Hamid Albar mesti larang perkara ini daripada terjadi.

Dato Seri Syed, kami harap sangat, pertimbangan tuan betul, menyebelahi orang Islam. Tuan pemimpin Melayu, orang Islam, dan ada susur galur keturunan yang dipercayai keturunan Ahlil Bait.

Bernard Dompok dan surat khabar Herald Catholic mesti dikenakan tindakan undang-undang yang keras. Atas dasar apa saya cakap begini, saya bukan bercakap atas mainan emosi, saya tengok Perlembagaan Persekutuan Malaysia, rupanya ada peruntukan Perlembagaan, dalam Perkara 11 (4). Kebebasan Berugama. Menyatakan bahawa:


Perkara 11 (4): Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Orang Islam mesti BANGKIT menentang benda ni. KITA MESTI LAWAN. Tak kira UMNO ke, PAS ke, PKR ke, ABIM ke AKIM ke, tak kira. Kita mesti hancurkan dakyah Bernard Dompok. Kita mesti hapuskan usaha bahaya macam ini. Kita mesti gunakan semua saluran yang kita ada! Selagi kita termampu! LAWAN. Sebarang usaha berunsur dakyah kepada Orang Islam, kita mesti hapuskan, kita mesti hancurkan, kita mesti tentang habis-habisan.


ALLAHUAKBAR,
Yasir Tamizi

Friday, January 23, 2009

Ya Tayba



Pernah dengar lagu Ya Tayba? Ke Ya Shai'bah?

Saya mula dengar lagu Ya Tayba ni masa Mak Ayah baru balik dari Haji. Mak ada beli seekor anak patung unta untuk Azim. Unta ini pulak kalau disentuh ka, ditunjal kepalanya ka, dibelai ka, ditolak-tolak ka, akan berbunyi. Bunyi nya lagu Ya Tayba ini la. Tapi pasal bateri dah lemah, lagu tu makin lama jadi makin tak bermaya. Sekarang dah tak berbunyi. Azim sangat suka unta Ya Tayba ni masa umurnya dalam setahun. Dulu dia mesti merangkak-rangkak cari unta Ya Tayba dia kalau dengar lagu ni.

Semalam, Kak Anum cari lagu-lagu Arab Islamik untuk Nisa'. Dia jumpa lagu Ya Tayba yang telah lama tak dengar. Jadi dari pagi tadi sampai sekarang, saya ber-Tayba saja. Ha Ha. Yale Yale Shekh.

Ini lirik Ya Tayba. Halal dinyanyikan untuk semua umur. Kanak-kanak terutamanya.

Tayba is the Nick name of Al Madina (Al Munawwara), the city of the prophet Mohammad PBUH.

By Hala As-Sabbagh featuring some other guy, very beautiful voice masha'Allah 

Chorus
O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

As the ship departed, it forgot me
they sailed away and my tears never dried up
they took my heart and my soul with them
O Tayba, you're the distracted's love

Chorus

My direction of prayer (my Qiblah), the house of Allah, I'm patient
perhaps a day will come to visit you
I wonder, Will I be looking upon alkaaba 
and being overwhelmed with it's safety.. 

Chorus

Our prophet, my best wishes, to visit u,
At least once in my life 
and near you, to perform my prayers
to praise my Lord, and to recite Qur'an

Chorus

O Madina, How lucky you are
for the coming of the loadstar 
May I have a shelter beside you 
Indeed, your light has enchanted us

Gambar Unta-unta berjalan di Gurun dari pandangan atas

Mari Hantam Malaysia Dibedal 5-0


Eh geramnya. Kasi hadi sama itu orang. Nak salahkan siapa ni? Saya tak pandai pasal bola, tapi saya geram. Saya mahu hantam jugak. Mau cari itu culprit.

Ini semua salah Sathianathan. Tak pandai coach. Budak jadi lemah. Tak pandai letak orang. Budak jadi kelam-kabut. Sathianathan berlagak? Dah kalah, masih berlagak? Tukar jurulatih la macam ni. Tapi tetap sama jugak, dah berapa banyak jurulatih kita bertukar-tukar.

Tak. Saya rasa Sathianathan ni antara yang baik, dia bawak pasukan Malaysia bawah 23 dulu nampak ada harapan. Bukan salah Sathianathan. Apa seorang jurulatih boleh buat? Kalau ada seminggu je nak latih pemain? Negara mana dalam dunia ni, boleh dapat balik serasi tu dalam seminggu? Tak dapat.

Ok. Kalau Sathianathan tak salah. Siapa salah? Ha apa lagi, pemain pulak lah. Main macam tak ada kaki. Lembu main bola pun teruk. Yang jaga gol pun tak serupa orang. Tak ada sungguh-sungguh. Apa cerita ni? Yang jaga pertahanan, pun kelam kabut, tak jaga ruang. Pemain salah!

Pemain salah? Tak. Pemain tak cukup masa nak dilatih bersama. Ulang balik hujah tadi, seminggu bang. Kita ada tanya bekas pemain liga dulu, nak kembalikan kecergasan dengan keserasian ni 3 minggu. Bak kata Sathianathan, Liga Malaysia bukan bola sepak sebenar. Betul. Macam mana nak dilatih jadi hebat bila kumpul pasukan negara ni, pasal masa Liga Malaysia latihan dengan semangat pun tak setaraf bola sepak. 

Dah tak boleh salahkan pemain. Geram lagi ni. Salahkan Penyokong Malaysia lah. Terlalu bagi tekanan. WOWO Penyokong Malaysia lah paling tegar menyokong, dah kalah teruk banyak kali, orang kita bangga jugak pakai Jersi tu, datang jugak Stadium, bawak bendera, sokong, menjerit-jerit.




Tapi saya geram lagi! Macam mana ni? ARGGHHH. FAM salah. Nak salahkan FAM lah. FAM punya pengurusan kalut. Sathianathan kata, ada itu gaduh-gaduh, beza pendapat dengan FAM. FAM ni dah la kalut, kolot pulak. Semua hirarki Pengurusan bukan calang-calang, Sultan Pahang, Khairy Jamaluddin, bukan main lagi gah FAM ni. FAM tak buat kerja kah? Seronok kira duit Menteri bagi?

Dah tu nak buat macam mana? Macam mana nak bagi bola sepak Malaysia hebat balik? Saya tak bosan sokong Malaysia tapi dah nama penyokong, mestilah nak pasukannya menang.

Kita cadang begini lah, sudah-sudah tu kita bagi keutamaan pada sukan ni. Menteri pun dah tak payah bagi banyak peruntukan untuk FAM. Liga pun tak payah lah semangat sangat. Tak payah liputan sangat pada pasukan bola kita sampai dah macam selebriti pulak. Gaji tak payah tinggi-tinggi. Dari Liga sampai Pasukan Negara. Gaji kecik je. Buang sistem sekarang. Tak payah nak jadi Professional. 

Kalau nak kata kita kena suntik duit untuk semangat, tak jadi pun? Bertahun-tahun kita suntik duit, kerja main bola je, minat dari kecik main bola, kerja pun main bola, siap dapat gaji ribu-ribu main bola. Tak payah dah bagi liputan kan. Biar je bola sepak ni. Memang orang kita ni, saya tak tahu lah macam mana, psikologinya kena cara orang susah. Jadi saya cadang Menteri Sukan tu, buang bola sepak dari keutamaan. Kita tekan sukan bola sepak ni. Jangan bagi sokongan duit. Sudah-sudah tu.

Bola Sepak Malaysia boleh rehat untuk 5 tahun. Rehat lah kumpul tenaga. Baru boleh target Piala Dunia 2018. Ha Ha.

Jersi Nike Malaysia,
YASIR TAMIZI





Thursday, January 22, 2009

Ucapan Angkat Sumpah Presiden Barack Obama Yang Berkait Negara Islam

Salam,



Salam,

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44.

Presiden Barack Obama dalam Ucapannya semasa Upacara Angkat Sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat, ada menyebut, tentang masa depan, hubungan antara Amerika Syarikat dan Negara-negara Islam.


Berikut ialah apa yang beliau sebut dalam Ucapannya khusus untuk Negara Islam;


To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect. To those leaders around the globe who seek to sow conflict, or blame their society’s ills on the West — know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy. To those who cling to power through corruption and deceit and the silencing of dissent, know that you are on the wrong side of history; but that we will extend a hand if you are willing to unclench your fist." PRESIDEN BARACK OBAMA


Kalau boleh kita terjemahkan ke Bahasa Malaysia, berikut ialah terjemahannya;


Kepada dunia Muslim, kita mencari jalan baru ke hadapan, berdasarkan kepentingan bersama dan saling menghormati. Kepada Pemimpin-pemimpin di seluruh dunia, yang berusaha untuk menanamkan benih perbalahan, atau menyalahkan Barat atas kesulitan masyarakatnya - orang tahu bahawa rakyat menilai Kamu pada apa yang Kamu mampu bangunkan, bukan pada apa yang Kamu musnahkan. Kepada orang-orang yang berpegang teguh kepada kuasa, melalui korupsi dan pembohongan dan menyembunyikan perselisihan pendapat, ketahuilah bahawa Kamu sedang berada di sisi yang salah dalam sejarah, tetapi Kita akan membantu jika Kamu sanggup melepaskan genggaman Kamu itu." - PRESIDEN BARACK OBAMA


Ini Ucapan Pertama Presiden ke 44 Amerika Syarikat Barack Obama, selepas beliau mengangkat sumpah pada 20 haribulan Januari tahun 2009. 

Ini detik sejarah yang berlaku dalam hayat kita. Tak pernah kita jangka, seorang keturunan Kulit Hitam yang bapanya berasal dari Kenya, yang bapanya seorang Muslim, yang emaknya seorang Atheist, yang bapa tirinya seorang Muslim Indonesia, hanya selepas 233 tahun Amerika Merdeka dari British, beliau berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Ini pastinya tidak akan berlaku lagi dalam 100 tahun akan datang.

Saya secara peribadi, tidak mengharapkan apa-apa dari pertukaran Presiden Amerika Syarikat. Saya yakin dasar pokoknya sama, kerana jelas Amerika ini bertunjangkan orang-orang Yahudi. Tapi apa yang kita boleh harapkan ialah, pendekatan yang digunakan oleh Presiden Barack Obama lebih berdiplomasi dan tidak ke arah ketenteraan, sebagaimana Presiden George W. Bush dan bapanya Presiden George Bush. Walaubagaimanapun kita mesti berhati-hati. Jangan meletakkan harapan tinggi. Itu sahaja. 

Antara usaha beliau hari ini, hari kedua, ialah menandatangani arahan eksekutif bagi mengurangkan pengaruh pelobi di Kongres Amerika dan membekukan kenaikan gaji bagi pekerja Washington yang berpendapatan USD 100,000 dan ke atas. 

"Families are tightening their belts and so should Washington." - PRESIDEN BARACK OBAMA



Ini gambar beliau membuat panggilan pertama dari Pejabat Oval, Rumah Putih, Oval Office White House. Presiden Barack Obama membuat panggilan pertama ke 4 pemimpin dunia. Presiden Palestin, Mahmud Abbas, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, Raja Jordan, Raja Abdullah dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Ini menjelaskan bahawa perbalahan Israel-Palestin menjadi keutamaan pertama beliau dalam hubungan antarabangsa. Masih, jangan kita mengharap melangit dengan sebarang perkembangan positif. Kenapa Israel berundur betul-betul bila masanya sudah dekat untuk Obama angkat sumpah? Adakah kerana bagi membantu menunjukkan pada dunia bahawa Obama ini lebih baik? Satu sinar baru untuk Dunia? Sekali lagi, jangan kita mengharapkan lebih dari Presiden Obama. 

Kita dengan negara kita, ada agenda perubahan tersendiri yang hendak dibawak, beliau dengan agenda "CHANGE, YES WE CAN" beliau. 


Assalamualaikum,
YASIR TAMIZI


Wednesday, January 21, 2009

Misi Wonder Pets Hari Ini

"Apa yang penting? Kerja Sama.

Apa yang penting? Kerja Sama.

Apa yang penting? Kerja Sama."


Ini anak buah saya. Namanya Muhammad Azim bin Muhammad Nizam. Kita panggil dia Ajim. Tengok budak ni. Dah kacak dan segak. Itu gambar dia tengah tengok orang memanah.

Ajim ni, suka tengok banyak cerita kartun. Petang-petang dia suka tengok kartun. Cerita yang dia suka, antaranya, Wonder Pets ni lah.



Saya tak tahu kenapa, baru-baru ni, saya dah selalu sangat dengar Azim nyanyi lagu ni:

"Apa yang penting? Kerja Sama.

Apa yang penting? Kerja Sama.

Apa yang penting? Kerja Sama."


Apa ni? Kena sampok ke? Kalau kita dengar banyak kali boleh terbakar jiwa. Pasal lagu ni tak sedap pun. Tapi entah apa pasal melekat pulak. Siap ulang 3 kali sedara-sedara.

Tadi saya duduk dengan Azim, dia nak sangat tengok cerita Wonder Pets. Saya pun tengok sekali lah. Apa lah menariknya Wonder Pets ni.

Saya tengok-tengok, cerita Wonder Pets ni, cerita pasal 3 ekor binatang yang berlainan jenis dan bangsa. Ada Anak Itik seekor, Anak Hamster dan Anak Kura-kura. Mereka bergaul seharian dengan bermacam misi. Cukup rapat mereka bertiga ni. Kawan baik.

Hari ini saya tengok tadi, misi dia nak selamatkan seekor Penguin yang terdampar di atas Bongkah Ais. Saya rasa penguin memang hidup atas Bongkah Ais, kenapa nak diselamatkan? Tak ngape lah tu. 

Jadi, dalam nak selamatkan Penguin ni tadi, kena ada kenderaan. Kenderaan Wonder Pets ni tak cukup roda je. Roda ni merata dalam rumah tu. Jadi mereka bertiga pun masing-masing pergi mengambil 3 biji roda. Carilah mereka. Itik jumpa satu roda di atas almari, yang Kura-kura jumpa roda dekat dalam Akuarium dan yang Harmster tu jumpa roda dalam kolam air.

Selesai dah dapat semua roda, pasang-pasang pada kenderaan ajaib dia ni, terbang lah kenderaan ni tadi. Mustahil. Mustahil bagi kita terpikir benda ni, tapi kartun semua jadi. Seronok jugak tengok, tergelak-gelak saya, terkejut tuan-tuan, kapal layar diletakkan roda kemudian terbang! Betul canggih cerita ni. Ajim, saya tengok tekun. Pakcik dia pun tekun.


Lepas dah terbang tadi, menyanyilah mereka bertiga tu. Apakah nyanyian mereka tu? Ha ini lah dia.

"Apa yang penting? Kerja Sama.

Apa yang penting? Kerja Sama.

Apa yang penting? Kerja Sama."


Asal mereka berjaya kerjasama, inilah lagu nya. Terngiang-ngiang lagi ni sambil saya taip ni. 

Lepas habis cerita, ada satu cerita lagi kartun, yang tu lain lah, ganas sikit, Azim pun dah nak balik tadi, dia pun tak de semangat nak tengok yang itu. Dia nak Wonder Pets tu je.

Sambil gelak-gelak tadi, saya rasa ada bagus jugak cerita ni. Dia galakkan kerjasama. Kalau boleh kita kait jauh sikit, kerjasama antara bangsa-bangsa yang macam-macam. Itik baik dengan Kura-kura baik dengan Harmster. Ini 3 bangsa yang lain. Tapi masih boleh Ber apa? Bekerjasama. Semangat Kerjasama tu kuat dipupuk dalam cerita Wonder Pets.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, saya nak tanya sikit. APA YANG PENTING? KERJAAA SAMA.

Ha bagus. Dah lekat. Binatang pun bekerjasama, ini kan pulak kita orang ni, kerjasama lah, pasal, Apa yang penting? KERJAAA SAMA.


Dah Wonder Pets Fan,
YASIR TAMIZI

Mari nyanyi lagu Wonder Pets Malaysia

Telefon... Telefon berbunyi,
Telefon... Kami datang,

Telefon... Telefon berbunyi,
Ada haiwan dalam bahaya,
Ada haiwan dalam bahaya,
Ada haiwan dalam bahaya di saner,

(OK sekarang masuk part Bridge)

Apa yang penting? Kerjasama!
Apa yang penting? Kerjasama!


Tuesday, January 20, 2009

Pelajar Tunggang Motor Berserban Dipenjara 2 Hari


Denda 90 Ringgit atau Penjara 2 hari. Ahmad Nasir Darus, pelajar pondok yang berserban yang menunggang motosikal mengaku tak bersalah dan tidak mahu bayar saman pilih untuk dipenjara 2 hari.

Satu soalan menarik semasa perbicaraan 19 Januari;

Peguam: Jelaskan kepada mahkamah kenapa kamu memakai serban?

Ahmad Nasir: Saya memakainya bukan semata-mata kerana saya merupakan pelajar pondok tetapi memenuhi Sunnah sebagai Umat Islam.

Peguam: Adakah kamu hanya memakai serban ketika menunggang motosikal sahaja.

Ahmad Nasir: Tidak, saya memakainya setiap masa, ketika berjalan kaki dan menaiki kereta juga saya memakainya.


Jelas kan, kawan kita ni bukan pakai serban sebab nak elak pakai topi keledar. Kawan tu bukan pakai serban sebab nak elak kena tangkap masa sekatan jalanraya, pasal itu dah menipu. Kalau macam itu lah kesnya, saya pun tak setuju.

Sebenarnya apa undang-undang dalam negara kita pasal pakai serban sambil menunggang motosikal? 

Siapa yang terkecuali dari disaman tak pakai topi keledar?

Nah baca.

Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 menyatakan pengecualian saman hanya untuk seseorang bergelar Haji, Hajah, Sikh dan Lebai.

Kita berpendapat Ahmad Nasir Darus tidak patut diperlakukan sampai disaman atau dipenjara. Tak kan pasal serban, kawan tu kena masuk penjara. Bukan dia buat jenayah. Tapi Ahmad Nasir Darus pun tidak patut berkeras. Memakai serban itu Sunnah, mempertahankan nyawa itu Wajib. Saudara Ahmad Nasir Darus boleh memakai topi keledar masa tunggang motor, kemudian pakai balik serban, itu kan terbaik.

Kita cari maklumat, saya jumpa ini.

"Seorang ulama' Usul dari Arab Saudi, Shaikh Shalih al-Utsaimin meletakkan kaedah feqh ini sebagai kaedah kedua di dalam bukunya yang bertajuk: ملخص القواعد الفقهية /Ringkasan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah. 

Beliau menerangkan: 

أن كل أمر نافع قد شرعه الإسلام، وكل أمر ضار قد منعه، فكل ضار فهو ممنوع، وكل نافع فهو مشروع. 

Setiap urusan yang memberikan manfaat, sesungguhnya Islam mensyariatkannya, dan setiap urusan yang memudharatkan, sesungguhnya Islam menghalangnya. Setiap yang memudharatkan, maka ia terhalang, dan setiap yang memberi manfaat, ia adalah disyariatkan.
" -
al-fikrah.net



Kita harap pertimbangan kita benar, saya tersinggung bila orang Islam berserban diperlakukan semacam ini, kena penjara, tapi macam mana dengan orang Sikh berserban? Di samping kita menegakkan hak kita sebagai orang Islam, keselamatan diri jugak, kita wajib utamakan.

Hal ini saya serahkan pada tuan-tuan yang mahir untuk menilai.


ALLAHUAKBAR!
Yasir Tamizi

10 Fakta Menarik Tentang Madu dan Habbatus Sawda'


Salam,

Tadi saya berjalan-jalan di internet. Jumpa artikel-artikel pasal Madu dan Habbatus Sawda'. Saya nak kongsi sikit khasiat-khasiat yang terkandung dalam Madu dan Habbatus Sawda'. Hebat rupanya Madu dan Habbatus Sawda' ni sedara-sedara.

Pertama sekali, apa Allah S.W.T. kata dalam Quran pasal madu?

FAKTA 1:

Surah An-Nahl: Ayat 69 yang bermaksud;

"Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia."


Keduanya, apa Rasulullah S.A.W. kata pasal Habbatus Sawda'? Nak tahu jugak Hadisnya?

FAKTA 2:

"Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut." Hadis Riwayat Bukhari.

Apa kata kajian sarjana-sarjana Islam tentang Madu dan Habbatus Sawda'?

FAKTA 3:

Ibn sina dalam kitab besarnya "al-Qanun fi al-Tibb" berkata: Habbatus Sawda' boleh melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini juga ia bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Caranya ialah Habbatus sawda' dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

FAKTA 4:

Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda' ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

Madu dicampur Habbatus Sawda' dipanggil Masad

Ini pulak pengakuan kajian-kajian saintifik dari seluruh Dunia?

FAKTA 5:

World Apiculture Conference
yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

FAKTA 6:

Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5 dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

FAKTA 7:

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda' boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

FAKTA 8:

The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

FAKTA 9:

Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda' mengandungi METASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

FAKTA 10:

Kamus kedoktoran "Larousse" menjelaskan bahawa Habbatus Sawda' mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.


Begitu tuan-tuan, ini kesimpulan 10 fakta-fakta menarik yang kita susun dan kita rasakan baik untuk dikongsi di sini untuk pengetahuan kita, dan kalau boleh kita amalkan sebagai makanan tambahan harian. Banyak baiknya. Nanti saya akan letak pulak penyakit-penyakit yang boleh diubati, boleh dirawat, boleh diringankan dan boleh diperbaiki dengan mengamalkan Madu dan Habbatus Sawda'. Insya-Allah kita sihat dengan pakai dua makanan hebat ni. Dengan Izin Allah Taala.

Allah S.W.T sudah janji dalam Quran. Nabi kita S.A.W. dah bagitahu siap-siap dalam Hadis. Kita pegang ini.


Ikhlas,
YASIR TAMIZI


Isu PPSMI bahagian 3

Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) akan bermesyuarat malam esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Beberapa tokoh dijangka hadir:

1. Pengerusi - Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad
2. Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Puad Zarkashi UMNO
3. Wakil Rakyat Bebas Datuk Ibrahim Ali
4. Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Md Isa;
5. Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub;
6. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar PKR;
7. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad

Atas semangat Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, GMP akan anjurkan Perhimpunan Raksasa ala-Bersih Mac ini untuk menyerahkan memorandum memohon campurtangan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu tersebut.

Bulan Mac ini, kita bersedia untuk Perhimpunan Raksasa Gerakan Mansuhkan PPSMI.


Detik Mac 2009,
YASIR TAMIZI

BN Kalah: Muhyiddin Bersuara


"Kita (UMNO) sudah hilang faktor penarik." - Tan Sri Muhyiddin Yassin; Malaysia Kini.

Tan Sri Muhyiddin dengan terus terang mengakui UMNO sudah hilang faktor menarik.

Muhyiddin menyambung, "UMNO dan BN mesti merekayasa bagi memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan UMNO."

*Rekayasa ini istilah baru bagi saya. Saya ada rujuk DBP online, 'rekayasa semula' ini satu terjemahan Inggeris kepada perkataan reengineering.

*Aspirasi itu hasrat.

Muhyiddin menyarankan lagi bahawa UMNO dan BN mesti bertindak lebih radikal dalam melaksanakan perubahan supaya rakyat tak berasakan UMNO hanya sembang kosong.

Tan Sri berkata "Parti Kerajaan mesti faham semasak-masaknya apa yang rakyat mahu kerana penentu kalah menang ialah rakyat."

Akhir ulasan, Tan Sri Muhyiddin berkata UMNO dan jugak parti komponen BN mesti MUHASABAH DIRI, ada yang akan marah bila kata begini, tapi ambik peringatan, MUHASABAH DIRI dengan SERIUS.

Betul apa yang Tan Sri Muhyiddin cakap. Ini cakap orang ikhlas. UMNO jangan berangan lagi, hidup dalam penafian, tak menerima lagi yang rakyat dah tak yakin pada UMNO.

Saya nak pakai perkataan baru saya belajar ni. UMNO mesti direkayasa semula.

Muhyiddin orang bijak dalam UMNO. Dia nampak keadaan ni dan mengaku dan bersuara untuk berubah. Ini nampak gaya orang jujur. Yang lain ni entah apa pasal, terlebih bijak, tak nak terima kenyataan lagi. Tapi bersuara tak ada tindakan tak berguna. 

"Suara dan Tindakan mesti selari." - Ini yang kita pegang.



UMNO-Rekayasa Semula


Ambil Iktibar,
YASIR TAMIZI


Monday, January 19, 2009

Laman Web Mesti Kunjung

Salam,

Berikut laman web yang kita orang Gombak dan orang Selangor perlu ambik tahu.

Disebabkan Gombak ini wakil rakyatnya ADUN Gombak Setia Dato Dr Hasan Ali, maka laman web untuk N17 DUN Gombak Setia di sini. Semua cerita pasal DUN kita ada di sini. Boleh rujuk baik-baik.


Disebabkan Gombak ini Ahli Parlimen Gombak kita Saudara Azmin Ali, maka laman web untuk mengetahui perkembangan isu yang dibawak Ahli Parlimen kita ke Parlimen ada di sini. Senang ceritanya, apa kerja Azmin Ali ni, dah penat orang lantik jadi MP, apa dia buat? Dekat sini dia cerita.


Disebabkan lagi, Gombak kita ni dalam Negeri Selangor, jadi kita yang tinggal di Selangor, atau anak beranak sanak saudara kita lahir di Selangor, kita dah jadi anak jati Selangor, makanya kita perlu tahu perkembangan usaha merakyatkan ekonomi tajaan dan penerangan dari Kerajaan Negeri Selangor ini. Di mana nak tahu? Bukan Radio Selangor, Radio Selangor tu di bawah Kerajaan Persekutuan, itu radio tak mahu bagi slot pada Menteri Besar. Nak tahu pasal negeri kita tinggal ni, negeri Selangor, atau jawapan kepada dakwaan di UTUSAN kah BeritaHarian kah, mari datang sini. 


Ada 7 jenis bantuan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor, contohnya TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor), Bekal air percuma 20 meter padu, Hadiah anak masuk Universiti, Mesra Usia Emas, Tabung Pendidikan Anak Peladang dan sebagainya, klik bahagian Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor di sebelah kiri Portal.


Ini laman-laman web yang perlu kita tahu, dan ambik tahu, dan sekali-sekala bukak untuk mengetahui apa perkembangan terbaru kawasan kita, kerja wakil rakyat kita dan Kerajaan Negeri Selangor. Jangan nanti orang tanya, kita kata YB tak buat kerja, dah buat fitnah pulak, padahal kita yang tak buat kerja kita. Kerja kita mudah, ada masalah, buat aduan, tak ada masalah, baca-baca ambik tahu pasal tempat kita. Sudah. Cukup. Itu sahaja. Baca penerangan yang ada.


Benar,
YASIR TAMIZI




Prestasi SYABAS di Kg. Changkat


Salam,

Saya tinggal di Kampung Changkat, Jalan Changkat Jaya, Gombak. Kampung saya terletak di dalam kawasan DUN Gombak Setia dan Qariah Masjid Ar-Rahimah. Ini secara langsungnya ADUN saya, Dr Hasan Ali. Dr Hasan Ali sekarang ialah EXCO kerajaan negeri Selangor. Apa itu EXCO? Executive Committee kalau tak silapnya, dalam Bahasanya, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. EXCO bahagian apa? Dr Hasan Ali ialah EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor. Kena sangat.

Minggu lepas, rumah saya tiada air setengah hari. Saya tak bertanya pulak rumah sebelah, tapi yang pasti rumah saya tak ada air. Kawasan rumah saya agak kerap berlaku gangguan bekalan air. Ini bukan kali pertama. Walaupun air ada di tangki tapi risau jugak tak cukup nak tampung keperluan seharian. Saya cukup periksa, rekod pembayaran bil SYABAS sempurna setiap bulan. Adakah kerana kawasan rumah saya dikelaskan sebagai kawasan kampung jadi keutamaan itu kurang berbanding rumah batu teres yang gah diseberang jalan sana. Sebagai penduduk biasa saya sedikit bara dengan prestasi SYABAS di Kg Changkat.

Kita bertanya dan mencari apa punca dari pihak terbabit. Kita mesti rungkai persoalan ini. Kita terjah. Rupa-rupanya ada sesuatu berlaku baru-baru ini, dan gangguan bekalan air pun terjadi. Berikut laporan oleh Dr Hasan Ali berkenaan kes gangguan bekalan air yang terbaru. Terima kasih atas penerangan. Walaubagaimanapun Dato' kita mahu bekalan air di kawasan Kg Changkat ni dapat la sempurna sebagaimana harapan kami. Hari ini ada air, jangan risau.

Ikhlas,
YASIR TAMIZI


KENYATAAN MEDIA
15 JANUARI 2009

LAPORAN PENUTUPAN LOJI MUKA SAUK GOMBAK DAN PEMBERSIHAN BERIKUTAN KES KEMALANGAN MELIBATKAN LORI PENGANGKUT MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DAN LORI PAKAIAN DOBI

SHAH ALAM, 15 Januari 2009 – Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor telah bersidang pada 14 Januari 2009 yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Dr. Hj Hassan bin Mohamed Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor bagi membincangkan perkembangan penutupan Loji Rawatan Air Gombak berikutan kes kemalangan di kilometer 27.9 Lebuh raya KL- Karak pada 13 Januari 2009 lalu.

2. Mesyuarat dihadiri oleh wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran Gombak (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Puncak Niaga Sdn.Bhd, Polis DiRaja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), pemaju MTD Prime Sdn. Bhd, dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

3. Mesyuarat telah memutuskan beberapa langkah yang perlu diambil segera, jangka pendek, dan jangka panjang bagi menangani isu ini dengan lebih efektif iaitu seperti berikut :-

a) Pihak MTD Prime Sdn. Bhd akan memastikan baki minyak kelapa sawit yang masih terdapat di dalam lori tangki tidak tertumpah keluar ke lebuhraya seterusnya akan mengalir ke anak sungai.

b) MTD Prime akan menambah bilangan kolam takungan (retention pond) bagi menampung kuantiti minyak yang telah tertumpah. Dalam hubungan ini, pihak MTD Prime akan mendapatkan khidmat pakar daripada JPS dalam mengenalpasti lokasi yang benar-benar sesuai.

c) Pembersihan fasa kedua akan dilakukan oleh pihak kontraktor MTD Prime, LUAS, PNBS, dan SYABAS. Kaedah menyekat aliran tumpahan minyak daripada hilir ke hulu juga akan digunakan.

d) Pejabat Tanah dan Daerah Gombak akan membuat makluman dan pengumuman kepada orang awam dan penduduk sekitar yang berada di hilir Sungai Gombak supaya tidak memasuki atau berekreasi di sungai tersebut sepanjang tempoh kerja-kerja pembersihan dilakukan sehingga dimaklumkan kelak.

e) LLM dan JKR akan memasang papan tanda Amaran / Peringatan kepada para pengguna lebuh raya supaya lebih berhati-hati dan had laju kenderaan di sekitar kawasan terbabit akan diturunkan daripada 90km sejam kepada 60km sejam.

f) LLM dan MTD Prime diminta memasang papan tanda elektronik yang akan memberi pengumuman dari masa ke semasa berkenaan sebarang kejadian kemalangan yang berlaku dan meminta kenderaan dapat menggunakan jalan alternatif. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kesesakan disekitar lebuh raya.

g) Pihak LUAS akan mengaturkan sesi latihan kecemasan (drill) yang melibatkan kesemua agensi terbabit bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran masing-masing dalam menangani kejadian seperti in sekiranya berlaku pada masa-masa hadapan.

h) Bagi jangka masa panjang, Puncak Niaga Sdn.Bhd (PNSB) diminta mengkaji cadangan supaya membina muka sauk (intake) yang baru daripada muka sauk sekarang iaitu kira-kira 1 kilometer di bahagian atas (upstream) Sungai Gombak.

i) PNSB dan SYABAS diminta mengkaji cadangan supaya Loji Rawatan Air Gombak dinaiktaraf supaya mampu merawat efluen hasil tumpahan minyak dan bahan kimia lain dengan menggunakan teknologi terkini.

j) SYABAS akan menghantar lori-lori tangki untuk membekalkan sumber air bersih kepada para pengguna yang mengalami bekalan air terputus.

4. Tindakan pembersihan sedang giat dilaksanakan oleh kesemu aagensi terlibat secara bersepadu dan dipantau oleh Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Air Negeri Selangor. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila majukan ke Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ditalian 03-55122008 atau 012-2640522 yang bertindak selaku Urus setia jawatankuasa. 

Y.B. DATO’ DR. HASAN BIN MOHAMED ALI
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam Negeri Selangor

Sunday, January 18, 2009

Faktor BN Kalah


Tun Dr. Mahathir kata kalah atas faktor calon. Rakyat Terengganu tak suka calon BN. Tun kata calon BN proksi Paklah. Jangan salahkan Najib.

Anwar Ibrahim kata rakyat dahagakan perubahan. Rakyat yakin dengan PAS dalam membawak agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Khairy Jamaluddin kata kalah bukan atas faktor calon. Faktor lain mesti diambik kira. Hentikan perangai menuding jari.

Yasir Tamizi kata orang Terengganu nak PAS pulak. Kalah atas faktor Najib. Faktor kalah Projek Mega membazir di Terengganu. Orang dah muak hari-hari dekat TV, sarat kempen Barisan Nasional.


Saturday, January 17, 2009

Keputusan Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu



Mohd Abdul Wajid Endut (gambar) dari PAS sudah menang Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan jumlah undi sebanyak 32,883.

Majoriti kemenangan sebanyak 2,631 undi.

Tambah seorang lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dalam Dewan Rakyat bagi menggantikan MP UMNO dahulu. Menjadikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekarang seramai 83 kerusi manakala Barisan Nasional 137 kerusi.

Saudara Wahid Endut PAS akan membawak suara 88% Melayu, 10% Cina dan 2% India dan lain-lain ke Parlimen.

Taktik Ezam gagal lagi. Taktik Najib hancur membawak kepada kalah. 

Sekali lagi, UMNO, MCA, MIC dan parti komponen Barisan Nasional patut sedar ini bukti kelemahan kepimpinan Najib. Najib ialah Ketua Jentera Kempen BN untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Najib gagal lagi. Najib memalukan. Najib lemah. NAJIB MESTI LETAK JAWATAN. Kita tak mahu Presiden UMNO, Parti yang memperjuangkan hak Melayu seorang yang lemah, lembik dan gagal. NAJIB LETAK JAWATAN. UNDUR SEGERA.


Berikut ulasan pemimpin-pemimpin yang terlibat mengikut laporan berita terkini:

1. Saudara Wahid Endut PAS mengucapkan setinggi terima kasih kepada Pengundi.

2. TG Dato Seri Abd Hadi Awang Presiden PAS jugak menyambung ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya dan Polis yang melicinkan perjalanan pilihanraya dan menjaga keamanan proses pilihanraya.

3. YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said, menerima keputusan kekalahan pilihanraya Kuala Terengganu dan akan terus bersemangat untuk berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat Terengganu.

4. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, percaya bahawa rakyat masih lagi  percaya yang hanya UMNO Barisan Nasional yang mampu mentadbir negara dengan baik.


Selamat Datang Tuan Wahid Endut PAS ke Dewan Rakyat, Parlimen.


Harapan,
YASIR TAMIZI

Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir



YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan. Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas.

Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka. Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka (menurut Ezam, anak angkat dimaksudkan adalah Sukma) tidak harus ditahan.

Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat. Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri. Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.


Salam saya dan Azizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim. 8 September 1998


Apa persoalannya dengan surat ini? Apa isu? Anwar hipokrit dan munafik? Mana hipokritnya surat ni? Inilah 'surat berbaik-baik' yang saudara Ezam dok canang sejak 2 3 hari nak Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.



Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Friday, January 16, 2009

Kesintasan Penyesuai

"Dalam mempelajari ilmu apa pun, sikap utama yang perlu adalah ‘ cari dahulu ilmu dan kebenarannya, maka semuanya akan ditambah kapadamu’……Kegenitan saperti yang dilakukan jiran kita hanya memiskinkan lombong bahasa setempat menampung segala gagasan cemerlang membongkar rahasia semesta.
…..Maka ’
Survival of the Fittest’ bisa direkayasa dalam bahasa Indonesia sebagai ‘Kesintasan Penyesuai’.
" -  Salomo Simanungkalit

LCCT Baru 15km dari Bandar Baru Nilai

Sebagaimana Bukit Beruntung dimajukan lesu dengan perumahan selepas perancangan awal KLIA dibina di Hulu Selangor terbatal;Sepang, Dengkil, Seremban dan Nilai mendapat tempias hebat selepas KLIA dibina di Sepang.


Sekali lagi, Nilai, dan kali ini Labu akan mendapat tempias pembangunan hasil kemungkinan projek LCCT baru dijangka mula dibina Januari 2009. Melaka dan Port Dickson jugak dijangka akan mendapat nikmat pembangunannya nanti.

LCCT, Low Cost Carrier Terminal atau Terminal Pengangkut Murah yang baru akan dibina atas usaha tajaan swasta Sime Darby dan Air Asia bagi menampung kepadatan penumpang di LCCT Sepang pada tahun 2014.

Dijangka tahun 2014, jumlah kepadatan penumpang di LCCT akan meningkat ke 30 juta penumpang setahun.

LCCT baru ini, akan diberi nama KLIA East, KLIA Timur.


KLIA East akan terletak di Ladang Kelapa Sawit, Pekan Labu, Negeri Sembilan, 8.6km dari KLIA Sepang50km dari Segitiga Emas Kuala Lumpur, dan 15.5 km dari Bandar Baru Nilai15.5km dari USIM dan7.4km dari SMAP Labu.

KLIA East dijangka akan dihubungkan dengan KLIA Sepang melalui:

1. 7km Cabang Jalan dari KLIA Sepang dan Lebuhraya Utara Selatan.
2. 7km ERL dari KLIA Sepang.
3. Hentian Bas di KLIA East.
4. 3km Landasan keretapi Komuter dari Pekan Labu.

Pembangunan Lapangan Terbang Pengangkut Murah (LCCT) yang baru, KLIA East di Labu dijangka akan dapat memberi faedah kemakmuran kepada daerah-daerah kejiranan. Nilai, Port Dickson, Labu, dan tak ketinggalan Melaka akan kembang mekar sebagai Bandar-bandar Baru dan Bandar-bandar Satelit yang akan menyokong pembangunan hiliran jugak industri pembuatan berat dan sederhana. Dengan prasarana dan kemudahan pelancongan yang berkesan, Melaka akan mendapat tambahan 600,000 pelancong baru langsung ke Melaka Bandar Warisan Dunia UNESCO.



Ini peluang kita, untuk memulakan pelaburan hartanah yang berjaya di kawasan berdekatan Pekan Labu.

Rantaian hubungan Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Nilai, dan Melaka akan menjadi Gergasi Metropolis yang Pertama bagi negara kita.

Janamanjung


Mahu saya berkongsi tentang salah sebuah stesen janakuasa elektrik yang memberi sumbangan dalam penjanaan elektrik Negara. 

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Ini ialah Stesen Janakuasa berasaskan Pembakaran Arang Batu, dan punya Kapasiti Kuasa 2100MW.

2100MW itu ialah 2100 Megawatt, Watt ini lah jumlah kuasa yang dihasilkan yang akan digunakan oleh kita di rumah mengikut kadar 21.8 sen per Kilowatt jam (KWj) bagi kegunaan domestik.


Janamanjung menghasilkan 2,100 MW bertekanan 23,000 V kemudian dinaikkan ke 500,000 V masuk ke dalam Grid Nasional.


Seperti yang dapat kita lihat, Janamanjung punya 3 unit, di mana setiap unit mempunyai:

- 1 Dewan Tarbin (Turbine), 
- 1 Dandang (Boiler) setinggi 80 meter, 
- Sistem pembersihan gas pembakaran, dan 
- Laluan gas pembakaran untuk ketiga-tiga unit ini, di sambung di hujung iaitu ke Serombong Asap setinggi 200m, setelah melalui beberapa peringkat penapisan.
- Setiap unit menghasilkan 700 MW, kita punya 3 unit, maka sipir 700 x 3, 2100MW.


Di sini lah tempat saya berlatih dan bekerja, Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak Darul Ridzuan. 220km dari Gombak. Walaupun Stesen Janakuasa jauh di Manjung, tapi pengalaman dan ilmu yang terkandung tak termampu kita menampungnya, masih cerita umum saja yang dapat kita canai untuk 4 bulan pertama ini. Tak sabar kita untuk pulang ke sana, menikmati keseronokan bekerja di Stesen Janakuasa. Cantik kan Manjung Power Plant?


Ikhlas,
YASIR TAMIZI

Ibu Pejabat Baru TNB


Ibu Pejabat Baru TNB akan dibina. 34 tingkat. Kos bina antara RM 300 juta dan RM 350 juta.

Ibu Pejabat ini akan menempatkan semula pejabat-pejabat Bahagian dalam TNB yang berada merata sekitar bangunan-bangunan di Petaling Jaya.


Arkitek yang bertanggungjawab untuk pembinaan Ibu Pejabat Baru TNB ialah Hijjas Kasturi, arkitek yang jugak mereka cipta bentuk Menara Telekom.

Hijjas Kasturi akan menggunakan konsep Pucuk Rebuk untuk Ibu Pejabat Baru TNB.

Bangunan Ibu Pejabat Baru TNB dijangka terletak bersebelahan dengan Ibu Pejabat Lama TNB.

Gambar ihsan Hijjas Kasturi


Wednesday, January 14, 2009

Alahai Ezam

Salam,

Ezam, apa isu awak bawak ni? Cerita pasal Anwar nak berbaik-baik dengan Mahathir masa tahun 1998?

Apakah isu yang saudara Ezam bawak ni? Kredibiliti Anwar? Kredibiliti Mahathir? Apakah masa tahun 1998 Anwar tidak tetap pada pendirian? Pada mulanya menentang Mahathir akhirnya tidak menentang Mahathir? Akur pada Mahathir? Saya ingat isu rasuah Anwar kah? skandal Anwar lagi kah? Anwar beli MIG29N dulu kah? Anwar agih kontrak bilion2 masa tahun 1998 kah? Bukan rupanya, cerita pasal Anwar mahu berbaik-baik dengan Mahathir tahun 1998.

Kita yang pernah mengikuti perkembangan perang Anwar Ibrahim 1998, tak pernah lupa, perjuangan Anwar ketika itu terus berjalan, setiap hari ceramah dijalankan selama 2 minggu tanpa henti selepas beliau dipecat. Tak ada satu ceramah pun yang menampakkan Anwar tunduk kepada Mahathir.



Sepertimana saudara Ezam paham, kenyataan berbaik-baik dengan Mahathir ini, Ya mungkin betul cakap sedara, dari cara percakapan sedara Ezam yang sangat yakin, saya pun mungkin menerima bahawa Anwar mungkin ada cubaan untuk berbaik-baik dengan Mahathir semasa perang Anwar-Mahathir 1998. Tetapi mengikut hati budi saya yang muda dan berapi, jika dalam kemarahan, masakan mahu saya berbaik-baik dengan musuh, hanya orang yang baik dan masih sabar yang berbaik dengan musuh atau, menggunakan cara baik berdepan dengan musuh. Dan dalam hati budi saya sekarang yang berplatelet 130 dan lebih tenang sekarang, saya berasakan kalau pun tindakan itu terjadi, itu satu pengiktirafan dari saudara Ezam sendiri dalam mengangkat hati budi mentor saudara, Dato Seri Anwar, betapa Dato Seri masih punya pertimbangan waras semasa tahun 1998 dan tidak mengikut runtunan emosi semata-mata.

Apakah masalahnya pun kalau orang mahu berbaik-baik? Kita tak ada masalah kalau Anwar berbaik-baik dengan Mahathir, hakikat bahawa Mahathir dah buat salah dan pernah bertindak zalim, kita cukup paham dan tak pernah lupa. Tak ada kompromi dalam hal ni. Yang lupa, mungkin saudara Ezam, sampai saudara balik masuk ke UMNO, tempat yang saudara ludah caci dan keji setiap hari satu masa dulu.

Saudara Ezam tak perlu lah meneruskan agenda ini lagi, lagi diteruskan lagi hilang kredibiliti saudara. Kita semakin hari semakin simpati dengan saudara Ezam yang semakin emosi bercerita tentang kenangan manis dengan Dato Seri Anwar, nampaknya kerinduan saudara terlalu tinggi, masih kepingin bercerita, saya orang penting Anwar, saya pegang banyak cerita Anwar, saya bekas Setiausaha dia, itulah yang saudara jaja, semua berkait Anwar. Saudara sendiri tiada punya kewibawaan saudara sendiri, malah saudara Ezam, awak pinjam semua gaya Anwar Ibrahim.



Buat saudara Ezam, kita bukan mengidolakan susuk tubuh Anwar Ibrahim, cara sengau beliau bersyarah, gerak depa tangan beliau, bukan jugak cermin matanya, gaya misai kumis dan janggutnya saudara, kita mengkagumi agenda perjuangan yang beliau bawak. Agenda perjuangan yang beliau bawak sejak ABIM, bawak ke UMNO dan sekarang PKR tidak pernah berubah, beliau masih memperjuangkan rakyat Malaysia, berteraskan semangat Melayu Islam mengikut Perlembagaan.


Saudara Ezam bercakap soal cicak mengkarung, bukan kah saudara lah cicak mengkarung nak berbanding Anwar Ibrahim, atau sedara rasa sudah cukup besar dah setanding pulak sekarang?


Pulang Ezam,
YASIR TAMIZI



Menara Penghantaran

Salam,

Ini ialah Menara Penghantaran. Menara Penghantaran digunakan untuk menghantar kuasa elektrik yang besar dari tempat terpencil Stesen Janakuasa TNB atau IPP ke pengguna elektrik, industri kilang atau perumahan. 




Menara Penghantaran jugak dinamakan Pylon Elektrik. 

Harganya tak mahal. Sebatang menara boleh mencecah hampir RM250,000 sahaja.


Benar,
YASIR TAMIZI

PUSRAWI


Salam,

PUSRAWI. Pusat Rawatan Islam. Dari PUSRAWI Pesakit Luar Jalan Ipoh dibawak ke HOSPITAL PUSRAWI Jalan Tun Razak.

"Dah sihat ni Tuan Haji, bawak balik, kawenkan dia ni, kahwin umur 35 cari 18, ni nurse saya ni semua 18." - Dr Abu Salim PUSRAWI 13/1/09.

Terima kasih kepada seluruh warga jururawat yang comel-comel dan manis, semuanya dimulakan dengan Basmalah di PUSRAWI.


Salam,
YASIR TAMIZI

Sunday, January 04, 2009

Asap Ubat Nyamuk

Salam,

Baru sekejap tadi, lori Jabatan Kesihatan lalu depan rumah. Semburan asap ubat nyamuk Aedes. 

Tambah sekarang banyak cerita demam Denggi dan demam Chikungunya. Dah ramai rupanya yang kena demam baru ni, Chikungunya. Saya pun tengok-tengok corak pencarian maklumat pasal Chikungunya cukup hebat. Ramai mencari maklumat. Risau kita pasal demam ini. 

Semburan kali ini tak berkepul-kepul macam selalu, nipis sikit asap nya, baunya pun macam tak ada. Selalunya tu dah masuk dah bau tu, tak sampai setengah minit dah terhidu dah, tutup tingkap dah. Yang bagi lagi syok petang saya hari ni, lori penyembur asap ubat nyamuk tu tadi pasang lagu Hindustan sekali. Sambil-sambil fogging sambil berguling lagu Hindustan. Lagunya macam pernah dengo dulu, cerita apa ke tu, Dil To Pagal Hai kot, mungkin le, tak tau saya tapi terangkat le jugak bahu ni sikit-sikit, Ha Ha.

Mintak kita semua sihat belaka, doa mintak dijauhkan sakit yang pelik-pelik sekarang ni.


Selamat Petang,
YASIR TAMIZI