Tuesday, August 04, 2009

Dah tak nak sembahyang?

Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas (hadas).
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam

RUJUKAN AL-AZIM

Salam,

Atas ini syarat wajib sembahyang. Islam, Baligh, Berakal... dan sebagainya. Asas lah, mudah kan, kita dah belajar lama dah. Dah lupa pun.

Maknanya, bila orang itu sembahyang sahaja, maka dia Islam, baligh, berakal. Kita fokus pada berakal sahaja pulak.

Maknanya, bila orang itu sembahyang, maka dia berakal.

Habis tu kalau tak sembahyang? Mudah saje. Kalau pulak, orang itu tak sembahyang, maknanya dia tak berakal.

Maka, dia orang gila, sewel, mereng. Ha begitu. Paham?

Orang gila pulak, kalau kita cakap dia gila, tak mengaku dia. Cuba panggil orang tak sembahyang tu, "Kamu ni GILA!" Tak mengaku dia gila. Pasalnya, orang gila memang tak mengaku gila.

Ada satu cerita tentang orang gila. Di satu Hospital Orang Sakit Jiwa, di tempat tertentu. Suatu hari, ada seorang orang gila boring, bosan dia, jadi dia pergi memancing.

Orang gila ni memancing dekat je, dekat situ jugak, tapi dia kreatif sikit. Dia ambik baldi diisi air, diambik kayu sebatang letak macam benang gitu, elok mancing pada baldi tu tadi.

Jadi seorang Doktor Sakit Jiwa datang, hendak beramah mesra, bertegur sapa, mahu mendalami jiwa orang gila barangkali. Lalu ditanya nya orang gila itu, "Banyak dapat ikan?"

Orang gila pun jawab "Eh GILA ke kau ni? Dalam baldi, mana ada ikan!?"

Amacam? Itu sebab orang cakap, layan perangai orang gila, serupa lah macam orang gila. 

Itu baru kita gunapakai Syarat Wajib solat yang ketiga tu, cuba pulak pada 5 syarat selebihnya.

Sekian, Wassalam. Mintak dijauhkan dari tak sembahyang.


Benar,
YASIR TAMIZI 

No comments: