Friday, June 19, 2009

Khutbah Jumaat


Assalamualaikum,

Khutbah Jumaat hari ini, di negeri ini, di qariah sini, menceritakan tentang zakat & kewajipan berzakat.

Walaupun sudah lebih setahun Pakatan Rakyat di Selangor, khutbah masih dibacakan. Khatib membaca khutbah bukan berkhutbah.

Satu masa dulu, tahun 1998/99, khatib yang boleh berkhutbah sangat diminati. Khatib yang tidak mengikut sahaja teks khutbah sangat dihargai. Sampai hari ini pun, kalau khutbah itu dibuat seperti ceramah dengan semangat berkobar-kobar saya pasti, khutbah begini lah yang dinantikan oleh rakyat jelata macam saya.

Saya suka mengantuk. Itu saya mengaku. He He kelemahan lah itu. Saya bukan nak salahkan khutbah yang tidak bersemangat atau nasi briyani yang saya makan tadi atau cendol yang saya teguk. Saya cuma rasakan kalau lah dapat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, menyediakan panduan teks khutbah sahaja, bukan teks penuh, supaya khatib dapat berkhutbah dengan lebih berkesan dan baik jugak bersemangat mengikut rukun dan syarat sah khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
2.Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."




Syarat sah Khutbah Jumaat:

1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.




Mungkin kalau dapat Khatib lebih bersemangat, maka kuranglah saya mengantuk.

Dan kalau ingat dulu, Menteri Besar Kelantan pernah kata, patut yang baca khutbah tu, pegawai kerajaan yang beruniform, macam polis. Kalau boleh pegang senapang lagi bagus. Begitu la lebih kurang katanya. Memang pernah pun Timbalan Ketua Polis Kelantan buat. Tengok sini.

3 minggu lepas, saya di Masjid Negara. Sebelum ke Masjid, makan mee hun sup dulu, pening kepala, terangkat lah beb. Sambil melihat cik adik lalu lalang. Ha Ha. Ok itu cerita lain. Jadi masa saya, Buzar, Syed dan Zul ke sana, Yang Di-Pertuan Agong pun ada sekali. Baginda duduk di depan. Hamba rakyat sahaya di belakang sahaja. Maka yang membaca khutbah itu Imam Masjid Negara. Saya cuma berangan sendirian, kot-kot Agong yang berkhutbah di atas Mimbar itu. Pasti terkesan jugak di pikiran saya. Dan semua.

Saya cuma mencadangkan untuk penambahbaikan mutu khutbah Jumaat setiap minggu sahaja. Sekarang ni dah cukup baik tapi kita mahu lebih baik. Ha Ha ayat pujukan biasa.

Kadang hairan kita boleh dengar ceramah politik dekat sejam dekat dewan ke padang ke youtube ke tak pun lepak sembang sejam ke tapi bila khutbah Jumaat, kurang kick nya. Itu syaitan gayut dekat mata. Salahkan syaitan pulak? Tak nak mengaku? Ha Ha baiklah saya mengaku.

Mungkin JAIS boleh kaji cara orang berceramah untuk menambahbaik cara berkhutbah mingguan kita. Atau berkhutbah sahaja seperti berceramah.

Kerajaan Negeri, saya mahu Khatib berkhutbah. Saya masih mahu Khatib berkhutbah. Tukar lah dari membaca khutbah ke berkhutbah. Transformasilah. Orang lain mungkin tak mengantuk tapi saya mengantuk.


Transformasi Khutbah,
YASIR TAMIZI


1 comment:

Anonymous said...

maka, khutbah jumaat di malaysia tidak sah..sbb tidak mualat rukunye dn juga dlm bahasa melayu..tidak dlm bahasa arab..jd, xsah la solat jumaat di malaysia ni..